Diskaun Gila-Gila Shopee 11 November!

3

Diskaun Gila-Gila Shopee 11 November. Berita baik buat kaki shopping kerana portal membeli-belah Shopee hari ini sedang mengadakan jualan mega satu hari pada 11 November 2015 bermula jam 11 pagi hingga jam 11 malam. Anda boleh menikmati harga diskaun sehingga 80%!

Bagi yang masih belum tahu, Shopee merupakan aplikasi telefon pintar yang memudahkan pengguna melakukan jual beli dnegan mudah, pantas serta dijamin selamat. Cuma download aplikasi Shopee pada smartphone dan anda boleh mula shopping! Saya pernah tulis tentang Shopee sebelum ni, boleh rujuk entri >> Shopee - Aplikasi Untuk Jual Beli Barang


Jualan Mega Shopee 11.11

Okay, berbalik kepada diskaun gila-gila pada 11 Nov, Shopee sedang mengadakan Jualan Mega 11.11 di mana anda boleh menikmati potongan harga sehingga 80% dari 11 pagi hingga 11 malam sahaja. Menariknya, terdapat promosi dari kategori berbeza setiap jam. Contohnya dari 11am-12pm diskaun hanya pada kasut sahaja, 12pm-1pm pula pakaian wanita. Macam tu lah seterusnya sehingga jam 11 malam. Kat bawah ni saya sediakan panduan tentang masa promosi dan kategori untuk memudahkan anda.

Kategori Jualan Mega Shopee 11.11

11am - 12pm  >> Kasut
12pm - 1pm   >> Pakaian wanita
1pm - 2pm     >> Aksesori
2pm - 3pm     >> Pakaian lelaki
3pm - 4pm     >> Suppelent & peralatan sukan
4pm - 5pm     >> Jam tangan
5pm - 6pm     >> Kelengkapan rumah
6pm - 7pm     >> Beg
7pm - 8pm     >> Bayi, kanak-kanak & mainan
8pm - 9pm     >> Produk penjagaan diri & kecantikan
9pm - 10pm   >> Mobil & gajet
10pm - 11pm >> semua jenis fesyen

Cara mendapatkan diskaun

Bila dah pilih barang yang nak beli anda kena masukkan kod diskaun untuk mendapatkan potongan harga. Senang je, cuma masukkan kod pada ruang yang akan terpapar pada skrin telefon sebelum buat pembayaran.

Anda boleh dapatkan kod untuk kategori berasingan di bawah:

Kod diskaun Shopee 11 November






Musim perayaan macam ni masing-masing cuti dan nak keluar shopping tapi semua shopping kompleks penuh! Ramai sangat orang! Tapi anda boleh je duduk rumah dan shopping dengan harga murah Hoho!  Banyak kategori ada kat Shopee, anda cuma search je. 

Kena set jam sebab setiap jam ada promosi berbeza. Tak boleh lepaskan peluang sebab satu hari je ni.


Download Shopee secara percuma di App Store, dan Android di Google Play Store. Nak tahu apa yang terkini boleh ikuti Shopee Facebook, Instagram, dan laman rasmi - http://shopee.com.my/mobile/


Terima kasih kerana membaca Diskaun Gila-Gila Shopee 11 November.

Post a Comment

3Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Wahhhhh! yang giler shopping memang tunggu depan PC je la ye time tu...

    ReplyDelete
  2. Saatnya untuk membeli furniture dan perlengkapan rumah. Kapan lagi ada diskon gila begini...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top