Isnin, 5 Oktober 2015

Beme - Aplikasi Perkongsian Video Terbaharu


Beme - Aplikasi Perkongsian Video Terbaharu. Aplikasi perkongsian video yang mengelakkan pengguna melihat telefon pintar ketika merakamnya. Itu adalah matlamat utama laman sosial terbaru, Beme (baca: bim) yang diasaskan oleh Youtuber terkenal, Casey Neistat.  

Beme seakan sama dengan beberapa aplikasi yang sudah terkenal seperti Vine, Snapchat, dan Periscope. Namun Beme memfokuskan ketulenan, ringkas, mudah, dan diterbitkan pada saat ia dirakam. Ini kerana tiada pilihan untuk menyunting, menggunakan filter, atau menontonnya sebelum video diterbitkan.

Fokus utama Beme yang berpengkalan di New York, USA, adalah untuk memastikan pengguna tidak terlepas momen atau apa yang anda sedang lalui kerana anda tertumpu pada skrin telefon. Anda masih boleh berbual dengan rakan dan melakukan apa saja sambil merakam video.


Cara menggunakan aplikasi Beme

Merakam dan menghantar video Beme cukup mudah dengan menutup proximity sensor dengan jari, letakkan pada dada, dagu, atau apa sahaja untuk merakam video. Pengguna hanya dapat merakam empat saat video, bunyi 'beep' atau vibrasi menandakan anda mula dan tamat merakam. Jika anda ingin jadikan video lebih dari empat saat, ulangi langkah yang sama.


Paparan utama memaparkan individu yang anda ikuti, untuk menonton video mereka hanya tekan pada nama dan video akan dimainkan. Video akan terhenti jika anda mengangkat jari.

Aplikasi yang dilancarkan pada Julai lalu ini semakin hangat diperkatakan di laman sosial dek kerana kelainannya dengan aplikasi yang seangkatan dengan Beme. Video yang anda kongsi lebih original seolah-olah anda berada di tempat individu itu.


Tiada paparan untuk anda lihat apa yang anda rakam dan ia diterbitkan sebaik sahaja anda selesai merakamnya. Ia terhad, saya tahu. Dan itu lah yang membuatkan laman sosial ini berbeza dari yang lain. Buat masa sekarang Beme hanya boleh dimuat turun oleh pengguna iPhone sahaja.

Neistat mengambil masa kira-kira setahun untuk mengasaskan Beme bersama rakan kongsinya, Matt Hackett, seorang jurutera perisian. Hackett merupakan bekas naib presiden kejuruteraan laman sosial Tumblr. Yep, he built Tumblr.

Dah lebih sebulan saya guna Beme, so far menghiburkan. Pada saya ada kelebihan dan kekurangannya aplikasi Beme ni.

Kalau rajin, follow lah hee! Username: nikkhazami 

  Kelebihan
- Tidak perlu edit
- Tida perlu lihat pada skrin
- Ringkas dan mudah
- Video dipos sebaik sahaja ia dirakam.

 Kekurangan
- Video akan hilang selamanya sebaik sahaja anda menontonnya.
- Anda tidak boleh berkongsi dengan rakan atau di lama sosial lain sekiranya video itu menarik.
- Tidak boleh menonton video yang dirakam sebelum diterbitkan.

Walaubagaimanapun, Beme ini masih baru lagi dan saya yakin pembangun akan sentiasa mengemaskini laman sosial ini supaya dapat memenuhi citarasa pengguna. Muat turun Beme secara percuma di App Store - https://itunes.apple.com/us/app/beme-share-video.-honestly./id1005178547?mt=8
 
Saya dapat tahu tentang Beme ni pun dari video dairi yang diterbitkan Neistat di Youtube. Menonton videonya sejak dari awal tahun lagi membuatkan saya tertanya-tanya, Casey ni buat bisnes apa? Sebab beliau terlalu berahsia sehinggalah aplikasi ini dilancarkan.

Artikel berkaitan: Shaytards, Kenali Siapa Mereka Sebenarnya

Pada saya Casey merupakan salah seorang Youtuber yang paling kreatif. Setiap video disunting dengan baik dan berkualiti walaupun hanya berdurasi 8 - 10 minit. Saya sarankan anda menonton video Casey, I promise you will get hooked!


Pada saat entry ini ditulis, Beme hanya boleh dimuat turun oleh pengguna iOS sahaja. Menurut Neistat, Beme untuk Android bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Entri sebelum ini - Fakta Menarik Filem The Martian

Terima kasih kerana membaca Beme - Aplikasi Perkongsian Video Terbaharu.

11 ulasan:

  1. nampaknya saya menunggu edisi android la jawapnya..

    BalasPadam
  2. macam-macam nama sekarang ni

    BalasPadam
  3. saya tak paham la macam mana dia berfungsi..tapi saya pakai android je..kena tunggu la nampaknya..dah cuba nanti baru paham kot..

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh tengok video kat atas tu utk pencerahan.. hehe!

      Padam
    2. ya betul tu...saya nak jenguk juga nanti kalau ada kesempatan waktu..

      Padam
  4. Wah.... semakin canggih teknologi sekarang.. harap harap dapat memajukan minda kita, dan anak anak nanti...

    BalasPadam
  5. makin canggih skrg ni dan semakin cepat perubahan

    BalasPadam
  6. Pengguna android terpaksa bersabar dulu

    BalasPadam
  7. Untuk pengguna iphone je?alah tak best la macam ni....

    BalasPadam
  8. saya dah tengok video, tak paham2 haha, maknanya kena try sendirilah tu...tunggu versi android lah nampaknya

    BalasPadam