Cara Tukar Nama Fanpage Facebook

23
Cara tukar nama Facebook Fanpage | Dahulu, jika membina fanpage menggunakan nama tertentu, anda tidak dibernarkan menukarnya kecuali anda mempunyai kurang dari 200 likes. Hal ini merumitkan pemilik  atau admin untuk mengendalikan laman Facebook perniagaan, persendirian, atau untuk public figure.


Tetapi kini Facebook telah membenarkan anda menukar nama page dengan beberapa syarat mudah.

Katakan anda mempunyai fanpage dan ingin menukar nama kepada yang lebik baik dan mudah diingati pengikut. Ataupun, anda ingin mengubah page tersebut secara total, tetapi mahu menggunakan page yang sama berikutan page tersebut sudah mempunyai ribuan pengikut.

Nak tahu cara tukar nama page FB 2019?Sebelum itu, anda kena patuhi beberapa syarat mudah.

Syarat tukar nama Facebook

  • Menggunakan nama yang mewakili subjek page dengan tepat.
  • Nama page bertepatan dengan bisnes, jenama, atau organisasi.
  • Nama page tidak mengelirukan pengikut.
  • Tidak menggunakan kata-kata kesat, atau melanggar hak organisasi lain.

Cara Tukar Nama Fanpage Facebook

  1. Login ke page tersebut.
  2. Klik 'About' yang terletak di sebelah kiri.
  3. Pada bahagian 'Name' klik 'Edit'
  4. Masukkan nama baharu untuk page anda
  5. Klik 'Continue'
  6. Klik 'Request Change' untuk mengesahkan pertukaran nama.


Tukar nama page secara total


Sekiranya anda ingin mengubah nama atau kategori page secara total. Contohnya dari page bisnes baju kepada perkongsian resepi. Ia memakan masa kerana anda perlu mengikut beberapa langkah.

Langkah 1: Tukar nama page dengan menggabungkan nama lama dan nama baru. 

Nama asal - Baju Kurung Cotton Murah
Anda ingin tukar kepada -  Resepi Makanan Sedap

Anda tidak boleh tukar terus kepada 'Resepi Makanan Sedap'. Jika nama ditukar secara mendadak, anda akan mendapat notis berbunyi:

- We weren't able to approve your request to change your Page name. 


Sebaliknya, tukar dahulu kepada : Baju Kurung Cotton Murah Resepi Makanan Sedap.

Langkah 2: Biarkan page berkenaan selama 3 hingga 4 hari. 

In the mean time, anda masih boleh memuat naik status dan gambar seperti biasa tanpa masalah.

Langkah 3: Selepas 3 hari, tukar nama page Facebook kepada nama baru sepenuhnya.

Dari - Baju Kurung Cotton Murah Resepi Makanan Sedap.
Tukar kepada - Resepi Makanan Sedap
Cara tukar kategori page Facebook juga mengukut syarat dan tatacara yang sama. Mudah kan?

Anda kemudian akan dipaparkan satu kotak pemberitahuan serta email notifikasi menyatakan permohonan telah diterima. Selain itu semua pengikut fanpage anda akan menerima notifikasi yang memberitahu nama fanpage anda telah berubah. Contohnya seperti dalam gambar di bawah:


Saya dah buat Facebook page dulu. Disebabkan page tersebut tidak lagi relevan dengan masa kini, saya terpaksa tukar page tersebut dengan kategori yang lebih segar dan up to date. Pada masa yang sama, jumlah likes masih lagi kekal dan saya tidak perlu bina page baru.


Untuk itu, saya mengalu-alukan anda untuk like, komen, dan share page baru iaitu - Team Travel My yang berkongsi tentang tempat percutian menarik dan restoran sedap. Jemput baca juga laman web kami di www.teamtravel.my.

Terima kasih kerana membaca Cara Tukar Nama Fanpage Facebook
Tags

Post a Comment

23Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Banyak notification orang tukar nama fanpage facebook.. ingatkan kenapa rupanya dah boleh tukar hihih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejak dah boleh tukar ni banyak dpt noti.. haha

      Delete
  2. memang banyak dapat notification orang tukar nama fanpage ni..kebanyakannya blogger..hihi..rasa macam nak tukar juga...

    ReplyDelete
  3. patut ramai yang galak sangat tukar 1-2 hari ni. haha..

    ReplyDelete
  4. Bagusnya. Mek ila masih mencari cara untuk menukar nama di Facebook selepas proses verification nama dibuat. Sampai sekarang tak boleh tukar. Tuan ada cara tak?

    ReplyDelete
  5. Bagus team Facebook ni memudahkan admin page nak tukar nama dan mcm2 benda lain.

    ReplyDelete
  6. terima kasih memang tengah mengodek2 cara ubah nama pada fanpages

    ReplyDelete
  7. Bgs2 info ini..sila lah dtg blog sy..http://ajax85.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. Yang nak rebrand sure ambil peluang nih..

    ReplyDelete
  9. oic..baru tahu boleh tukar..tq NIk

    ReplyDelete
  10. wah...baru tahu boleh tukar...terima kasih!

    ReplyDelete
  11. dah 3 fanpage saya tukar nama, hehe

    ReplyDelete
  12. mudah je nak tukar, patutlah ramai tukar beberapa hari ni

    ReplyDelete
  13. Trime kasih ats info :)
    Ada cara tak macam mana kita nak tukar nama fanpage tanpa org yg like dapat notification?

    ReplyDelete
  14. Trime kasih ats info :)
    Ada cara tak macam mana kita nak tukar nama fanpage tanpa org yg like dapat notification?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya tak ada.. automatik akan bagi notifikasi..

      Delete
  15. Saya buat tak boleh..mmg kena upah servis tukar nama.ke ada SBB like dah ramai? Boleh Bantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi setakat ni ramai yang dah boleh tukar walaupun banyak likes

      Delete
  16. Saya tersalah tukar nama baru page...mcam mana nak tukar balik ye..sebab lepas tukar dah xboleh tukar...@ makan masa lama nak tukar balik?klau mkn masa brapa lama?1day

    ReplyDelete
  17. Boleh sy Tau. Kenapa bila click dibahagian profile name. Sy trima message page cannot be displayed

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top