Babak Tun M dalam Filem Kapsul

6

faizal hussien dan tun m dalam kapsul

Babak Tun M dalam Filem Kapsul. Bukan senang nak dapatkan bekas Perdana Menteri untuk muncul dalam filem tempatan. Tetapi produksi Two Tones Sdn Bhd berjaya mencipta sejarah apabila mantan PM, Tun Mahathir Mohamad bakal membuat penampilan khas filem terbaharu, Kapsul.

Filem ini mengisahkan perjuangan bangsa Melayu sejak zaman pemerintahan Jepun hingga kini serta  kapsul masa Wawasan 2020 yang ditanam Tun M di Putrajaya sewaktu zaman pemerintahannya dahulu. 

Kemunculan Tun M dalam filem Kapsul dianggap sebagai pelengkap kerana ia menceritakan bentuk fizikal kapsul dan mungkin memberi bayangan tentang isi kandungannya yang mengandungi coretan dan pesanan menjelang tahun 2020. 

Artikel berkaitan:  Kapsul Masa Tun M Masih Disimpan

Tun M lakon lima babak

Menurut penerbitnya, Amru Najmi Osman, Tun M bakal melakonkan lima babak penting dalam filem Kapsul termasuklah babak dialog antara beliau dan pelakon utama, Faizal Hussien.


Walaubagaimanapun, penampilan Tun M dalam filem berkenaan tidak ada kaitan dengan situasi politik semasa.

Sinopsis filem Kapsul

Sebuah kapsul masa Wawasan 2020 yang ditanam oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dicuri dan membawa Zohri kembali ke zaman silam. Zohri kini terperangkap di tengah pergolakan bangsa Melayu untuk mencapai kemerdekaan serta membawa bangsa Melayu keluar dari kancah kemiskinan. Zohri melihat dan merasa sendiri akan erti sebuah perjuangan bangsanya yang tidak pernah dia bayangkan selama ini. Dia melihat, dia merasai dan kini dia mulai memahami betapa peritnya liku-liku rentetan sejarah negara dan bangsa. Kembara Zohri berterusan dari satu era ke era seterusnya dan tiada siapa yang mampu membawa pulang ke zamannya kecuali dirinya sendiri.

Kapsul bakal ditayangkan pada 17 September 2015.

Dah lama tunggu filem macam ni. Sebab di Malaysia ni asyik filem cinta, gangster dan rempit je. Kalau ada filem sejarah pun mesti kena tapis dan banyak babak terpaksa dipotong. Kononnya boleh menggugat ketenteraman negara.

Apa pun saya pasti penampilan istimewa Tun M akan menjadi pelaris filem Kapsul. Hoho!

Entry sebelum ini: Cara Semak Oppo Original

Terima kasih kerana membaca Babak Tun M dalam Filem Kapsul

Post a Comment

6Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. menarik ni..tak sabar nak tunggu filem ni keluar..memang dah bosan2 dengan filem2 melayu yang asyik2 cerita cinta dan lawan2..

    ReplyDelete
  2. Wah, apabila dua otai yang dari bidang yang berbeza bertemu di dalam layar perak, mesti best..n Tun Mahathir mesti takkan terima sembarangan filem..mesti telah kaji dari semua sudut..mesti ada mesej yang cuba disampaikan...

    ReplyDelete
  3. wah... banyak juga babak Tun M dalam filem ni... untung team produksi dapat bekerjasama dengan Tun M... salute

    ReplyDelete
  4. Wah menarik ni. Bukan senang Tun M nak ada dalam layar perak. Pasti jalan penceritaannya yang menarik :D

    ReplyDelete
  5. Confirm menarik tu... dan confirm yang terlaris punya,,...

    ReplyDelete
  6. INilah yang ditunggu2. Tengok trailer pun dah macam best. Yang penting pengisian cerita yang tak mengarut...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top