Sinopsis Hidayahmu Ramadan di Tv3

4

Sinopsis Hidayahmu Ramadan di Tv3. Bersempena dengan bulan Ramadan yang bakal menjelang, Primeworks Studios menyediakan sebuah drama bersiri menarik iaitu HIDAYAHMU RAMADAN bagi mengisi Slot Samarinda di Tv3.

Hidayahmu Ramadan dibintangi pelakon hebat seperti Zara Zya dan Aeril Zafrel sebagai bintang utama dan turut dibantu oleh Reen Rahim, Nazrief Nazri, Roy Azman, Sharifah Shahora, Zarina Zainuddin, Mustaqim Bahadon, Aleza Shadan, Aman Nassim, Zahirah Macwilson

Drama bersiri 17 episod ini merupakan sebuah lagi karya penulis skrip berbakat, Azlina Pa'wan dan diarahkan oleh Eoon Shuhaimi. Hidayahmu Ramadan bakal bersiaran bermula 4 Jun, setiap Selasa hingga Khamis jam 10 malam di Tv3.


Sinopsis drama Hidayahmu Ramadan Tv3
Hidayah dan Nazir adalah sepupu yang sangat rapat walaupun mereka berasal daripada latar belakang yang berbeza. Dek kerana kemiskinan keluarga Hidayah, ibu bapa mereka pula jarang berhubung antara satu sama lain. Selepas 11 tahun, Nazir kini menyambung pelajaran ke universiti dan sedang mengikuti semester akhir. Hidayah merupakan pelajar Tingkatan Enam. Hidayah menyimpan hasrat untuk melanjutkan pelajarannya ke universiti seperti Nazir.

Namun segalanya berubah selepas  ibu bapanya meninggal dunia dalam kemalangan. Hidayah tinggal sebatang kara dan ketika itu Nazir tampil memberi pertolongan dan memberi perhatian kepadanya. Melihat keakraban hubungan mereka, ibu Nazir mula merancang untuk memisahkan dua hati ini kerana tidak rela bermenantukan Hidayah.

Selamat menonton! Terima kasih kerana membaca Sinopsis Hidayahmu Ramadan di Tv3.






Tags

Post a Comment

4Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Sedih sgt last episode dya...

    ReplyDelete
  2. ada ulangan semula drama ni kat tv3 nik. PG da ingat-ingat lupa jalan cerita drama ni. rasanya da tengok sebelum ni ;)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top