Cara Berniaga Di Instagram

4

Cara Berniaga Di Instagram. Sejak ramai dah ada akaun media sosial sendiri ni, peniaga bijak ambil kesempatan buat duit dengan mempromosikan produk mereka. Kini platform yang paling terkenal adalah Instagram sebab senang digunakan dan boleh "reach" ramai pengguna.

Kalau dulu orang sibuk nak beriklan di Facebook. Memang berhasil, tapi saingan semakin sengit dan kita semua tahu kos pengiklanan di Facebook dah tidak semurah dulu. Sebab tu ramai yang buat bisnes di Instagram. Jual tudung, t-shirt, butik vendor, jam tangan, handbag, dessert Kek Gulung Coklat macam saya pun ramai. Haha! 

Ada yang laris, jualan mencanak. Tapi ada pulak yang dah cuba bermacam-macam cara, tapi produk tak laku.

Nak lariskan jualan di Instagram ni ada caranya. Kalau di blog, anda kena mantapkan teknik SEO dengan baca Kitab Merah Jambu yang dah terkenal serata alam tu. Boleh beli di sini kalau nak >> Kitab Teknik SEO Merah Jambu.

Tapi kalau di Instagram, rahsianya adalah CD dan panduan lengkap dari Instagram Kaboom! - Panduan Tingkatkan Followers dan Letupkan Jualan di Instagram.


Anda boleh belajar banyak benda dari JomInsta ni. Sebab diorang ajar dari A-Z contohnya:

1. Teknik terbukti dapatkan pelanggan
2. Atasi pesaing yang jual produk yang sama
3. Promosi produk secara santai
4. Tingkatkan followers

Saya pasti peniaga yang mula-mula buat bisnes di Instagram akan mengalami masalah sama. Iaitu gambar tak ada orang Like, followers sedikit, tak tahu nak letak caption dan hashtag apa. Apatah lagi teknik pemasaran Instagram yang betul. 


IG Kaboom turut menerangkan secara terperinci tentang cara untuk tingkatkan targeted followers yang berpotensi untuk membeli produk anda.
  1. Targeted - Memang minat produk atau servis anda
  2. Aktif - Jenis yang suka like, comment, dan tag rakan mereka
  3. Real - Manusia sebenar dan bukan robot.
Saya sendiri pernah beli jam tangan di Instagram. Kenapa? Sebab penjualnya memiliki teknik yang bagus dalam menarik pelanggan. Sekali tengok IG terus contact nak beli barang.

Cara nak tingkatkan followers pun ada. Bila ramai followers, ini lah peluang anda untuk buat "Review IG". Di mana anda akan dibayar untuk promote produk.

Testimoni


Yang masih terkapai-kapai lagi tak tahu dari mana nak mula, jadikan IG Kaboom sebagai rujukan. Ni kira maca, pelaburan masa panjang. Beli sekali, tapi dapat hasil yang berlipat ganda.

 Boleh beli di sini >>> IG KABOOM!


Terima kasih kerana membaca Cara Berniaga Di Instagram
Tags

Post a Comment

4Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Macam-macam ada dijual di instagram...rambang mata jadinya.

    ReplyDelete
  2. informasi yang bermanfaat. terima kasih tuan

    ReplyDelete
  3. Panduan kedua jie jumpa cara nak berniaga di instagram..terbaik..

    ReplyDelete
  4. Panduan kedua jie jumpa cara nak berniaga di instagram..terbaik..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top