Fakta Menarik Album Adele 25

13

Fakta Menarik Album Adele 25. Siapa tidak kenal Adele? Penyanyi British yang menjadi fenomena beberapa tahun lalu dengan lagu Rolling In The Deep dan Someone Like You. Selepas tiga tahun menyepi Adele membuat come back dengan melancarkan album terbaharu berjudul '25'.

Sejak '25' dilancarkan dua minggu lalu, album itu seolah-olah menguasai industri muzik dunia dek kerana  respon positif dari peminat yang rindukan penyanyi yang bersuara merdu ini.  Album bersama single terbaharu bertajuk 'Hello' telah mencatat banyak rekod sejak ia dilancarkan.

Fakta Menarik Album Adele 25

1. Pada saat entri ini ditulis, lebih 4 juta album berjaya dijual sejak hari pertama ia dilancarkan.

2. Dalam masa satu minggu, 25 menjadi album paling laris pada tahun 2015. Minggu lalu, sebanyak 335 album dijual setiap minit.

3. Jika kita menggabungkan kesemua carta jualan album lain yang menduduki tangga 2 hingga 100, ia masih belum mampu mengalahkan 25. Macam mana kalau anda gandakan kesemua jumlah jualan? HaHA! Adele masih lagi ditangga teratas.


4. Lagu Hello menjadi lagu pertama yang berjaya dijual melebihi 1 juta dalam masa satu minggu. Rekod sebelum ini dipegang oleh penyanyi rap, Flo Rida bagi lagu 'Right Round', namun Adele menggandakan jumlah kerana Flo Rida hanya mencatat 636,000 jualan.

5. Album Adele sebelum ini yang berjudul '21' kembali berada dalam carta top 10 buat pertama kali dalam tempoh dua tahun gara-gara kejayaan album 25.

Artikel berkaitan: Fakta Menarik Filem Francais The Hunger Games

6. Pada minggu lalu 25 mendominasi 41 peratus jualan album di seluruh dunia.
7. Jika album Taylor Swift, 1989, memakan masa setahun untuk mencatat kutipan tertinggi, Adele hanya mengambil masa beberapa hari sahaja.

8. Jika anda tertanya-tanya sama ada album berbentuk cakera padat (CD) masih mendapat perhatian atau tidak, sebanyak 1.7 juta unit CD Adele telah terjual. Rupanya masih ada yang beli CD instead of download kat iTunes. 

9. Kalau dikira mengikut minggu pertama jualan, Adele telah mengalahkan ramai penyanyi terkenal dunia seperti Beyonce, Justin Bieber, Taylor Swift, Rihanna, dan One Direction. Album 25 mengalah album penyanyi lain kurang dari seminggu.
10. Rekod jualan tertinggi dalam masa seminggu sebelum ini dipegang oleh kumpulan N'Sync, Adele berjaya meleburkan rekod itu dalam beberapa hari sahaja.

Jika pada 2012 Adele berjaya memenangi enam Anugerah Grammy, berapa agaknya anugerah yang bakal dibawa pulang?


Penghujung tahun 2015 ni memang menggembirakan peminat muzik. Adele dan Justin Bieber lancar album baru. Tapi saya tak download pun album Adele sebab saya download album Bieber, Purpose. It is quiet embarrassing because I thought I hated him. But his new album is amazing! How can all of the songs sound so good? Dan esok album baru band kegemaran, Coldplay dilancarkan! Tak sabar!!! Hahahabaheweiuwewjejdn!!!!

Entri sebelum ini - Bil Bercetak TM Dicaj RM5 Mulai 2016

Terima kasih kerana membaca Fakta Menarik Album Adele 25

Tags

Post a Comment

13Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. I say kantoi , gua pun suka suara adela hihihi

    ReplyDelete
  2. Suara adele salah satu yang boleh kata amazing dan memukau semua orang..saya dah download lagu adele... 4 lagu saya suka iaitu hello, a millions years ago, all i ask dan when we were young.

    ReplyDelete
  3. Dengar suara aje boleh tahu itu Adele yang nyanyi. Hiks!

    ReplyDelete
  4. teringat lagu Hello nyanyian Lionel Richie.., hellooo is it me u looking for ? ., ;p

    ReplyDelete
  5. erm.... suaranya mmg sedap sgt.... :)

    ReplyDelete
  6. saya sebenarnya baru juga mengenali penyanyi Adele ini...suaranya memang tajam dan tinggi

    ReplyDelete
  7. Suami MV memang peminat setia Adele ni

    ReplyDelete
  8. agree with u.. Bieber new album and imagine is AMAZINGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG

    ReplyDelete
  9. tp sy pon x beli album bieber.. dload kt Joox.. tp Adele saya beli.. krim kt kwn yg dok UK lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya baru beberapa minggu download album adele. semua lagu best especially All I Ask. :D

      Delete
  10. boleh try dengar la lepas ni, first time kenal lepas baca entri ni =)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top