Maksud Gambar Profil Pelangi

7
Maksud gambar profil pelangi. Jika anda perasan dalam beberapa hari ni ramai pengguna laman sosial serta akaun rasmi syarikat terkemuka menggunakan gambar profil pelangi. Boleh dikatakan gambar pelangi akan terpapar pada setiap portal berita dan laman web terkenal.

Namun rakyat Malaysia khususnya umat Islam dinasihatkan supaya tidak terikut-ikut dengan mengubah gambar profil di laman Twitter atau Facebook anda kepada pelangi kerana ia mempunyai maksud yang tersirat.

Maksud pelangi

Untuk pengetahuan anda pelangi itu bermaksud sokongan terhadap perkahwinan iaitu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Ini kerana pada 26 Jun lalu, Mahkamah Agung Amerika Syarikat telah membenarkan perkahwinan sama jantina dan mengiktiraf lesen perkahwinan yang sah kepada gay dan lesbian di semua 50 negeri dalam Amerika.


Jadi golongan gay dan lesbian kini sedang meraikan hari bersejarah kerana akhirnya perkahwinan sama jenis kini sah disisi undang-undang Amerika. Walaupun LGBT bukanlah golongan majoriti, namun rata-rata yang tidak mengamalkannya menunjukkan sokongan terhadap undang-undang baharu ini. Bagi mereka, "akhirnya cinta menang",  dan mereka turut mencipta hashtag #LoveWins 
 
Laman sosial terkemuka, Facebook turut menunjuk sokongan terhadap #LoveWins dengan menyediakan tetapan khas iaitu Celebrate Pride, yang membenarkan anda menukar gambar profil kepada pelangi dengan mudah. 

Golongan muda lebih mudah terpengaruh dengan gambar pelangi ini apabila selebriti terkenal turut menunjukkan sokongan terhadap LGBT.



Melakukan hubungan sejenis atau memperjuangkannya dilaknat Allah SWT kerana ia bercanggah dengan syariat serta fitrah manusia. Jadi janganlah terpengaruh dengan gambar pelangi tu. Kaji dulu apa maksudnya. Jangan pulak nak ikut trend, diorang guna gambar pelangi kita pun nak jugak.


Terima kasih kerana membaca Maksud Gambar Profil Pelangi.
Tags

Post a Comment

7Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. makin ramai manusia terpesong jauh. minta dijauhi la semua ni

    ReplyDelete
  2. Semoga kita terpelihara daripada unsur-unsur yang tidak baik seperti ini, walaupun hari-hari mengadap komputer main internet...

    ReplyDelete
  3. sakit hati gak sebab diorang ambil "pelangi" sebagai maksud benda tuh.

    rosak nama pelangi.

    celaka sungguh.

    ReplyDelete
  4. Baru saja mengetahui ttg info ini setelah kwn kongsikan info di fb. Mmg patut diwar-warkan pd mereka yg tak tahu

    Byk lg simbol lain Pelangi jgk yg diaorg pilih

    Indahnya pelangi ciptaan Allah

    ReplyDelete
  5. Ya Allah minta dijauhi perkara ini untuk generasi muda hari ni. Moga kita terpelihara dari perkara begini.

    ReplyDelete
  6. Dunia akhir zaman....huuu, semoga kita terpelihara dari semua ini. Kesian kat pelangi yang cantik

    ReplyDelete
  7. Jahatnya kaum Kafir ni memesogkan akidah umat Islam..kena lebih berhati-hati

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top