Instagram Kini Menyokong Gambar Landskap

9

Instagram Kini Menyokong Gambar Landskap. Sebelum ini pengguna Instagram hanya boleh memuat naik gambar segi empat sama dan perlu crop untuk berkongsi gambar melintang dan menegak. Kini media sosial itu membenarkan anda berkongsi gambar landskap dan potret.

Pengguna tidak lagi perlu menggunakan aplikasi seperti InstaSize atau IntaSquare dengan menambah bingkai berwarna putih untuk berkongsi gambar landskap. Ia agak menjengkelkan dan melambatkan proses memuat naik apabila anda terpaksa menggunakan dua aplikasi berasingan.

Ini kerana masih pengguna pengguna yang tidak tahu menggunakan InstaSize, jadi mereka terpaksa memotong gambar atau melupakan hasrat untuk memuat naik foto tersebut. Ini mengurangkan keseronokkan dalam menggunakan aplikasi popular itu.

Instagram sokong gambar landskap


Fungsi ini juga boleh digunakan bagi memuat naik video dan jelas memudahkan pengguna kerana kebanyakkan video dirakam secara melintang. Melalui kemaskini ini pihak Instagram turut menyediakan ciri terbaharu iaitu menyimpan dalam resolusi 640px, dan menambah filter seperti clarendon, gangham, moon, dan lark.

Perubahan besar ini memenuhi permintaan pengguna yang sering menggunakan aplikasi itu dan ingin lebih kawalan terhadap bagaimana gambar mereka muncul pada timeline. Ini menjadikan pengalaman menggunakan aplikasi popular di dunia ini lebih menyeronokkan.

Anda boleh melakukan kemaskini Instagram versi 7.5 ini pada peranti iOS di Apple App Store dan Android di Google Play.

Jemput follow Instagram saya, - @nikkhazami


Terima kasih kerana membaca Instagram Kini Menyokong Gambar Landskap

Tags

Post a Comment

9Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. oic...bgs la x perlu guna instasize dah..fon pon dh berat ni byk sgt apps..hehe

    nak jemput JOIN dan SUPPORT 1st GA ena : http://www.aeinnamusa.com/2015/08/giveaway-1.0-by-ena.html

    TIA

    ReplyDelete
  2. Wah! Tak tau pun ig dah boleh sokong imej landskap. Saya masih menggunaka instasize. Terima kasih ya.

    ReplyDelete
  3. instagram pun makin berkembang

    ReplyDelete
  4. Lebih senang lah sekarang nak upload gambar kan hehe

    ReplyDelete
  5. lebih mudah nak berkongsi gambar di instagram selepas ini...

    ReplyDelete
  6. tq nik...info yang sgt berguna...follow back my ig ya @syireenhalim :)

    ReplyDelete
  7. Memang leceh kalau setiap kali nak upload kena gunakan instasize

    ReplyDelete
  8. Camni barula menarik tertarik... takyah nak edit dlm aplikasi lain dulu untuk dapatkan gambar penuh baru upload ke instagram

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top