Etika Pemakaian Ketika Berurusan di JPJ

3

Etika pemakaian ketika berurusan di JPJ. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan kenyataan rasmi di mana orang awam yang ingin berurusan di pejabat JPJ wajib berpakaian sopan. Orang awam dilarang memakai pakaian tidak senonoh atau menjolok mata.

Kenyataan yang dimuatnaik melalui laman Twitter itu mengandungi informasi dan panduan tentang cara pemaikan yang sesuai jika berurusan di pejabat JPJ.


Panduan ini dikeluarkan berikutan isu seorang wanita memuatnaik status di Facebook meluahkan rasa tidak puas hati terhadap JPJ setelah disuruh memakai kain batik. Ini kerana wanita itu melanggar etika pemakaian dengan memakai skirt paras lutut. 


Nampaknya masih ramai lagi yang tak tahu yang etika pemakaian ini perlu dipatuhi bukan sahaja di pejabat JPJ, tetapi disemua pejabat kerajaan. Kalau anda perasan, banner peraturan biasanya diletakkan dipintu masuk. Ada juga yang ditampalkan pada papan kenyataan. 

Ramai je yang datang berurusan di pejabat kerajaan dengan pakaian terlalu casual. Berselipar jepun, seluar pendek dan bersinglet. Lepas ni kena hati-hati kalau tak nak dimalukan depan orang ramai. Heee!

Terima kasih kerana membaca Etika Pemakaian Ketika Berurusan di JPJ.


Tags

Post a Comment

3Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. thanks sharing nik. memang kena ada etika sebenarnya kalau nak berurusan dengan mana-mana jabatan kerajaan kan nik. sebenarnya dimana-mana pun, kenalah beretika sebenarnya :)

    ReplyDelete
  2. haruslah begitu.

    siapa yang pakai skirt tu..paham-paham la yek

    ReplyDelete
  3. bukan saje-saje sebenarnya..ada sebabnya kan

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top