Jumaat, 26 Jun 2015

Sebab Buang Iklan Nuffnang



Sebab buang Iklan Nuffnang. Sebelum ni saya selalu cerita pasal Nuffnang, tentang cara tingkatkan CPUV serta iklan-iklan yang terpapar dalam blog ni. Tapi sekarang banner Nuffnang tak ada lagi dalam blog NIKKHAZAMI.COM.

Kenapa? Sebab saya dah buang dan kini menggunakan medium pengiklanan Komli. Susah sebenarnya nak buat keputusan untuk tidak lagi menggunakan Nuffnang. Sebab syarikat dari Malaysia tu dah banyak berjasa. Ketika blogger lain merungut dapat earnings ciput, earnings saya maintain je. Ketika mereka cakap lambat terima cek, saya cuma ambil masa sebulan sahaja.

Saya tak cakap Nuffnang ni tak bagus, tapi sudah pasti anda nak maksimumkan pendapatan blog. Jadi kenalah pilih platform pengiklanan yang memberikan lebih banyak keuntungan. Lain blog, lain rezekinya. Kalau blog anda lebih banyak buat duit dengan Nuffnang berbanding yang lain, kekal lah bersama Nuffnang.

Nuffnang vs Komli

Satu lagi sebab kenapa saya buang Nuffnang dalam blog ni adalah kerana anda akan kehilangan status gliteratti jika memasang iklan dari platform lain. Saya dah cuba optimasikan iklan dengan memaparkan iklan Nuffnang jika Komli tidak muncul. Tapi cara tu gagal. Haha!! Terus jadi non-glitterati.
Sekarang ni saya pasang iklan Komli dan Revenuehits sahaja. Salah satu sebab kerana kedua-duanya dibayar dalam bentuk USD. Sejak guna Komli ni dah nampak perbezaannya. Bulan pertama saya akui memang agak perlahan. Bulan kedua baru okay.. Hoho!

Artikel berkaitan: Kelebihan Pengiklanan Revenuehits

Revenuehits pulak, ramai yang kata ia merupakan alternatif kepada Adsense. Sebab ia tidak mengharapkan jumlah Cost-per-Click (CPC) semata-mata. Terbeliak jugak bijik mata bila tengok earnings walaupun tak sampai sebulan mendaftar. Lepas tu Revenuehits ni senang approve. Kalau trafik blog anda tinggi memang berbaloi-baloi guna Revenuehits. Jangan tunggu lagi, pergi daftar di - www.revenuehits.com


Selain itu saya tengah tunggu permohonan Adsense diluluskan sepenuhnya. Saya dah lulus first review dan dah pasang kod, tapi hanya nampak ruang kosong je. Harap sangat dapat full approval sebab bukan senang memohon, kita semua tahu Adsense memang cerewet.


Buang iklan tidak bermakna saya tutup akaun Nuffnang. Takde la sampai macam tu sekali. Saya masih lagi memasang iklan Nuffnang di blog-blog saya yang lain yang mempunyai niche yang berbeza..

Pada saya, apa pun medium pengiklanan yang kita guna ia bergantung pada trafik blog. Trafik kena mantain dan terapkan teknik SEO. Orang yang dah baca Kitab Pink yang famous tu mesti dah tahu rahsianya. boleh beli di sini kalau nak >> Kitab Teknik SEO Merah Jambu

Previous post: Sinopsis Syurga Nur di Tv3

Semoga entry Sebab Buang Iklan Nuffnang ini bermanfaat.

16 ulasan:

  1. guna nuffnang aje.

    masih tak tahu banyak perkara lagi pasal nuffnang ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba apply yg lain.. kalau bleh yg stick pada satu platform je

      Padam
  2. aku x pernah lagi pakai revenue hit, macam mana earning dia bro

    BalasPadam
  3. Saya pun dah buang nuffnang selepas bertahun2x bersama nuffnang. :Dharap berbaloi.

    BalasPadam
  4. Revenuehits dan Komli, mana yang lebih baik dari segi earning?

    BalasPadam
    Balasan
    1. lebih kurang je, cuma Komli agak perlahan masa mula2 daftar.

      Padam
  5. betul.... Nuffnang sentiasa beri income yang baik setiap bulan pd saya. Tapi tak salah kita cuba cari platform yang lebih baik lgi... mungkin boleh gunakan Nuffnang untuk blog yg lain kan..

    BalasPadam
  6. macam menarik je..
    salam singgah.. :)

    www.masturadin.com

    BalasPadam
  7. Nuffnang belum buang, kalau buang pasti Komli jadi pilihan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau nuffnang tak menguntungkan, baik buang bro kamil..

      Padam
  8. Dalam proses nak register..mohon tunjuk ajar

    BalasPadam
  9. saya bermula dengan nuffnang..baru2 ni dh register Revenuehits...akan mencuba Komli

    BalasPadam
    Balasan
    1. semoga dpt buat banyak duit dengan ketiga-tiga company

      Padam
  10. satu artikel yang bagus

    BalasPadam
  11. Macam mana nak sign up komli tu ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. utk pengetahuan, komli dah takde sekarang. dah d ambil alih oleh syarikat lain

      Padam