Sinopsis Tuan Anas Mikael di Astro Ria

7

Sinopsis Tuan Anas Mikael di Astro Ria. Saluran stesen televisyen berbayar, Astro Ria (104) sekali lagi membawakan drama menarik buat tontonan anda menerusi TUAN ANAS MIKAeL (TAM) yang telah pun mula bersiaran pada 9 November 2015 lalu.

Mendapat sentuhan pengarah Raja Ahmad Alauddin, TAM meneruskan trend drama di Malaysia yang sering diadaptasi dari novel popular. Kali ini murpakan adaptasi novel dari tajuk yang sama karya Syamnuriezmil.

Drama terbitan Pena Creative Pictures ini mempertaruhkan pelakon terkenal tanah air iaitu Aaron Aziz dan Zara Zya sebagai teraju utama dan turut dibantu oleh Wan Sharmila, Shah Rezza, Raja Ilya, Normah Damanhuri, Emmelia, Sarah Anne, Fazlina Ahmad Daud, Roy Azman, Jalaluddin Hassan, Ryzal Jaafar, Ziela Jalil, Daler Yusuf, Ruzana Ibrahim, Dato Chef Wan.





Bersiaran sebanyak 16 episod, Tuan Anas Mikael menemui penonton setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135)

Sinopsis drama Tuan Anas Mikael di Astro Ria

Mengisahkan Ayu Maisarah yang berkerja sebagai tukang cuci bagi menggantikan ibunya di rumah Tuan Anas Mikail. Ayu terpaksa berkerja dengan Tuan Anas selepas secara tidak sengaja tercuci lantai dan menyebabkan majikannya jatuh.

Ibu kepada Tuan Anas, Puan Sri Tengku Anansa telah memberikan tempoh selama tiga bulan untuk mencari calon isteri pilihannya sendiri jika tidak mahu berkahwin dengan Safra Ariana, cucu Tun Akhiruddin. 

Hampir dua bulan berlalu, Tuan Anas masih belum menjumpai calon isteri. Jadi dia merancang untuk mempersiapkan Ayu Maisarah supaya dapat menjadi wanita idamannya tanpa pengetahuan gadis itu. Ayu dapat melepasi semua latihannya diberikan dan apa yang dia tahu, Tuan Anas sedang melatihnya esebagai pengurus projek di Krabi. 

Namun, Tuan Anas tidak tahu yang Ayu sedang menyimpan rahsia besar darinya. Takut akan rahsia itu terbongkar, Ayi menurut sahaja arahan Tuan Anas dan bersetuju dengan penyamaran itu. Walaubagaimana pun, dalam tempoh penyamaran mereka, Ayu mula jatuh cinta terhadap Tuan Anas. Dia terpaksa menyimpan perasaannya kerana takut peristiwa hitam dalam keluarganya bakal berulang. 

Di Krabi, Tuan Anas akhirnya meluahkan rasa cinta pada Ayu. Ayu pula mentah-mentah menolak. Tapi akhirnya dia setuju juga untuk berlakon menjadi girlfriend Tuan Anas didepan mak Tuan Anas untuk mengelak daripada berkahwin dengan Safra


Terima kasih kerana membaca Sinopsis Tuan Anas Mikael di Astro Ria
Tags

Post a Comment

7Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. oo kul 10malam memang saya tak sempat tengoklah, sibuk tidurkan anak2

    ReplyDelete
  2. Mcm best je..hihi..dh lama x tgk tv ni

    ReplyDelete
  3. baca ulasan nik macam best je drama ini..

    ReplyDelete
  4. Suka tengok TAM sebab peminat setia AA ;-)
    Tapi annoying dengan iklan yang banyak :-(

    ReplyDelete
  5. Best tengok cerita ni..lakonan zya boleh tahan lawak juga

    ReplyDelete
  6. comel tengok zara zya pakai tudung. lagi kemas dari saya..hehehe

    ReplyDelete
  7. Dah lama tak tengok drama, yang ni macam best je sebab hero dia AA. hewww

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top