Semak Indeks Pencemaran Udara IPU Malaysia

16

Semak Indeks Pencemaran Udara IPU Malaysia. Situasi jerebu di beberapa negeri dan kawasan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat. Jerebu yang berpunca dari pembakaran hutan bagi tujuan perladangan di Kalimantan, Indonesia menyebabkan beberapa negara jiran dilanda jerebu.

Keadaan jerebu diseluruh negara semakin membimbangkan apabila bacaan IPU menunjukkan peningkatan. Saya tinggal di Kota Bharu dan rakyat negeri ini tidak begitu terkesan dengan jerebu. Tapi bila tengok gambar yang dikongsikan rakan-rakan di laman sosial, jerebu di beberapa negeri memang teruk.

Terkini, Kementerian Pendidikan Malaysia terpaksa mengarahkan sekolah semua di Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur, N.Sembilan, serta beberapa kawasan di Sarawak ditutup hari ini kerana menunjukkan bacaan IPU 101-200 (Tidak Sihat) dan 201-300 (Sangat Tidak Sihat).

Ada beberapa cara untuk semak bacaan IPU di kawasan tempat tinggal anda. Mudah je, memandangkan sekarang ni masing-masing ada smartphone. Mudah je, memandangkan sekarang ni masing-masing ada smartphone jadi anda boleh semak melalui online sahaja. 

Semak Indeks Pencemaran Udara IPU Malaysia

1. Anda boleh semak bacaan IPU laman Air Polution Index of Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Lebih mudah kerana bacaan dikemaskini setiap satu jam.

 
2. Bagi pegguna iOS dan Android, anda boleh muat turun aplikasi Malaysia Air Polution Index yang boleh didapati di:

Apps Store - https://itunes.apple.com/my/app/malaysia-air-pollutant-index/id647758917?mt=8
Google Play Store - https://play.google.com/store/apps/details?id=com.oryza.myairquality&hl=en


Kenalpasti kawasan anda dan lihat klasifikasi warna serta bacaan IPU akan terpapar pada skrin. Klasifikasi warna anda boleh rujuk di bawah.

 Klasifikasi Warna IPU
  1. Biru - Baik dengan julat Air Pollutant Index antara 1-50 IPU
  2. Hijau - Sederhana dengan julat Air Pollutant Index antara 51-100 IPU
  3. Kuning - Tidak Sihat dengan julat Air Pollutant Index antara 100-200 IPU
  4. Oren - Sangat Tidak Sihat dengan julat Air Pollutant Index antara 200-300 IPU
  5. Merah - Merbahaya dengan julat Air Pollutant Index melebihi 300 IPU
Kalau tempat anda berwarna kuning, elok ambil langkah berjaga-jaga. Kurangkan aktiviti di luar rumah, pakai topeng jerebu, dan banyakkan minum air masak. Namun pada saat entri ini ditulis, jerebu semakin pulih dan bacaan IPU mencatatkan penurunan. 

 Entri sebelum ini: Harga Buat MyKad Kekal RM10

Terima kasih kerana membaca Semak Indeks Pencemaran Udara IPU Malaysia.
Semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/80515?m=1#sthash.kY7Kt7Ou.dpuf
Tags

Post a Comment

16Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Info terbaik bro.... semalam jerebu di ch agak teruk juga.. oleh kerana hujan di waktu malam yang lebat sehingga pagi, alhamdulillah hari cuaca nampak baik... boleh esok anak anak ke sekolah..

    ReplyDelete
  2. Tempat saya jerebu teruk..nak lari kat mana lagi..

    ReplyDelete
  3. Saya sudah berminggu sakit tekak sebab jerebu ni

    ReplyDelete
  4. semakin teruk jerebu ni..
    nak berjogging tu tak mampu

    ReplyDelete
  5. Negeri johor ipu juga semakin meningkat..duduk dalam rumah aje

    ReplyDelete
  6. Hmm.. nasib baik kat KK masih ok lagi walapun ada sikit jerubu gak. Apa-apa pun dalam keadaan cuaca dan persekitaran begini, semua orang kena jaga kesihatan dan ambil extra precaution. Ingat prevention is better than cure.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. terutamanya budak2, diorang ni senang kena penyakit

      Delete
  7. kesian rakyat malaysia ni seolah-olah tak terbela. setiap tahun mesti kena, peliknya kenapa tahun2 masa kita membesar dulu takde pulak jerebu ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seingat saya tahun 1998 ada jerebu teruk masa tu saya darjah dua. hehe

      Delete
  8. nampaknya macam takde tanda nak reda.. :(

    ReplyDelete
  9. Hari ini dan esok sekolah cuti akibat jerebu

    ReplyDelete
  10. dekat perlis ni pun dah makin meningkat bacaan IPU hari ni... semalam tengok bawah 100... hari dah naik kepada 110 (kurang sihat) tapi memang, bukak pintu rumah dah nmpk asap.... hmmm

    ReplyDelete
  11. Negri johor juga kena jerebu ya, best info ni saya suka ulasan Anda ^_^

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top