Harga Tiket LRT & Monorel Naik Mulai November 2015

3

Harga Tiket LRT & Monorel Naik Mulai November 2015. Pihak Suruhanjaya Pengangkuan Awam Darat (SPAD) telah mengeluarkan satu kenyataan di mana harga tiket bagi perkhidmatan LRT dan Monorel akan dinaikkan mulai November ini. Perkara itu disahkan sendiri oleh Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar.

Menurut laporan NST, kenaikan harga tiket itu berikutan untuk menampung kos penyelenggaraan dan pengurusan LRT dan Monorel ketika ini. Harga terkini pengangkutan itu akan diumumkan sebelum 31 Oktober ini, iaitu sebelum fasa pertama projek sambungan LRT Ampang beroperasi. 


Fasa pertama menyaksikan empat dari sebelas stesen iaitu di Awan Besar, Alam Sutera, Muhibbah, dan Kinrara BK5. Sebenarnya pihak Prasarana yang mengendalikan LRT dan Monorel sekitar Lembah Klang yang meminta kerajaan menaikkan harga.

Walaubagaimanapun, harga baru tiket masih belum diputuskan. 

Kalau korang selalu guna LRT dan Monorel ni, kena sentiasa alert dengan pengumuman dari SPAD. Senang bila nak beli tiket nanti. Harga tambang akan dikemas kini sebaik ia diumumkan. 


Semoga informasi ini bermanfaat. Terima kasih kerana membaca Harga Tiket LRT & Monorel Naik Mulai November 2015
Tags

Post a Comment

3Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top