Isnin, 28 September 2015

Sinopsis Hello Mr Perfect di Tv3

Sinopsis Hello Mr Perfect di Tv3. Drama Mencintaimu di Slot Akasia bakal melabuhkan tirainya hari ini dan akan digantikan dengan sebuah lagi drama terbaharu bertajuk HELLO MR PERFECT. Drama terbitan A Aida Production ini bakal bersiaran mulai 30 September 2015, stiap Isnin hingga Khamis, jam 6.55pm.

Hello Mr Perfect diarahkan oleh Nuad Hj Othman dan skirp ditulis oleh Waniey Zakaria. Drama ini diterajui oleh Fattah Amin dan Nur Ruhanies yang wajahnya dikatakan mirip Nora Danish. Selain itu drama ini turut dibintangi pelakon Rafiq Razali, Ezzaty Abdullah, Azlan Mokhtar, Mimi Ernida, Nafiez Zaidi, Keena Mentor, Afzan A.Rahman, Kay Maria, Eizlan Yusof, Fiza Halim, Ammar Alfian, Seniwati Mariani, Reydzal Razaly.

Untuk pengetahuan anda, drama bersiri ini merupakan sebuah lagi drama yang diadaptasi dari novel cinta dari tajuk yang sama karya Waniey Zakaria. 


Sinopsis Hello Mr Perfect di Tv3

Mengisahkan Muhammad Arif Fikri dan Ainul Mardhiah yang telah mengenali hati budi masing masing dan sedang merancang untuk berkahwin. Namun disebabkan tradisi dan peraturan keluarganya yang mementingkan aspek langkah bendul, Arif tidak boleh berkahwin dengan pilihan hatinya. 

Selagi anak sulung tidak berkahwin, maka dia tak boleh berkahwin. Lebih memburukkan lagi keadaan, keluarga Ainul hanya memberi masa selama enam bulan untuknya membuat keputusan. Jika tidak dia tidak boleh berkahwin dengan Ainul.

Abangnya, Izzul Islam terlampau cerewet dalam milih calon isteri. Dia sangat mementingkan kesempurnaan pasangannya. Memiliki rupa yang kacak dan berharta membuatkan ramai gadis ingin mendampinginya namun tidak ada seorang pun wanita dapat bertahan dengan sikapnya.  


Arif tidak mempunyai pilihan lain selain dari mencari calon isteri kepada abangnya. Imbuhan juga diberikan sebanyak RM500,000 sebagai cagaran sekiranya gadis itu berkahwin dengan abangnya. Alya Adriana yang pada ketika itu terdesak dengan hutang keluarga memaksa dia menawarkan diri untuk menjadi isteri Izzul. Mampukah Alya memanipulasikan pemikiran Izzul yang terlampau mengejar kesempurnaan itu? Dapatkah dia bertahan dengan sikap Izzul sekiranya dialah calon yang terakhir?

Selamat menonton!


Terima kasih kerana membaca Sinopsis Hello Mr Perfect di Tv3

14 ulasan:

  1. Balasan
    1. jalan cerita masih sama dgn drama2 sebelum ni. haha

      Padam
  2. heee. tak sabar nak tengok. PG da baca novel ni nik :) hehe.

    BalasPadam
  3. Baru tahu ada cerita ni. Baca sinopsis macam best! Hehe.

    BalasPadam
  4. wah! macam menarik la cerita ini..cinta cinta macam nie memang best

    BalasPadam
  5. Hari lah kan.... habislah kalau isteri tahu pasti banyak kerja tak jadi ni...

    BalasPadam
  6. Haha..melekat lagi la orang umah depan TV ni...

    BalasPadam
  7. ada can melekat depan tv lagi ni

    BalasPadam
  8. balik kerja je tadi, tengok tv terus ada cerita ni. haha, tak tau pun dah bertukar dengan cerita yang baru. jalan ceritanya sama je dengan drama-drama lain hurmmmm

    BalasPadam
  9. wah,macam best jer cite nieh,
    boleh la download lepas nieh

    BalasPadam
  10. Izzue Islam ke... wahh memang nak kena ikot nih.....

    BalasPadam
  11. Ada awek baru la jadi pelakon..boleh tonton ni...

    BalasPadam