Just Doner - Hidangan Timur Tengah di Kota Bharu

23

Just Doner - Hidangan Timur Tengah di Kota Bharu. Just Doner adalah salah sebuah restoran yang menyediakan Timur Tengah/Turki di Kota Bharu. Ni pertama kali makan di sini. Sebelum ni lalu je depan kedai dan apa yang saya perhatikan kedai ni sentiasa penuh. Dengarnya makanan kat sini sedap. Jadi semalam saya berpeluang untuk cuba makanan di sini.

'Doner' bermaksud hidangan dari Turki yang dibuat dari daging yang dimasak menggunakan alat pemanggan secara menegak. Makanan Turki sememangnya popular di Malaysia kerana ia dihidangkan dengan cukup lengkap iaitu daging, roti/nasi, dan sayuran.

Menu Just Doner

Dari segi menu, pelanggan diberi pelbagai jenis pilihan masakan Timur Tengah. Hidangan popular seperti tawook dan hummus turut disediakan buat pelanggan. Semalam kami sempat cuba Chicken Doner Cheese, Kebablik Tawook, dan Chicken Chop with Rice. Nama je chicken chop, namun ia tidak dihidangkan dengan brown sauce seperti kebiasaannya.

Artikel berkaitan: Restoran Wau Kota Bharu

just doner
Chicken Doner Cheese
chicken chop with rice
Chicken Chop with Rice
Kebablik Tawook


Memang sedap. Daging dimakan bersama roti yang lembut, ditambah pula dengan sos khas menambahkan lagi keenakan kebab. Dari segi harga, saya agak impressed kerana kesemua menu dijual dengan harga berpatutan. Portion yang banyak sampai penuh pinggan kemudian minum pulak air Barbican. Wow!


Cuma kedai ni agak sempit dan tidak mampu menampung jumlah pelanggan yang ramai. Kalau nak take-away tak ada masalah. Mereka yang gemar masakan dari Middle East boleh la datang ke sini. Lokasinya juga strategik iaitu terletak di dalam bandar Kota Bharu (sebelahan bangunan MARA).


#NKfoodreview - 7/10

Restoran Just Doner
L1-45, Bazar Tuan Padang,
Jalan Hospital,
15000, Kota Bharu,
Kelantan.

Entry sebelum ini - Spesifikasi iPhone 6s dan iPhone 6s Plus

Post a Comment

23Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Wah..makanan arab..memang sedap tu

    ReplyDelete
  2. Love arab foods .. terbaik

    ReplyDelete
  3. wah sangat teruja..gambar jg terang ..tahnia dek blog terbaik

    ReplyDelete
  4. wargh di kota bharu pon ada masakan turki . boleh cuba neh!

    ReplyDelete
  5. Dari segi food presentation dia pun dah nampak sangat menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. first impression tu penting sebelum makan..

      Delete
  6. wau sungguh meriah sekali hidangannya, mohoh hang belanja kawan sekali ya hahaha.

    ReplyDelete
  7. adoiii, terliur tengok gambar tu!

    ReplyDelete
  8. dekat je dgn kampung nieh...

    nanti kawe singgoh

    ReplyDelete
  9. presentation nampak menarik. boleh cuba

    ReplyDelete
  10. Apa rasa kebablik tawook tu Nik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah plak nak cakap rasa mcm mana. tapi mmg sedap!

      Delete
  11. dah lama tak ada orang belanja doner nih..

    ReplyDelete
  12. pehhh ni pun cam sedapp..tengah on diet pastu tengok makanan camni plk..adududu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top