Ahad, 26 Julai 2015

REVIEW BUKU - Paper Towns


Review buku Paper Towns. Paper Towns merupakan sebuah lagi karya hebat penulis novel young adult terkenal dunia, John Green. Seperti naskah Green yang lain, buku yang diterbitkan pada 2008 ini turut mencatat jualan tertinggi New York Times

Ini adalah buku ketiga dari John yang saya baca. Sebelum ini saya pernah baca An Abundance of Katherines dan The Fault In Our Stars (TFiOS). Surprisingly, saya lebih suka Paper Towns berbanding dua buku sebelum ini. Dah lama habis baca, tapi hari ni baru review. Hee!

Artikel berkaitan: Review Buku TFiOS

Sinopsis Buku Paper Towns

Mengisahkan seorang remaja Quentin Jacobsen (Q) yang menyimpan perasaan cinta terhadap jirannya sendiri, Margo Roth Speigelman sejak dari kecil. Q dan Margo berkawan rapat sewaktu zaman kanak-kanak namun hubungan mereka semakin renggang apabila memasuki alam remaja. 

Segalanya berubah apabila pada suatu malam Margo menyelinap masuk ke tingkap bilik tidur Q meminta bantuan untuk melunaskan 'dendam' terhadap bekas teman lelaki dan beberapa orang rakan yang telah membelakanginya. 

Misi nakal mereka untuk membalas dendam terhadap Jase, Becca, Lacey, dan Chuck telah menunjukkan personaliti Margo yang belum pernah Q lihat. Pada Q, pengembaraannya di bandar Florida, USA, bersama Margo pada malam itu mungkin boleh mengubah hubungannya dengan gadis yang disukainya selama ini.


Namun, Margo hilang pada keesokkan harinya. Menurut ibu bapa Margo, ini bukan kali pertama dia menghilangkan diri. Mereka sudah penat dengan karenah Margo dan yakin anaknya akan pulang tidak lama lagi. 

Walaubagaimanapun, Q mendapati Margo meninggalkan klu seolah-olah mahu Q mencarinya. Quentin dengan bantuan rakan-rakannya berusaha menyelesaikan klu yang ditinggalkan Margo dalam usaha membawa gadis itu pulang. 

Review buku Paper Towns 

Secara jujurnya, saya menjangkakan Paper Towns sama sahaja seperti kisah yang sering dipaparkan dalam filem Hollywood. Seperti seorang pelajar yang kurang popular jatuh hati akan pelajar popular. Tetapi sangkaan saya meleset. John Green seperti biasa mahu pembaca berfikir diluar kotak dengan menggunakan kata-kata puitis dan metafora.




Setiap halaman mengajak anda bersama-sama Q untuk menyelesaikan klu serta mengembara untuk mencari di mana Margo. Penceritaan ditengah-tengah buku bertukar perlahan dek kerana Q mengambil masa yang agak lama memecahkan klu yang ditinggalkan Margo. Namun keseronokkan kembali kepada asal di penghujung buku.

Setiap plot disusun dengan rapi dengan untuk menceritakan perwatakkan setiap karakter yang dicipta. Walaupun skopnya cukup kecil di mana ia hanya berpandukan apa yang dilihat oleh Quetin, tetapi jalan cerita Paper Towns digarap dengan cukup menarik.

paper towns malaysia
Dalam ramai-ramai artis Hollywood tu, artis Malaysia jugak yang dia cari. Haih...
Jika anda pernah membaca TFiOS, jangan mengharapkan babak air mata dalam Paper Towns kerana temanya seratus peratus berbeza.

Lazada Malaysia

Saya suka gaya penulisan John Green seperti mana saya suka menonton videonya di Youtube. Jika anda diberi sebuah buku tanpa nama penulis, apabila anda baca buku itu, anda pasti tahu ia ditulis oleh John Green. Mungkin itu yang menjadikan dia antara penulis buku YA yang berjaya dan disenaraikan dalam 100 individu paling berpengaruh di dunia. 

Paper Towns dijual pada harga RM36.

Entri sebelum ini: Babak Tun M dalam Filem Kapsul

Terima kasih kerana membaca REVIEW BUKU -  Paper Towns.

3 ulasan:

  1. Popular Malaysia di situ, baca review best gak buku ni :D

    BalasPadam
  2. Haihh,, kenpe ade Malaysia kt situu?

    BalasPadam