Fakta Menarik Filem Fantastic Four 2015

4

Fakta Menarik Filem Fantastic Four 2015. Pada 6 Ogos ini, filem superhero yang diadaptasi dari komik Marvel, Fantastic Four, akan kembali ke pawagam selepas hampir tujuh tahun menyepi. Pihak Marvel dan 20th Century Fox  kini mengulang semula kejayaan filem dengan melakukan 'reboot' di mana kisah kumpulan superhero ini akan dimulakan dari awal.

Bukan itu sahaja, kumpulan produksi, pengarah, serta para pelakon turut berubah dan berwajah baru. Kali ini, empat superhero berkenaan dibintangi Miles Teller sebagai Reed Richards, Kate Mara (Sue Storm), Michael B. Jordan (Johnny Storm) Jamie Bell (The Thing). 

Buat mereka yang meminati filem superhero komik Marvel pastinya menantikan tayangan filem ini. Jadi melalui entri ini saya kongsikan beberapa fakta yang perlu anda tahu tentang filem Fantastic Four 2015.

Fakta menarik Fantastic Four 2015

1. Ini merupakan filem Marvel kedua buat Tim Blake Nelson dan Kate Mara. Nelson pernah muncul dalam The Incredible Hulk dan Mara pernah melakonkan watak dalam Iron Man 2.

2. Buat pertama kalinya, watak The Thing tidak akan memakai seluar dan kasut. Selain itu The Thing direka menggunakan teknik GCI dan tidak lagi memakai make-up dan prostetik.


3. Miles Teller menjadi pelakon kelahiran America Syarikat pertama yang melakonkan watak Reed Richards. Sebelum ini watak itu dipegang oleh Alex Hyde White dan Ioan Gruffudd dan mereka merupakan rakyat Britain.

4. Dengan melakukan sedikit perubahan dari komik, dalam filem ini Sue Storm dan Johnny Storm tidak mempunyai pertalian darah. Johnny dan bapanya berketurunan kulit hitam dan Sue merupakan anak angkat.


5. Ketika Susan sedang menjejaki signal, terdapat alamat IP terpapar pada skrin "23.21.190.125". Alamat ini merujuk kepada sebuah artikel di internet berkenaan Latveria, iaitu tempat asal Dr. Doom.

6. Kate Mara mahu membaca buku komik Fantastic Four sebagai persediaan memegang watak Susan Storm. Namun pihak produksi memberitahu dia tidak perlu membacanya kerana filem kali ini tidak diadaptasi dan mempunyai jalan cerita yang berbeza.


7. Filem ini belum ditayangkan, namun pihak produksi telah mengumumkan sekuelnya yang bakal ditayangkan pada 13 Julai 2017.

8. Jack Huston, Domhnall Gleeson, Sam Riley, dan pemenang Oscar Eddie Redmayne, dicadangkan memegang watak Dr. Doom sebelum watak itu diberikan kepada Toby Kebbell.


Previous entry: Cara Tukar Nama Fanpage Facebook

Terima kasih kerana membaca Fakta Menarik Filem Fantastic Four 2015.

Post a Comment

4Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. best tak cerita nie... saya xkesempatan jugak nampaknya nak nonton filem ni...aishh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tengok lagi. ramai yang review cakap flem ni teruk. haha!

      Delete
  2. lama x tgk wayang, anak kecil2 mau panas duduk lama

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top