Selasa, 17 November 2015

Sinopsis Akulah Balqis di Tv3

Sinopsis Akulah Balqis di Tv3

Sinopsis Akulah Balqis di Tv3. Menyusuli Hello Mr Perfect, saksikan sebuah lagi drama bersiri yang bakal menghiasi Slot Akasia bertajuk AKULAH BALQIS. Drama ini memaparkan nasib malang seorang gadis yang dirudum malang akibat diabaikan kedua ibu bapanya.

Drama rantaian 24 episod ini merupakan buah tangan terbaru Rumah Karya Citra dan bakal membuka tirainya pada 18 November 2015, setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam di Tv3.

Akulah Balqis diarahkan oleh Fali Yahya dan skrip pula digarap oleh pengarah, pelakon, serta penerbit berbakat, Erma Fatima.

Menampilkan barisan pelakon hebat seperti Puteri Balqis, Aeril Zafrel, Nabila Huda, dan Nazim Othman, drama ini dilihat bakal mencetuskan fenomena tersendiri. Ia turut dibantu oleh Nadia Brian, Puteri Aishah, Nabilah Dally, Fazlina Ahmad Daud, Amai Kamarudin, Anne Abdullah, Mohd Benladin, Balkisyh Semundur Khan, Zulkifli Ismail, dan Aziza Kazan

akulah balqis tv3

Sinopsis drama Akulah Balqis di Tv3

Akulah Balqis yang meneruskan kehidupan tanpa bimbingan kedua orang tua yang lalai dengan tanggungjawab untuk membesarkannya. Balqis perlu mengorbankan zaman kanak-kanaknya untuk meneruskan hidup. 

Ibu bapanya, Yamin dan Seri terlalu sibuk mencari pekerjaan setelah syarikat tempat bekerja Yamin jatuh muflis. Seri juga mula bekerja untuk membantu Yamin dan mengabaikan Balqis. Balqis terpaksa berhenti sekolah kerana tiada siapa yang boleh menghantarnya.

Tertekan dengan desakan hidup, Yamin mula terlibat dengan dadah selepas berkawan dengan Zali, seorang pemuzik di kelab malam. Wang kerja sambilan Yamin mula tidak mencukupi akibat ketagihan dadah.
Ketagihan Yamin akhirnya turut mempengaruhi Seri yang kemudiannya menyebabkan mereka dimasukkan ke dalam Pusat Pemulihan Dadah menyebabkan Balkis hilang tempat bergantung. 

Zali kemudian menghantar Balqis ke rumah kebajikan masyarakat. Akibat tidak selesa tinggal di situ, Balqis melarikan diri dan terpaksa merempat di jalanan.  

Suatu hari, Milda, seorang model terkenal secara tidak sengaja terlanggar Balqis. Balqis di bawa pulang oleh suami Milda, Adi, yang kasihan dengan nasib kanak-kanak itu. Milda mula merasa tidak selesa dengan kehadiran Balqis dalam keluarga mereka, berlainan dengan Adi yang menjaga Balqis seperti anaknya sendiri.

Adi memang sudah lama menginginkan zuriat sendiri tetapi tidak bagi Milda. Setiap kali Milda dan Adi bertengkar, pasti Balqis akan mencari jalan supaya Adi dan Milda berbaik. Kerana itu juga, hati Milda semakin lembut dengan kebaikan Balqis dan mula menerima Balqis.

Hubungan mereka bertiga semakin rapat, namun pada suatu hari Yamin dan Seri muncul untuk meminta anak mereka kembali. Oleh kerana sudah terlalu sayangkan Balqis, Adi dan Milda cuba melarikan Balqis dari ditemui ibu bapa kandung budak itu. 
sumber - Bharian

Setelah mendapat kritikan penonton kerana sentiasa menyiarkan drama yang mempunyai jalan cerita yang seakan sama, Tv3 akhirnya menyiarkan drama berlainan kali ini. Netizen juga mengutuk drama sebelum ini, Hello Mr Perfect, kerana dibintangi pelakon kaku dan jalan yang tidak menarik. Hoho!


Terima kasih kerana membaca Sinopsis Akulah Balqis di Tv3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan