Cara Pendekkan Link dengan Lynk.my

5
Contest Review Lynk.my 2015

Cara Pendekkan Link dengan Lynk.my. Pernah tak mempunyai masalah sukar untuk berkongsi link laman web kerana ia terlalu panjang? Rimas bila tengok link itu memenuhi ruang sampai tak muat nak tulis description.

Link, URL (Uniform Resource Locator), atau dalam Bahasa Melayu 'pautan' adalah alamat/lokasi laman web. Link biasanya panjang berjela dan susah nak ingat. Jika tersalah taip anda akan dibawa ke lokasi lain atau keluar 'error'.

Kebanyakkan laman web menggunakan link yang panjang untuk tujuan SEO. Demi memastikan entri berada dikedudukan terbaik enjin carian, link entri harus mengandungi kata kunci. Akan tetapi link yang terlalu panjang menyukarkan anda untuk berkongsi. Tetapi anda boleh pendekkan dengan Lynk.my.

Artikel berkaitan: Cara Terbaik Tingkatkan Trafik Blog

Pendekkan Link dengan Lynk.my

Lynk.my adalah laman web yang menyediakan servis untuk memendekkan link. URL yang biasanya melebihi 80 aksara boleh disingkatkan kepada 20 aksara sahaja. Contohnya seperti di bawah, cuba lihat yang mana lebih ringkas:


Cara Pendekkan Link dengan Lynk.my

Walaupun pendek, ia tetap membawa anda ke lokasi yang sama. Kalau tak percaya, cuba klik ttp://lynk.my/phr. Saya akan tunjukkan macam mana nak pendekkan link dengan Lynk.my:

  1. Layari http://lynk.my
  2. Paste kan link yang ingin dipendekkan
  3. Klik 'Lynk it' 


Tujuan pendekkan link

Kita mahu link menjadi ringkas supaya senang utk berkongsi di laman sosial terutama Twitter yang hanya membenarkan 140 aksara sahaja. Anda juga boleh sorokkan link iklan seperti ChurpChurp sebab tak ramai yang sudi klik. Hee! Kalau nak berniaga pun senang, lebih banyak ruang untuk anda masukkan ayat promosi. Anda juga boleh buat duit dengan Lynk.my. Caranya saya dah kongsikan dalam entri sebelum ini. Boleh rujuk entri >> INI

Memang banyak kelebihan laman web dari Malaysia ni. Mereka turut menganjurkan kontest hebat yang terbuka kepada semua blogger tempatan iaitu Contest Review Lynk.my 2015. Ramai yang join sebab sebab hadiah keseluruhan berjumlah RM4,000!

Entri sebelum ini - Sinopsis Tuan Anas Mikael di Astro Ria

Terima kasih kerana membaca Cara Pendekkan Link dengan Lynk.my

Post a Comment

5Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Lynk.my memang sangat terbaik :)..

    ReplyDelete
  2. saya belum lagi mencuba link ..harap ia best untuk digunakan

    ReplyDelete
  3. bagus nie. dulu tahu bit.ly je. rupanya ada alternatif lain utk singkatkan link. ^_^

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top