Puding Sedut Cikedut Saripdol Sedap

3

Cikedut Saripdol Sedap. Siapa yang masih belum rasa puding sedut popular iaitu Cikedut by Saripdol ni memang rugi. Saya pasti anda pasti pernah dengan tentang produk tempatan ni kerana jenamanya semakin dikenali terutamanya di media sosial.

Puding sedut merupakan revolusi kepada puding biasa yang berasaskan tenusu. Dari puding yang biasanya hadir dengan perisa seperti jagung, strawberi, dan coklat, pengusaha ini menyuntik kelainan dengan mengolahnya menjadi puding sedut.

Puding Sedut Cikedut Saripdol Sedap

Rasa puding sedut ini tidak sama seperti puding yang biasa kita makan kerana ia diinspirasikan dari rasa aiskrim pelangi Paddle Pop yang menjadi kegemaran ramai. Yang menjadikan puding ini unik adalah warnanya yang menarik bagaikan pelangi dan diisi dalam botol kaca yang cute

Ternyata puding sedut Cikedut by Saripdol ni sangat sedap. Lebih-lebih lagi apabila dimakan sejuk pada cuaca yang panas. Tak muak langsung. Patut la puding ni sangat popular. Sekarang ni ramai yang dah produk yang seakan sama. Namun, nama Cikedut Saripdol masih lagi di hadapan berbanding yang lain. 


Sebelum ni saya pernah rasa puding sedut dari pengusaha lain. Saya dah kongsikan review dalam entri sebelum ini - Puding Sedut Pa'do.


Puding ni biasanya dijual secara online, kalau anda search di Instagram memang banyak sangat. Selain itu ia juga boleh didapati di butik-butik vendor pada harga RM6 sahaja. #NKFoodRating - 9/10


Terima kasih kerana membaca Puding Sedut Cikedut Saripdol Sedap

Post a Comment

3Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top