Isnin, 13 Julai 2015

Cara Semak Oppo Original


Cara semak Oppo original. Nama produk dari Cina ini mendapat perhatian sejak beberapa hari lalu selepas insiden kekecohan rangkaian pengedar Oppo di Plaza Low Yatt menjual telefon tiruan. Sebenarnya banyak versi yang tersebar di media sosial.

Versi pertama pelanggan berang apabila peniaga enggan menukar telefon asli kemudian datang semula ke kedai dengan membawa rakan untuk membalas dendam sehingga mencetuskan kekecohan. Peniaga pula mendakwa pelanggannya mencuri telefon bimbit. Setelah pelanggannya dilepaskan, dia kembali kedai dan memulakan pergaduhan.

Apapun, sejak isu ini menjadi viral, pengguna Oppo mula resah adakah mereka membeli Oppo original atau tidak. Jadi jika anda curiga dengan keaslian telefon pintar anda, anda boleh semak melalui Oppo IMEI Checker. Diingatkan semakan ini sah untuk telefon bimbit Oppo sahaja.


  Cara Semak Oppo Original
  1. Dapatkan nombor IMEI Oppo dengan mendail [*#06#]
  2. Layari Oppo IMEI Checker, dan masukkan nombor yang terpapar pada telefon anda tadi.
  3. Klik submit.
Jika telefon pintar anda adalah yang asli, anda akan dipaparkan dengan perincian tentang model Oppo anda seperti gambar di bawah.


Saya sendiri menggunakan Oppo, dan lepas timbulnya isu ni saya cepat-cepat semak sama ada Oppo R1L saya tu adalah ori atau tak. Fuuhh! Nasib baik original.


Jenama Oppo mula mendapat perhatian di Malaysia kerana produknya cukup berkualiti dan harga yang murah. Populariti smartphone ini dilihat sudah menandingi pesaing terdekatnya, Samsung, Lenovo, dan Apple.

Pada masa sama, dia turut meluahkan rasa kesal dengan kejadian itu sehingga mencetuskan isu perkauman yang dilihat boleh mengganggu gugat keamanan dan ketenteraman yang dikecapi negara selama ini.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/67729
Saya nasihatkan kalau nak beli mana-mana jenama telefon pintar, belilah di outlet yang berdaftar. Atau beli je kat Lazada.

Entri sebelum ini: Daftar Affiliate Lazada

Terima kasih kerana membaca Cara Semak Oppo Original

8 ulasan:

  1. Selepas ni, beli hp tempat yang diyakini :D

    BalasPadam
  2. Selepas ni, beli hp tempat yang diyakini :D

    BalasPadam
  3. beli sahaja HP kat pengedar berdaftar..jika nak komplen senang sebab mereka ada rekod tertentu.

    BalasPadam
  4. Mujur ada panduan macam ni walaupun saya tak pakai OPPO

    BalasPadam
  5. kadang2 isu macam ni yg akan membuatkan orang mula rasa ingin tahu terhadap sesuatu. sebab tu org kata sesuatu benda jadi, ada sebab...

    BalasPadam
  6. Mintak maaf, tapi rasanya artikel ni nak kena edit sikit; cerita kat Plaza Low Yat haritu bukannya pasal penjual jual hp tak ori pun, tapi pasal 2 pelanggan curi bawak lari hp dari kedai tuu. Bagus diperbetulkan. Salam.

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah sy salah seorang pengguna oppo juga model r7sf sy cepat2 chek td nk tahu oppo sy guna ini ori atau tidak..alhmdulillah juga nasib baik ori..kalau tak ori memang menyesal gila2 lah kot..sebab dh buang duit ribu-ribu kan..tq tas prkongsian nikkhazami

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah sy salah seorang pengguna oppo juga model r7sf sy cepat2 chek td nk tahu oppo sy guna ini ori atau tidak..alhmdulillah juga nasib baik ori..kalau tak ori memang menyesal gila2 lah kot..sebab dh buang duit ribu-ribu kan..tq tas prkongsian nikkhazami

    BalasPadam