Unifi di Kelantan pada Ogos 2015

2


Unifi di Kelantan pada Ogos 2015. Berita baik buat penduduk Kelantan kerana perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi, UniFi, akhirnya tiba di negeri itu menjelang Ogos ini. Perkara ini disahkan sendiri oleh Pengurus Besar Telekom Malaysia (TM) Kelantan.

Sebagai permulaan, perkhidmatan itu akan dinikmati oleh penduduk di daerah Kota Bharu, Kubang Kerian, dan Pengkalan Chepa sahaja. Oleh itu, TM tidak akan menyediakan perkhidmatan Streamyx di kawasan yang mempunyai liputan UniFi.

Baca: Khidmat Pelanggan TM Melalui Twitter Terbaik

Menurut laporan Berita Harian, bagi kawasan yang sedia ada Streamyx dan ada pengguna memohon untuk mendapatkan UniFi,  TM akan menyediakan perkhidmatan itu kepada mereka.

Sebenarnya berita UniFi tiba di Kelantan ni saya dengar sejak 2013 lagi. Harap-harap kali ni ia akan dilaksanakan. Setakat ini selain dari perkhidmatan Streamyx yang disediakan TM, penduduk Kelantan turut menikmati jalur lebar yang disediakan Telco seperti Celcom, Maxis, dan P1.

Semoga dengan adanya UniFi nanti penduduk negeri ni boleh merasa internet berkelajuan tinggi dan selesakan tugas dnegan pantas.. 


Upgrade dari Streamyx ke UniFi?

Saya sendiri guna Streamyx. Ada ketika laju, ada ketika slow tahap siput tengah nazak. Tapi best sebab unlimited dan tak payah risau pasal quota. Pernah jugak terfikir nak upgrade ke UniFi, tapi tak pasti sama ada ia berbaloi atau tidak. Bagi yang kaki download macam saya ni seronok la kalau ada UniFi kan? 

Entry sebelum ini: Sebab Buang Iklan Nuffnang

Terima kasih kerana membaca Unifi di Kelantan pada Ogos 2015.

Tags

Post a Comment

2Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. pernah kena tawar dengan unifi nih dari TM..

    tapi tolak sebab bukan hari-hari dah balik kat banting.

    maklumlah..dah kahwin kann..

    ReplyDelete
  2. Bestla orang Kelate, dah ada Unifi untuk melayari internet sepuas-puasnya

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top