Jumaat, 11 September 2015

Spesifikasi iPhone 6s dan iPhone 6s Plus


Spesifikasi iPhone 6s dan iPhone 6s Plus. Apple Inc telah mengumumkan dua produk terbaharu mereka iaitu iPhone 6s dan iPhone 6s Plus iaitu merupakan kemaskini kepada generasi sebelum ini. Apple mendakwa ahli terbaharu dalam keluarga telefon pintar mereka ini bukan sekadar kemaskini, tetapi yang terbaik yang pernah mereka hasilkan. 

Ya, secara fizikalnya 6s dan 6s Plus menyerupai iphone sebelum ini, tetapi Apple telah menaiktaraf kualiti kamera, sistem pemprosesan, dan menambah beberapa ciri terbaharu. 

3D Touch

Antara fokus utama pada telefon pintar kali ini adalah sokongan 3D Touch (force touch) yang memberikan dimensi baru pada skrin. Kini pengguna boleh mengakses menu seperti email dan mesej dengan lebih pantas dengan hanya tekan pada skrin, dan ia akan mempaparkan kandungan dalam bentuk pop-up.

iphone 6s 3D touch
3D Touch juga meyokong rakaman live photos iaitu sebuah ciri baru yang diperkenalkan Apple. Live photos membolehkan pengguna merakam gambar dalam beberapa saat dan menontonnya dengan menekan gambar gambar tersebut. Lebih menarik, anda boleh setkan live photos tersebut sebagai wallpaper.

Artikel berkaitan:  Bertukar dari Android ke iPhone

A9

6s dan 6s Plus hadir dengan cip pemprosesan A9. Ia 70% lebih pantas dari A8 yang terdapat pada iPhone 6 dan 6 Plus. Selain itu A9 masih lagi mengekalkan cip M9 dan menambahbaik Touch ID yang mana mengimbas cap jari dengan lebih pantas.

Spesifikasi iPhone 6s dan iPhone 6s Plus




iPhone 6s
iPhone 6s Plus
Saiz
138.3 x 67.1 x 7.1mm
158.2 x 77.9 x 7.3mm
Berat
143g
192g
Skrin
4.7 inci - Retina HD LCD LED, resolusi 1334 x 750
5.5 inci - Retina HD LCD LED, resousi 1920 x 1089
Storage
16 / 64 / 128GB
16 / 64 / 128GB
Kamera belakang
12MP, f/2.2 aperture, 5-element lens, True Tone flash dan rakaman video 4K
12MP dengan f/2.2 aperture, 5-element lens, True Tone flash, rakaman video 4K dan optical image stabilization
Kamera hadapan
5MP FaceTime HD
5MP FaceTime HD, f/2.2
Bateri
50 jam audio, 11 jam video/Wi-Fi browsing, 10 hari dlm standby
80 jam audio, 12 jam video/Wi-Fi browsing, 10 hari dlm standby
Sistem Operasi
iOS 9
iOS 9
Cip Pemprosesan
64-bit Apple A9 processor
64-bit Apple A9 processor
Warna
Gold, Silver, Space Gray and Rose Gold
Gold, Silver, Space Gray and Rose Gold
 
Kamera

Akhirnya, Apple keluar dari zon selesa mereka dengan menambah jumlah megapixels pada kamera kepada 12MP dan 5MP untuk kamera hadapan! Berita baik untuk kaki selfie, Apple telah menambah flash pada skrin kamera hadapan. Kini gambar selfie anda tidak lagi gelap.

iphone 6s camera quality
Kamera iSight terbaharu ini kini mampu merakam video berkualiti 4K seperti yang diminta oleh pengguna sebelum ini. 

Seperti yang saya sebut dalam artikel INI, Apple sering dihadapan dalam membangunkan kualiti kamera pada telefon pintar. Di saat telefon pintar lain berlumba-lumba menambah jumlah megapixels, Apple masih fokus pada kualiti kamera secara keseluruhannya.

Artikel berkaitan - Sebab Kenapa Anda Tak Perlu Beli iPhone 6

Design

6s dan 6s Plus bakal hadir dengan empat pilihan warna termasuk yang terbaru, Rose Gold yang kelihatan seakan warna merah jambu. Terkesan dengan isu iPhone 6 Plus yang bengkok baru-baru ini, Apple telah menambah baik jenis logam yang lebih kukuh serta skrin yang kuat.

  
Hey Siri

Bagi sokongan pembantu pintar, Siri, kini anda boleh menyebut perkataan "Hey Siri" untuk mengaktifkannya pada bila-bila masa dan tidak hanya terhad ketika menghubungkan kabel sahaja. 

Selain generasi terbaharu iPhone, pihak Apple turut memperkenalkan beberapa produk terbaharu mereka iaitu Apple Pencil, iPad Pro, dan Apple Tv baru. 

Ia akan berada di pasaran bermula 25 September ini secara berperingkat di beberapa buah negara. Seperti biasa, tarikh dan harga iPhone 6s dan 6s Plus masuk ke pasaran Malaysia masih belum diketahui.

Entry sebelum ini: Hotel Review- Grand Riverview Hotel

Terima kasih kerana membaca Spesifikasi iPhone 6s dan iPhone 6s Plus

27 ulasan:

  1. aku memang peminat iphone and note series...

    kali nieh aku lg bminat dengan iphone...

    BalasPadam
  2. Wah semakin canggih penjenamaan Apple ni...

    BalasPadam
  3. giler batak nik. jeles nak mampus tengok iphone dua ni :D
    sakit jantung tak lama. hahaha. thank god sebab da pakai iphone :D

    BalasPadam
  4. belum mampu lagi nak pakai..mampu mimpi jek.ahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. kumpul duit affiliate banyak2, nanti boleh beli

      Padam
  5. Saya pon macam reezluv... cuma saya mampu mengharapkan ada orang nak sponsor iphone sebijik je hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. iphone mmg mahal. tapi kata mereka, ia berbaloi

      Padam
  6. aduhai... iphone n note series ni, mmg buat sakit jantung... asal buka box je dah keluar yang lagi latest... last2 bertahan je la dengan phone yg ada sampai rosak... kalau ikut nafsu... memang setiap kali keluar baru, pakat tukar phone... ish.. ish ish...

    BalasPadam
    Balasan
    1. setiap kali beli fon baru mesti rasa ketinggalan sebab dlm sebulan dua mesti keluar model baru yg lebih canggih.

      Padam
    2. tau tak pe khazami... kalau kejarkan teknologi memang takkan terkejar sampai ke sudah... terkebil2 je la tengok model baru... huhu

      Padam
  7. teringin nak beralih angin kepada iphone, sesuai dengan harganya la teknologi hebat camni

    BalasPadam
  8. Ni mesti pengguna tegar iPhone hehehehe.. sorry saya pengguna Andriod hehehehe..
    Jalan2 kat blog kawan2

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak la tegar.. android pun power jgk.. hehe!

      Padam
  9. geram tgk 1phone 6 plus tu...

    tgh giat kumpul duit nak beli ni..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. kumpul bnyak2 nanti boleh beli bila dah sampai malaysia nanti

      Padam
  10. Tak minat iphone..harga mahal giler tapi specs biasa2.. Lbih minat pada sony

    BalasPadam
  11. harganya ntah berapa lah ye. iphone sebelum ni tak pernah pakai, mampun sengih je hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. dengarnya harga sama macam iphone 6. tapi tu kat USA la..

      Padam
  12. saya tag anda di sini http://www.sayidahnapisah.com/2015/09/fuyooo-ggiveaway-by-mama-darwiish.html

    BalasPadam