Punca Ringgit Malaysia Jatuh

18

Punca Ringgit Malaysia Jatuh. Kejatuhan nilai matawang menjadi perhatian sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Hari ini, 14 Ogos 2015, nilai ringgit RM4.08 kepada 1 USD. Ini menjadikan ia jumlah yang paling rendah dalam tempoh 17 tahun.

Ringgit jatuh mendadak daripada RM3.1415 untuk setiap dolar pada tahun lalu dan terus menunjukkan penurunan walaupun Perdana Menteri memberi jaminan untuk menanganinya. Tidak dinafikan pergolakkan politik tempatan merupakan antara penyumbang utama kejatuhan Ringgit Malaysia. 

Punca Nilai Ringgit Malaysia Jatuh

1. Penurunan harga komoditi - Harga Komoditi seperti minyak, minyak sawit dan getah turun mendadak lebih-lebih lagi kerana Malaysia adalah pengeluar komoditi-komoditi tersebut.

2.  Kontroversi Najib Razak - Pada tahun ini Perdana Menteri Malaysia berhadapan dengan pelbagai kontroversi seperti isu 1MDB, SPRM, derma 2.6 billion yang masuk ke akaun peribadi beliau serta kes Altantuya yang tidak pernah selesai. Isu-isu berat seperti ini menimbulkan rasa kurang yakin pelabur terhadap negara ini.


3. China turunkan matawang Yuan - Tindakan kerajaan China menurunkan mata wang Yuan sekaligus menyebabkan kejatuhan mata wang negara ASEAN yang lain.

4. Pergolakkan politik tempatan -  Spekulasi politik yang keterlaluan menyebabkan sentimen yang tidak menentu terhadap pentadbiran negara. Ditambah dengan pertukaran menteri kabinet baru-baru ini turut menjadi faktor penyumbang kejatuhan ringgit. 


5. Cubaan menjatuhkan Perdana Menteri - Khabar angin boleh menjejaskan keyakinan dan cubaan menjatuhkan PM dengan mengadakan demonstrasi jalanan #TangkapNajib baru baru ini memberi imej buruk terhadap negara. 


6. Perpindahan Pelabur- Jangkaan bahawa Amerika Syarikat akan menaikkan kadar faedah membuatkan ramai pelabur di serata dunia memindahkan dana mereka ke dalam mata wang Amerika.

Saya cuba bersangka baik dan tidak menyalahkan Perdana Menteri seratus peratus dalam hal ni. Korang ingat tak penat ke kutuk Najib? Membangkang pun kena rehat tahu?

Dalam pada tu bagus juga ringgit jatuh sebenarnya. Blogger yang buat duit USD mesti seronok sebab mendapat bayaran tinggi. Saya pun sama, sejak ringgit jatuh ni memang kaw-kaw buat duit dengan iklan Revenuehits. Anda pun boleh jugak. Daftar kat sini - www.revenuehits.com


Terima kasih kerana membaca Punca Ringgit Malaysia Jatuh.

Post a Comment

18Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Siapa ada income selain RM macam USD ke pound ke memang masyuk la sekarang ni kat Malaysia

    ReplyDelete
  2. Amboi... sambil menyelam minum air yek?! Hehehe untung la jana income dlm dollar... :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena ambik kesempatan yg ada ni madam.. hehe!

      Delete
  3. Bab income dlm USD tu seronok tu..hee

    ReplyDelete
  4. punca besarnye kak mah je... hihi

    ReplyDelete
  5. pening kalau fikir pasal ni.. terlalu banyak selfish dr pihak kerajaan,

    ReplyDelete
  6. Terkesan sangat bila RM jatuh.. Nk bli barang di Ebay pon dah susah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? ramai yg hold dulu nak shopping online. tunggu ringgit mcm dulu balik.

      Delete
  7. Dalam kejatuhan nilai ringgit kadang-kadang ada untungnya jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. masa utk tingkatkan pendapatan dlm USD

      Delete
  8. Berpeluhlah mata tengok ringgit jatuh dan makin jatuh...sis, iklan revenuehits tu boleh ke pakai sekali dgn nuffnang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh.. iklan revenuehits tak jejas status glitterati nuffnang.. :D

      Delete
  9. Jangan lupa, nilai matawang di sisi Tuhan tidak akan jatuh. Pasti untung berlipat kali ganda.. Pastikan jantung hati bersih suci ketika melabur..

    ReplyDelete
  10. disebalik kesukaran ada kesenangan.. pilih yang positif

    ReplyDelete
  11. mungkin segelintir akan senang manakala majoriti akan susah..jadi akan menjadi golongan yang segelintir tu.

    ReplyDelete
  12. Pergolakan politik dan penyebaran maklumat yang tidak benar pun menyumbang juga kepada kejatuhan RM kita kan...akibatnya rakyat yang kena tanggung semua

    ReplyDelete
  13. hai, boleh tnya? saya pelajar universiti.. so i need to know whether this kind of your post is from a blog or wordpress? if not, what kind of social medium that you use to write this articles? is it trusted or is it just based on your personal knowledge? because i need to do some in-text citation and i think yours is quite reliable... but, the universiti don't want its scholar gets the information from unreliable source... so please answer me ASAP...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hello. i use blogspot as my blogging medium. i wrote this post after reading bunch of reliable articles, took some notes and summarized them all into one article.

      thank you for reading and good luck with your assignment. have a nice day. :)

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top