Sinopsis M.A.I.D di Astro Ria

2

Sinopsis MAID di Astro Ria. Memandangkan drama Rindu Awak 200% mencipta fenomenanya yang tersendiri pada tahun lalu, kini Astro mengubat kerinduan peminat dengan menggandingkan semula pelakon utamanya Zul Ariffin dan Ayda Jebat melalui drama M.A.I.D.

Seperti drama Melayu sebelum ini, MAID merupakan sebuah lagi drama yang diadaptasi dari novel cinta popular dari tajuk yang sama karya Suri Ryana. Drama terbitan Darkwave Pictures arahan Michael Ang ini turut dibintangi pelakon hebat seperti Nina Nadira, Tasha Shilla, Nina Juren, Nina Nadira, Eizlan Yusof, Hefny Sahad, Mak Wan.

Artikel berkaitan: Rindu Awak 200% Raya

MAID bakal bersiaran mulai 15 Jun 2015, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 10pm di saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135).



Sinopsis drama MAID di Astro Ria

Noorul berkeja sebagai pembantu rumah di rumah mewah seorang lelaki kacak, Harris Tan Sri Hamdan. Harris sangat cerewet sehinggakan Noorul menggelarkannya sebagai Mr. F (fussy). Noorul pernah bekerja di sebuah kilang tetapi telah ditutup dan menjadi penganggur seketika sebelum membuat keputusan untuk menjadi orang gaji. 

Harris suka mengarah Noorul dengan meninggalkan nota di setiap ceruk rumahnya serta suka menengking. Harris kemudian menyuruh Noorul memasak Nasi Beriyani. Ini merupakan masalah besar buat Noorul kerana dia tidak tahu masak. Oleh itu dia menghadiri kelas masakan dengan Chef Aidil. Setelah lama berkerja dengan Harris, Noorul dalam diam mula jatuh hati terhadap majikannya.

Tiba-tiba sahaja Noorul dan Harris difitnah dan terpaksa dinikahkan untuk menjaga nama baik serta reputasi bisnes keluarga Harris. Noorul tidak yakin sama ada Harris boleh menerimanya sebagai isteri kerana dia hanya orang gaji. Dalam masa yang sama, mereka tertanya-tanya siapakan dalang disebalik menyebaran fitnah ini. 
Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Harris melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Harris? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Harris pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar? 
Drama kahwin paksa lagi, fellas. Selamat menonton: Sinopsis MAID di Astro Ria.
Artikel sebelum ini: Semak Baki PTPTN Melalui SMS
Tags

Post a Comment

2Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. saya dah baca novel dia dan memang best!!! cuma watak lelaki tu tak berapa kena sebab dalam novel watak hero dia muka macam lelaki Korea. Tapi bolehlah tu. hehe

    ReplyDelete
  2. Ok, sbb dah baca sinopsis nie... layan juga la tadi... boleh tahan la adaptasinya...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top