Filem Back To The Future Menjadi Kenyataan

8
Filem Back To The Future menjadi menyataan. Hari ini, 21 Oktober 2015 merupakan hari di mana Doc Brown dan Marty McFly mengembara ke masa hadapan dari tahun 1985 dengan kereta mesin masa DeLorean dalam filem kedua Back To The Future

Siapa yang tidak pernah menonton filem ikonik arahan Steven Spielberg ini? Rata-rata penggemar filem ternanti-nantikan hari bersejarah ini memandangkan Back To The Future II merupakan antara filem paling hebat di dunia dan tidak lapuk ditelan zaman. Ramai yang bercerita tentang Back To The Future pada hari ini sehingga menjadi trending di laman sosial.


Filem lakonan Michael J. Fox dan Christopher Lloyd ini mengisahkan Dr Brown dan Marty McFly mengembara ke tahun 2015 untuk mengelak anak McFly dari dipenjarakan. Oleh kerana filem ini diterbitkan pada tahun 1989, mereka meramal antara teknologi yang bakal wujud pada tahun 2015. Percaya atau tidak, ia benar-benar wujud atau hampir sama dengan teknologi hari ini.

Antara item dan teknologi dalam back To The Future yang menjadi kenyataan

1. Google Glass / Oculus - Bukan sahaja mereka berjaya meramal teknologi yang boleh dipakai, tetapi mencipta peranti seakan sama dengan Google Glass dan permainan video Oculus.


2. Robot atau computer yang mengikut arahan melalui kawalan suara. Sekarang kita ada Siri dan S Voice.


3. Pelbagai saluran televisyen - Walaupun kita tidak menonton banyak saluran pada satu masa, namun McFly mempunyai kehendak sama seperti generasi sekarang yang inginkan pelbagai pilihan saluran tv.


4. Panggilan video - Aplikasi panggilan video seperti Skype, Facetime, dan Google Hangout telah wujud sebelum tahun 2015 lagi. Mungkin Back To The Future telah memberi inspirasi untuk mencipta Skype.


5. Animasi 3D - Hologram dan animasi 3D yang membolehkan penonton berinteraksi atau menjadikan imej lebih realistik sudah dicipta beberapa tahun lepas.


6. Pengimbas cap jari - Salah satu babak dalam Back To The Future menunjukkan watak Biff Tannen membayar pemandu teksi dengan mengimbas cap jarinya. Tahun lalu Apple Inc telah mencipta Apple Pay.


Artikel berkaitan: Fakta Menarik Filem Furious 7

7. Hoverboard - Buat masa sekarang dunia masih belum mereka skateboard yang benar-benar terapung. Namun, pada tahun ini sebuah skateboard yang tidak memerlukan anda mengayuhnya dicipta. Akan tetapi Lexus berjaya menghasilkan sebuah papan luncur yang boleh terapung di udara menggunakan tindak balas magnet. 

Magnetic hoverboard.
8. Kereta terbang - ...... belum dicipta lagi. Hehe!

 
Seriously, filem ni memang legend. Biarpun berusia puluhan tahun namun ia tetap memberi keseronokkan setiap kali menontonnya. Tak cliche, tak cheezy. Saya sendiri menyimpan Back To The Future dalam laptop. Hihi!

Terima kasih kerana membaca Filem Back To The Future Menjadi Kenyataan
Tags

Post a Comment

8Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. rasanya memang ada yang daripada filem tu juga.tapi dalam cerita Doraemon je belum ada barangnya..bila nak wujud tah.ahahaa

    ReplyDelete
  2. seronok kalau ada kereta terbang, tak perlu kena jem lagi

    ReplyDelete
  3. Tak pernah lagi tengok cerita ni..tapi macam sedap..nak kena tengok juga ni..hehe

    ReplyDelete
  4. kereta terbang rasanya dah ada..ada saya kongsikan dalam artikel ini:

    http://ceritaejoy.blogspot.my/2014/10/gambar-terkini-aeromobil-kereta-yang-boleh-terbang.html

    :)

    ReplyDelete
  5. Kalau ada kereta terbang tu pun...pasti akan ada juga tol terbang. So jangan harap boleh elak bayar tol. Heheh

    ReplyDelete
  6. Amazing cool ni saam kenal saya minta komentar balik ya http://www.bisnisborneo.com/2015/10/pontianak-menyapa-dunia.html

    ReplyDelete
  7. pasal kereta terbang tu bukannya tidak wujud lagi atau x leh buat, cumanya keperluan untuk membuatnya masa kini belum diperlukan. Tgk saja jet pejuang amerika ada jer yang boleh terapung. So idea dan praktikal dah ada, cuma bajet dan keperluan masih belum memerlukan buat masa kini, maksud lain adalah kalau nak bina kereta terbang SEKARANG, x da masalah pun

    ReplyDelete
  8. dah agak separuh akan jadi kenyataan.

    kereta terbang pun akan ada jugak nanti.

    tapi tak tahu masa tu aku hidup lagi ke tidak.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top