Persiapan Hari Raya Bersama Lazada Malaysia

8

Persiapan hari raya bersama Lazada Malaysia. Berita baik buat anda yang ingin membuat persiapan untuk menyambut kedatangan Syawal. Saya pasti ramai yang dah mula shopping raya, kalau belum, tak payah fikir panjang sebab portal shopping Lazada Malaysia mengadakan jualan Riang Ria Raya yang menawarkan tawaran dan diskaun hebat!

Sebagai portal shopping nombor satu negara, Lazada mengadakan jualan eksklusif selama sebulan bermula 11 Jun hingga 15 Julai ini. Bukan itu sahaja, pada 25 hingga 26 Jun nanti akan diadakan SPECIAL Riang Ria Raya - Jualan Terhebat dengan menawarkan harga yang lebih murah!


Kita semua tahu macam-macam ada di Lazada ni. Dari pakaian, gajet, peralatan dapur hinggalah dekorasi rumah. Tapi dalam entry ni saya nak cadangkan anda beberapa barang yang boleh dijadikan persiapan raya nanti.

SoKaNo Trendz Crocodile Faux Tote Bags

Aksesori wajib bagi perempuan adalah handbag. Bila tengah scroll tadi berkenan pulak dengan SoKaNo Trendz ni. Memang murah, cuma RM95 sahaja selepas diskaun  68%. Saya cakap murah sebab ia datang dengan 5 set lengkap: shoulder bag, crossbody bag, clutch, pemegang kad,dan keychain teddybear. Harga asal RM299.90 tau.


Bubbles Aiden Diaper Backpack 
 
Untuk yang ada anak kecil, saya cadangkan Bubbles Aiden Diaper Backpack iaitu bag galas terbaik untuk isi barang baby bila nak balik kampung nanti. Beg ni sesuai sangat untuk travel sebab ia besar, jadi boleh la isi lampin, baju, susu, tisu basah, mandian, makanan bayi, dan mainan. Cantik, ada tiga pilihan warna dan paling penting berkualiti. Hanya RM67.70 sahaja. 



Takada Double Grill Pan TK-DGP01

Pemanggang ajaib ni tak perlu diperkenalkan lagi. Sangat popular sebab boleh masak macam-macam menggunakannya. Dari daging, ikan, sayur, buat kuih pun boleh. Satu lagi ciri menarik tentang Takada Double Grill Pan ni, anda boleh amalkan gaya hidup sihat sebab tak perlu minyak banyak sangat. Sesuai untuk masak rendang masa raya nanti. Boleh dapatkan dengan harga RM80, harga asal RM176 tau!


Rugi pulak kalau tak shopping musim perayaan ni. Bukan selalu nak dapat harga murah macam ni, potongan sehingga 90% pulak tu.

Lazada ni memang terkenal dengan portal membeli-belah yang menawarkan barangan berkualiti dengan harga murah. Mereka juga menawarkan servis yang tip top! Berbaloi kalau shopping raya di Lazada. Jimat, senang, dan cepat. Tak perlu bersesak-sesak di jalan raya. Hoho!

Korang boleh check sendiri antara barang yang ada potongan harga di sini >> http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya-2015/

Ini adalah Blogger Contest anjuran Lazada Malaysia dengan kerjasama sayaida.blogspot.com. 6 Pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi hadiah Gopro 4 dan Duit Raya ! Untuk sertai contest ini, sila ke link ini: LINK CONTEST 


Entri sebelum ini: Tarikh Akhir Pengeposan Pos Laju Sebelum Raya

Selamat bershopping dan terima kasih kerana membaca Persiapan Hari Raya Bersama Lazada Malaysia.

Post a Comment

8Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Macam-macam ada di lazada...sedia duit je

    ReplyDelete
  2. Nampak memamg menarik untuk shopping raya di Lazada. Ada contest lagi.

    ReplyDelete
  3. Rambang mata pula tengok barang Lazada ni bila ada promosi. Uish....

    ReplyDelete
  4. Kalau lazada ni, standby duit je la. rambang mata

    ReplyDelete
  5. tu dia.

    sakan nak pi beraya ye..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top