Isnin, 12 Oktober 2015

Senarai Kadar Baru Tol Mulai 15 Oktober 2015


Senarai Kadar Baru Tol Mulai 15 Oktober 2015. Macam-macam perkara yang perlu rakyat Malaysia lalui tahun ni. Tidak cukup dengan perlaksanaan GST, harga petrol naik, jerebu, dan nilai ringgit jatuh. Hari ini beberapa syarikat konsesi menaikkan kadar tol antara 20sen dan RM3 mulai 15 Okt ini.

Antara lebuhraya yang terlibat adalah Lebuhraya KL-K.Selangor (LATAR), Duta-Ulu Kelang (DUKE), Baru Pantai (NPE), Maju Expressway (MEX), Sungai Besi (BESRAYA), KL-Karak (KLK), Kajang SILK, Guthrie, Grand Saga, dan LEKAS.

Kadar Baru Tol Mulai 15 Oktober 2015



Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong turut mengumumkan kenaikkan tol bagi Terowong Lebuhraya SMART kepada RM3. 

Namun, kadar tol bagi semua lebuhraya kendalian Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) masih kekal pada harga sama. Antara lebuhraya PLUS adalah:

  1. Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)
  2. Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE)
  3. Lebuhraya Persekutuan Laluan 2 (FHR2)
  4. Lebuhraya Seremban Port-Dickson (SPDH)
  5. Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE)
  6. Lintasan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua)
  7. Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE)
  8. Jambatan Pulau Pinang
Artikel berkaitan - Punca Nilai Ringgit Jatuh 

Sudah pasti berita kenaikkan kadar tol ini tidak menggembirakan terutamanya buat mereka yang terpaksa menggunakan laluan tol untuk ke tempat kerja.Walaupun kenaikkan hanya beberapa sen, ia tetap memberi impak psikologi yang cukup besar kerana ia boleh mempengaruhi kenaikkan harga barang.

Entri sebelum ini - Puding Sedut Pa' Do

Terima kasih kerana membaca Senarai Kadar Baru Tol Mulai 15 Oktober 2015

12 ulasan:

  1. paling kasihan kepada mereka yang menghadapi cabaran kewangan sekarang ini...boleh menangis tak berlaku la jawabnya

    BalasPadam
  2. Cabaran demi cabaran hidup zaman kini. Dlm masa yg sama ramai juga org yg kena VSS dsb sekarang ni.

    BalasPadam
  3. bestnya...
    hari nie cuti
    esok aku lalu NPE dua tol
    4.6..sebelum nie 3.2
    lebih singgit naek
    nampak gaya xbrekfast dah kat ofis

    BalasPadam
  4. memang sengsara la orang yang kena lalu tol hari-hari nih..

    BalasPadam
  5. alasan kelakar bila baca kenapa kadar bayaran tol patut dinaikkan

    BalasPadam
  6. Tak faham kenapa nak kena naikkan..Kebanyakannya adalah tol yang baru.. dengan kejatuhan nilai ringgit lagi banyaklah masalah yang dihadapi terutamanya yang berpendapatan rendah..

    BalasPadam
  7. ramai orang akan terbeban dengan kenaikan ini, kata orang sudahlah jatuh ditimpa tangga, tergolek masuk longkang, sekarang kena taik pula.

    BalasPadam
  8. cabaran terbesar kepada rakyat malaysia..mahu tidak mahu terpaksa cari duit lebih untuk menampung kos kenaikan hidup

    BalasPadam
  9. Adoi, bukan sikit tu naik. Lebih 50%. Sakit juga poket membayarnya. Sabar2 lah orang KL ya. Kalau tak tahan, meh balik kampong. Adehh..

    BalasPadam
  10. selamatlah 2-3 tahun ni, sebab kena pindah desaru. lega rasa duit tak membuang kat plaza tol.

    BalasPadam
  11. Pelik la dengan menteri fasola ni kan.....sakit hati sungguh

    BalasPadam
  12. menagis x guna maki pun x guna...senyum je lah....

    BalasPadam