Fakta Menarik Filem The Hunger Games

1

Fakta Menarik Filem The Hunger Games. Hidup Katniss Everdeen berubah dalam sekelip mata selepas menggantikan tempat adiknya dalam sebuah rancangan televisyen Hunger Games yang ke 74. Tidak pernah terlintas difikirannya untuk mencetuskan pemberontakan dan menjadi simbol kebangkitan rakyat. Di mata President Snow, Katniss adalah individu paling berbahaya di Panem.

The Hunger Games merupakan filem adaptasi dari novel karya Suzanne Collins dan antara francais paling berjaya di dunia. Filem pertama (2012), Cathing Fire (2013), Mockingjay Part 1 (2014) mencatat kutipan lebih USD2.2 billion seluruh dunia.

Kisah perjuangan Katniss semakin berkembang, menerusi filem tahun lalu THG: Mockingjay Part 1, beliau menjadi simbol kebangkitan rakyat untuk menentang kerajaan yang zalim.

Artikel berkaitan: Review Buku The Hunger Games

Filem keempat dan terakhir Mockingjay Part 2 bakal ditayangkan pada 19 November ini. Sebagai salah seorang peminat sekuel THG, rasanya tidak lengkap kalau saya tidak berkongsi beberapa fakta menarik yang mungkin anda tidak tahu dari filem pertama hingga filem keempat.
Fakta Menarik Filem The Hunger Games

1. Isyarat tiga jari menjadi trademark filem ini di mana Katniss Everdeen mempopularkan isyarat tersebut sebagai simbol pemberontakan menentang rejim kerajaan. Isyarat itu digunakan oleh penunjuk perasaan antirampasan kuasa di Thailand sebagai tanda penentangan rampasan kuasa yang dilakukan tentera. Isyarat itu kemudian diharamkan di Thailand dan filem THG diban selama berapa minggu.


2. Antara penyumbang utama kepada kejayaan francais ini adalah barisan pelakonnya. THG dibintangi nama-nama besar Hollywood dan Mockingjay Part 1 & 2 dibarisi tiga Pelakon Terbaik Anugerah Oscar iaitu Jennifer Lawrence, Julianne Moore, dan mendiang Philip Seymour Hoffman.

3. Jennifer hampir melepaskan tawaran watak Katniss Everdeen kerana bimbang populariti filem francais akan menjejaskan kehidupan peribadinya.  


4. Philip Seymour Hoffman (Plutarch Heavensbee) meninggal dunia ketika Mockingjay masih dalam penggambaran. Menurut pengarah, Francis Lawrence, mereka tidak akan menggunakan teknik CGI terhadap 10 babak yang tidak sempat siapkan Hoffman. Mockingjay Part 2 adalah filem terakhir mendiang.

Philip Seymour Hoffman
5. Beberapa kecederaan berlaku di set penggambaran antaranya Liam Hemsworth mengalami keretakan bulu lali dan Sam Clafflin cedera di tangan. Wes Chatham hampir lemas, manakala Jennifer mengalami masalah pendengaran selama dua minggu akibat jet air yang terkena gegendang telinganya.

6. Gaun perkahwinan yang dipakai Katniss dalam Catching Fire direka oleh Tex Saverio, seorang pereka fesyen dari Indonesia. Gaun itu seberat 30 pound.


7. Kucing Prim, Buttercup, berwarna hitam putih dalam filem pertama. Pihak produksi kemudian menggantikan dengan kucing berwarna oren dalam filem Catching Fire.


8. Liam Hemsworth dan Alexander Ludwig pada asalnya menghadiri ujibakat bagi watak Peeta Mellark, namun watak itu diberikan kepada Josh Hutcherson. Manakala Hemsworth mendapat watak Gale dan Ludwig berperanan sebagai Cato.

8. Bagi mengelakkan set penggambaran menjadi tumpuan dan bimbang lokasi dan kostum tersebar di internet, pihak produksi meletakkan papan tanda "Filming Seashore movie" supaya tidak menarik perhatian peminat dan orang awam.

9. Nama-nama besar seperti Chloe Grace Moretz, Shailene Woodly, Hailee Steinfeld, dan Abigail Breslin, dan Emma Roberts menghadiri ujibakat bagi watak Katnis Everdeen.

catching fire hawaii


10. SPOILER: Dua orang kanak-kanak yang memegang watak sebagai anak Katniss dalam Mockingjay Part 2 adalah anak saudara Jennifer Lawrence sendiri. 

11. Kira-kira 12,000 kuntum bunga ros putih digunakan bagi menjayakan salah satu babak di District 13.

12. Filem pertama diarahkan oleh Gary Ross, namun disebabkan jadual penggambaran yang terlalu padat beliau tidak dapat mengarah filem berikutnya. Tempat Ross digantikan dengan Francis Lawrence. 


13. Pihak produksi melakukan kajian terhadap beberapa spesis burung bagi mencipta burung Mockingjay. Ini bagi memastikan Mockingjay tidak kelihatan sama dengan spesis lain

14.  Jennifer berdepan masalah rambut rosak akibat mewarnanya terlalu kerap. Beliau memotong rambutnya, oleh itu dia terpaksa memakai rambut palsu untuk filem Mockingjay 1 & 2.

Artikel berkaitan: Ulasan Filem Mockingjay Part 1

15. Aktres Kristen Bell mengaku menggemari novel THG. Pelakon yang menyumbangkan suara bagi watak Princess Anna (Frozen) pernah meluahkan hasrat untuk memegang watak Johanna Mason dalam Catching Fire. Namun watak itu diberikan kepada Jena Malone


16. Jennifer mengakui beliau menangis di set penggambaran kerana dipaksa menyanyi oleh pengarah. Beliau menggunakan suaranya sendiri untuk lagu The Hanging Tree dalam salah satu babak Mockingjay Part 1. Lagu tersebut tersenarai dalam carta top 10 jualan iTunes seluruh dunia. 

17. Dalam Catching Fire, terdapat 40 stesen makeup, 40 stesen mendadan rambut, dan 300 orang pelakon tambahan.

18. Dalam Mockingjay Part 1, pihak produksi menjalani penggambaran di sebuah kilang terbiar di Atlanta, USA, untuk mendapatkan gambaran District 12 yang realistik.

19. Kesemua filem THG menjalani penggambaran di beberapa lokasi berbeza iaitu di Atlanta, Hawaii, North Carolina (USA), Paris, dan Berlin.

20. Mockingjay Part 1 dan 2 menjalani penggambaran pada waktu yang sama.
 sumber: iMDB

Entri sebelum ini -  Cara Terbaik Meningkatkan Trafik Blog

Terima kasih kerana membaca Fakta Menarik Filem The Hunger Games

Post a Comment

1Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. terbaik bro fakta menarik ko. THG game ni aku suka yang filem pertama je. Filem yang latest ni macam kurang menyengat dah. Terasa slow sangat jalan citer dia.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top