Khamis, 25 Jun 2015

Sinopsis Syurga Nur di Tv3


Sinopsis Syurga Nur di Tv3. Bertepatan dengan kempen Syukur Selalu yang diwujudkan stesen tv nombor satu negara sempena bulan Ramadan, sebuah lagi drama bersiri bertajuk SYURGA NUR bakal menemui penonton setianya di Slot Akasia pada 1 Julai ini.

Drama 28 episod terbitan JS Pictures Sdn Bhd ini  diarahkan oleh Azman Yahya (Jinggo) dan mendapatkan sentuhan skrip daripada Sofia J Rhyland disamping membariskan pelakon berbakat seperti Janna Nick, Amar Asyraf, Azrel Ismail, Sheila Rusly, Raja Ilya, Dayana Roza, Erwin Dawson, Ammar Alfian, dan ramai lagi.



Drama ini bakal bersiaran mulai 1 Julai ini bagi menggantikan Dia Isteri Luar Biasa, setiap Isnin hingga Khamis, jam 6.55 petang hanya di Tv3.


Sinopsis Drama Syurga Nur di Tv3

Mengisahkan Nur yang kehilangan ibu bapanya dalam kemalangan jalan raya. Sejak itu, Nur dibesarkan oleh ibu saudaranya, Alin yang bersikap kejam dan sering menderanya. Nur melarikan diri dari rumah dan berjumpa dengan Sarina. Sarina yang kasihan dengan Nur mengambilnya sebagai anak, menjaga dan menyayanginya seperti anak kandungnya sendiri.

Sarina mempunyai dua orang anak lelaki, Kamil dan Adib yang tidak menyenangi kehadiran Nur dalam keluarga mereka. Selepas 9 tahun, Nur menjadi usahawan berjaya dan kemudian berjumpa semula dengan ibu saudaranya. Kamil dalam diam mempunyai perasaan terhadap Nur, tetapi tidak berani untuk meluahkan isi hatinya. Nur juga mula merasa Kamil menyukainya apabila Kamil menolak untuk dijodohkan dengan Siti.

Entri sebelum ini: Shopping Online Murah di Ensogo

Selamat menonton dan terima kasih kerana membaca Sinopsis Syurga Nur di Tv3

2 ulasan:

  1. Suka tengok cerita ni.. Penindasan terhadap kanak-kanak. Padahal anak sedara sendiri tu.. Realiti dunia.. Tak sabar nak tunggu episod seterusnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pun tengok juak sikit2.. layan jugak cerita ni

      Padam