Fakta Menarik Filem James Bond - Spectre

11

Fakta menarik filem James Bond - Spectre. SPECTRE merupakan karya terbaru dalam francais filem perisik terkenal Britain, James Bond. Filem yang ke 24 James Bond ini diarahkan oleh Sam Mendes dan dibintangi Daniel Craig, Christopher Waltz, dan Naomie Harris sebagai pelakon utama. 

Spectre mengisahkan Bond terjumpa fail tugasannya di masa lalu yang mendedahkan rancangan jahat sebuah organisasi. Ketika M sedang bedepan dengan  masalah untuk mengekalkan agensi perisikan itu, Bond bergelut dalam mendedah dan menjatuhkan misi jahat Special Executive for Counter-intelligence, Terrorism, Revenge, and Extortion (Spectre).


Ramai yang ternanti-nanti untuk menonton filem Spectre ini kerana aksi lasak serta gajet canggih ejen perisik James Bond tidak pernah mengecewakan. Sebelum anda menontonnya di pawagam pada 6 November ini, jom baca beberapa fakta menarik tentang Spectre.

Fakta Menarik Filem James Bond - Spectre

1. Spectre pernah membuat kemunculan dalam filem pertama James Bond, iaitu Dr. No pada tahun 1962.

2. Dengan bajet USD300-350 juta dollar, ini merupakan filem termahal James Bond yang pernah dihasilkan

3. Pada awalnya Christopher Nolan yang pernah mengarahkan beberapa filem Batman adalah calon pengarah filem ini, sebelum Sam Mendes bersetuju untuk kembali selepas mengarahkan Skyfall (2012).

4. Ini merupakan penampilan keempat Daniel Craig sebagai James Bond. Beliau turut menandatangani kontrak untuk membintangi filem akan datang.

5. Kereta yang digunakan Bond dalam filem ini adalah Aston Martin DB10. Ketua Pegawai Ekskutif Aston Martin memberitahu ia direka khas buat James Bond dan dihasilkan sebanyak 10 unit sahaja. DB10 merupakan yang termahal dalam siri DB.


6. Salah satu babak dalam trailer Spectre menunjukkan senarai 'wira yang mati ketika berkhidmat untuk negara'. Senarai nama itu merupakan kru filem ini. 

7. Monica Bellucci, 50, menjadi aktres paling tua yang memegang watak sebagai 'gadis Bond'. Bellucci menewaskan rekod Honor Blackman yang berusia 37 membintangi Goldfinger. Bellucci dilahirkan pada 1964, tahun sama Goldfinger diterbitkan. 

Monica Bellucci
8. Filem pertama dalam tempoh 20 tahun yang tidak dibintangi Judi Dench sebagai ketua MI6, M. Dench pertama kali muncul dalam filem Golden Eye (1995) dan terakhir dalam Skyfall (2012).

9. Spectre menjalani penggambaran di tiga benua iaitu Afrika, Eropah, dan Amerika Utara. Ia melibatkan lima negara secara keseluruhan - Italy, Austria, England, Mexico, dan Morocco. 

Pada awal produksi, jalan cerita Spectre merupakan 'top secret' dan hanya diketahui oleh Daniel Craig, penerbit Barbara Broccoli dan Michael G. Wilson, dan beberapa orang kakitangan EON Productions.

Entri sebelum ini - Fakta Menarik Filem James Bond - Spectre

Terima kasih kerana membaca Fakta Menarik Filem James Bond - Spectre

Post a Comment

11Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Teruja nak tengok aksi Bond yang dah lama dinantikan nie ^-^

    ReplyDelete
  2. Aston Martin dah memang mahal, kereta model tu pulak yg paling mahal sekali... maaaakkk aih...
    nombor 6 tu win... hahahaha.
    kalau tahun 64, 51 tahun la... sebaya mak saya... fuh... gilek ah...

    ReplyDelete
  3. Nampak macam menarik cerita James Bond ni, Spectre.... belum lihat lagi. Terbaikkk....

    ReplyDelete
  4. James bond dulu hingga kin ceritanya memang terbaik

    ReplyDelete
  5. Rajin juga kumpul, fakta fakta ini...Syabas la...

    ReplyDelete
  6. Dah lama tak tgk citer james bond ni....

    ReplyDelete
  7. Wahhhh lagi sehari je lagi citer ni nak keluar :D

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top