Sinopsis Mencintaimu di Tv3

13

Sinopsis Mencintaimu di Tv3. Slot Akasia Tv3 sekali lagi membawakan drama terbaik buat penonton setia saluran nombor satu negara ini. Menggantikan Syurga Nur yang melabuhkan tirainya semalam, drama MENCINTAIMU bakal bersiaran mulai 19 Ogos 2015.

Mendapat sentuhan pengarah Raja Ahmad Alauddin ini menampilkan Sharnaaz Ahmad dan Zahirah Macwilson sebagai teraju utama. Mencintaimu turut dibantu oleh pelakon berbakat lain seperti Sasqia Dahuri, Sarah Anne, Niezam Zaidi, Hafizul Kamal, Fikhree Bakar, Aleza Shadan, Musthapa Kamal, Nina Juren, Afzan A.Rahmam, Ruzana Ibrahim, Abu Bakar Juah, Fadhil Dani, Fadilah Mansor , Riezman Khuzaimi, Rahim Jailani.

Drama 24 episod terbitan Global Station Sdn Bhd ini menemui penonton setiap Isnin hingga Khamis jam 6.55pm hanya di Tv3.  

pelakon mencintaimu tv3

 Sinopsis drama Mencintaimu 


Mengisahkan tentang perjalanan cinta antara Anissa dan Hisham Dato’ Hanafi (Sharnaaz Ahmad). Anissa seorang yang bercita-cita tinggi dan mahu sambung belajar di universiti. Oleh itu, dia telah bekerja selama dua tahun untuk mengumpul duit. Namun ibunya, Juhara, tidak menyokong tindakannya kerana dia lebih suka jika Anissa berkahwin dengan lelaki pilihannya, Saiful. Bapa Anissa, Zali, tidak membantah apa saja yang Anissa mahu lakukan.

Akhirnya, Anissa berjaya memulakan hidup baharu sebagai seorang mahasiswi. Di sana, Anissa menyukai Hisham secara diam-diam. Anissa selalu memerhati Hisham dan mula meluat dengan perangai Hisham yang suka berfoya-foya, melepak, ponteng kelas dan banyak lagi. Perasaan suka terhadap Hisham semakin pudar. Oleh itu, Anissa menolak pelawaan Hisham mengajaknya keluar. Malu dengan penolakan Anissa, Hisham bertindak untuk menyiasat latar belakang Anissa. Rupa-rupanya, ibu Anissa merupakan pembantu rumah keluarga Hisham. Semenjak itu, Hisham sering merendah-rendahkan Annisa. Lama-kelamaan pergaduhan membawa kepada percintaan.

Sebenarnya, Hisham telah menyahut cabaran kawan baiknya, Helmi (Niezam Zaidi) untuk mengajak Anissa keluar. Helmi memberi tempoh satu semester kepada Hisham untuk membuatkan Anissa jatuh cinta kepadanya. Hisham mula berbaik-baik dengan Anissa. Anissa mudah lembut hati dan dia telah memaafkan Hisham yang kelihatan bersungguh-sungguh untuk berubah. Hisham dan Anissa semakin rapat. Hisham mula berubah selepas berkawan rapat dengan Anissa. Dia menjadi serius dalam pelajaran dan semakin rajin ke kelas. Kawan-kawannya sering mengejek Hisham bahawa dia telah terjatuh dalam perangkap Anissa.

Kerana ego, Hisham mengatakan bahawa rancangan tetap diteruskan untuk mengenakan Anissa walaupun dia sebenarnya mula menyukai Anissa. Akhirnya, permainan Hisham telah menyebabkan detik hitam berlaku dalam hidup Anissa. Helmi membuat rancangan jahat untuk mengenakan Anissa. Rancangan tersebut membawa kepada Anissa dirogol oleh Hisham. Anissa dihujani dengan pelbagai dugaan. Dia telah dihalau oleh ibunya dan juga diberhentikan oleh pihak universiti. Anissa membuat keputusan untuk melarikan diri dan sambung belajar di luar negara atas pembiayaan biasiswa sebuah syarikat.

Selepas lima tahun, Anissa pulang ke tanah air dengan penampilan baru dan bekerja di syarikat keluarga Hisham. Anissa lebih matang dan lebih teliti dalam membuat keputusan. Hisham pula dibelenggu rasa bersalah selepas Anissa menghilangkan diri. Atas desakan keluarga, Hisham telah bertunang dengan Tengku Asyikin (Sarah Anne). Dia juga telah berubah menjadi seorang yang lebih baik dan bertanggungjawab. Apakah akan terjadi selepas Anissa bertemu dengan Hisham kembali?
 Entri sebelum ini: Air Upin Ipin Tiada Dadah

Terima kasih kerana membaca Sinopsis Mencintaimu di Tv3
Tags

Post a Comment

13Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Tak sempat tengok lagi drama ni

    ReplyDelete
  2. Sharnaaz Ahmad memang style dgn gayanya yang orang meluat tengok dalam drama ni....haha....

    ReplyDelete
  3. x berapa minat dgn sharnaz...

    ReplyDelete
  4. Layan juga cerita ni sebab ada shahnaz tu..kelakar bila tengok dia berlakon

    ReplyDelete
  5. Tak sempat tengok TV dah sekarang. Baca sinopsis ja cukup. hihi

    ReplyDelete
  6. citer apa ni, dah lama x tgk tv, hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun dah lama tak tgk tv

      Delete
    2. aik, x tgk tv tp boleh plak buat artikel ni, hehhehe

      Delete
    3. haha! saya buat je entry ni.. nak tengok drama drama ni jangan harap.. haha!

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top