Isnin, 18 Januari 2016

Cara Beli barang di Lazada

Cara Beli Barang di Lazada | Sebenarnya dah lama teringin beli barang di Lazada iaitu portal membeli-belah paling popular di Malaysia. Saya selalu baca review yang positif tentang servis dan kualiti Lazada yang ditulis blogger tempatan. Tapi masih belum pernah cuba. Jadi baru-baru ini saya telah membuat pembelian pertama. Sangat mudah dan berpuas hati dengan servis mereka. Bagaimana? Akan saya tunjukkan tatacaranya.

Apa yang saya beli adalah handbag jenama Mango. Kalau nak tahu, di Lazada memang banyak aksesori wanita khususnya handbag. Kalau anda mencari handbag online Malaysia yang murah, Lazada lah jawabnya.


Jadi saya beli handbag Mango (MNG). Murah sebab ada potongan harga. Proses pembelian pun mudah je dan barang sampai selepas dua hari dalam keadaan baik. Ternyata Lazada benar-benar menyediakan servis dan produk terbaik.

Anda boleh membuat pembelian di Lazada menggunakan komputer di laman web www.lazada.com.my. ATAU menerusi aplikasi yang boleh dimuat turun secara percuma pada telefon pintar/ tablet iOS ataupun Android.

iOS: https://itunes.apple.com/us/app/lazada-11-11-biggest-sale/id785385147?mt=8 
Android: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.lazada.android&hl=en

Sebelum itu anda patut tahu yang tidak semua barang yang ada dijual oleh Lazada. Tetapi dijual oleh penjual luar yang menggunakan Lazada sebagai platform. Sebelum membuat pembelian, pastikan anda semak dahulu reputasi seller melalui review pelanggan.

Bagi yang belum pernah shopping di Lazada, saya akan tunjukkan cara-caranya dalam entri ini.

Cara beli barang di Lazada


1. Untuk beli barang, kena ada akaun Lazada. Layari www.lazada.com.my. Klik 'Login & Sign Up' > Isikan maklumat peribadi. Anda akan menerima email pengesahan menandakan telah berjaya mendaftar dan sedia untuk membeli-belah.

2. Pilih produk. Cuma taip nama produk yang anda nak di ruangan 'Search'. Katakan anda nak beli telefon Xiaomi Mi A2 . Anda akan dipaparkan dengan banyak pilihan. Apa beza semua ni? Ia menunjukkan model telefon yang sama, tetapi dijual oleh seller yang berbeza.

Baca: Beli Topup Prepaid Online di Lazada

Kalau andak nak beli telefon, barang elektronik, atau mana-mana produk yang mahal, saya cadangkan beli dari seller yang sah. Biasanya ia tertera perkataan 'LazMall' atau 'Official Store'.

3. Klik pada produk yang anda nak. Baca diskripsi produk dengan teliti seperti gambar di bawah. Klik 'Buy now' untuk beli.


  • Local Manufacturer Waranty  - Bermaksud 1 tahun jaminan dari Xiaomi sendiri, jadi jika berlaku kerosakan anda perlu menghubungi service center yang sah. 
  • Local Supplier Waranty - Waranty dari seller. Hubungi seller untuk urusan refund dan sebagainya. 
  • Standard Delivery - Menunjukkan jumlah kos penghantaran. Terdapat sesetengah barang yang tidak tidak dikenakan caj. 
  • Fullfield by - Menunjukkan siapa yang menjual barang. Ada sesetengah seller memang lambat dan tidak cekap. So, jangan salahkan Lazada ya? Hee.
  • This Item Ships From Overseas - Item tersebut dipos dari luar negara sebab ramai yang berniaga dropship di Lazada. Kebanyakkannya menjual dengan harga murah. Tetapi tempoh penghantaran memakan masa seminggu atau lebih.
 
4. Langkah seterusnya memaparkan produk, harga produk. serta kuantiti item. Pastikan tepat. Anda boleh teruskan memilih barang jika mahu. Jika tidak, klik 'Place order now' untuk ke langkah seterusnya.


5. Pilih jenis pembayaran. Terdapat 6 cara pembayaran di Lazada iaitu:

  • Credit/Debit Card - Guna credit card atau debit card Mastercard / VISA. Ada kelebihannya jika menggunakan cara ini kerana esetengah barang yang menawarkan diskaun sekiranya menggunakan kad kredit.
  • Online Banking - Menggunakan Maybank2u, CIMB Clicks, Hong Leong Bank, Public Bank, Ambank, Bank Islam dan RHB. 
  • Maybank Installment - Pembayaran secara ansuran. Terdapat 2 syarat untuk membolehkan anda membayar secara ansura. 1) Barang berharga RM500 ke atas. 2) Perlu menggunakan kredit kad Maybank sahaja. 
  • 7 Eleven - Untuk mereka yang tidak mempunyai akaun bank, anda boleh bayar barang yang anda order melalui premis 7 Eleven. 
  • PayPal - Bayar menggunakan akaun PayPal
  • Cash On Delivery - Membayar pada saat anda menerima barang yang anda beli. Ini bermakna, anda perlu bayar kepada posman.



Anda boleh pilih langkah mana yang anda nak. Saya selesa dengan online banking, kemudian pilih bank simpanan anda.

6. Anda akan terus di bawa ke CIMB Click untuk membuat pembayaran. Tak perlu masukkan jumlah kerana Lazada akan terus tolak wang simpanan yang ada dalam akaun bank. Katakan barang yang anda beli termasuk kos penghantaran berharga RM23.90, jumlah itulah yang bakal ditolak. Jangan risau, tiada caj tersembunyi.

Cara beli barang di lazada guna Maybank2u atau bank-bank lain adalah sama.

7. Bila dah siap membuat pembayaran, anda akan menerima email pengesahan, perincian pembelian, dan tracking number. Jangan delete pulak. Nanti senang untuk buat rujukan.

Cara beli barang di Lazada guna 7 Eleven


Okay, tak semua orang anda akaun bank atau anda tidak mempunyai wang dalam akaun. Tapi anda masih lagi shopping di Lazada. Caranya adalah dengan membuat bayaran di kiosk 7 Eleven.

Langkah 1: Pilih logo 7 Eleven pada langkah pembayaran dan klik 'Place your order'.
Langkah 2: Anda akan diberikan bar code untuk dicetak atau simpan dalam telefon pintar.
Langkah 3: Tunjukkan bar code tersebut pada cashier 7 Eleven, dan buat pembayaran.


Cara bayar Lazada guna debit card


Langkah 1: Pilih Credit/Debit card 
Langkah 2: Isi maklumat yang diperlukan dalam ruang kosong.
Langkah 3: Anda akan menerima kod MSOS pada telefon bimbit, masukkan kod tersebut pada ruang yang disediakan. 


Tips beli barang di Lazada

1. Bandingkan harga. Setiap kali nak beli barang sudah pasti kita mahukan harga termurah. Sebab itulah anda perlu bandingkan harga produk di pasaraya dan portal online. Jika di pasaraya lebih murah kenapa nak beli online kan?

2. Semak harga sebelum bayar. Pastikan anda double-check jenis produk yang anda beli. Bukan setakat harga, saiz, warna pilihan, kuantiti, dan warranty.

3. Kos penghantaran. Ada sesetengah item tidak mengenakan kos penghantaran. Manakala barang yang berat akan dicaj. Kena baca dengan teliti sebelum buat keputusan untuk membeli.

4. Voucher. Anda kena alert dengan promosi yang sedang berlangsung. Kadang kala Lazada menyediakan voucher di mana anda akan mendapat potongan harga. Masukkan kod voucher pada ruang yang disediakan.

Lazada memang menjadi pilihan ramai kerana sering mengadakan jualan murah. Begitu juga dengan pesaingnya, Shopee. Tatacara shopping di Shopee lebih kurang sama sahaja. Anda boleh rujuk - Cara Beli Barang di Shopee.

Okay, sekarang ni anda dah tahu macam cara nak beli barang di Lazada. Mudah kan? Sebab tak perlu keluar dan ke kedai fizikal. Bahkan shopping online ini menjimatkan!

29 ulasan:

  1. Saya tak pernah lagi beli apa apa dekat lazada..kalau tengokkan beg yng awk beli tuh..kualiti nampak bagus..hehe

    BalasPadam
  2. untung juga shopping kat lazada

    BalasPadam
  3. nice. PG tak pernah lagi shopping dekat lazada. setakat ni dengan zalora je la :)

    BalasPadam
  4. Sebagai tambahan satu lagi, kalau beli barang elektronik macam telefon, gadget, jam... eloklah perhatikan bahagian waranty tu. ada ke tak de. Lazada tak menipu, tapi lazada hanyalah platform, penjual masih boleh manupulate. Kalau rasa tertipu jangan segan untuk terus report pada Lazada dengan butiran pembelian lengkap.

    BalasPadam
  5. Kalau ada diskaun dan kupon memang best a shopping ka lazada ni kan

    BalasPadam
  6. tengok rollerblade kat situ cambest je..rasa macam nak gi beli.ahaha

    BalasPadam
  7. Memang best shopping kat lazada ni.. ada diskaun.. siap free shipping lagi.Tapi tak semua lah kan. hehehe..

    BalasPadam
  8. Shopping di lazada dan dapat duit sebahagian duit anda.. jawab survey dapat duit.tanpa modal daftar percuma,tgk blog sy

    BalasPadam
  9. Apasal saya xboleh.lepas masuk nom ngn paswod kt my2u tu.asyik xboleh.dia ckp nma dn paswood salah.padahal dh betul dh

    BalasPadam
  10. MACAM MANA KALAU DIAORANG X DPT REACH KITA MASA DELIVERY BARANG YE? DYRG AKAN CONTACT KITA OR MCM MANA?

    BalasPadam
    Balasan
    1. posman akan tinggalkan sekeping kad yg mengatakan penerima takde kat rumah. dan kita kena ke pejabat pos untuk ambik barang tersebut.

      Padam
  11. TK atas info yg cukup berguna..Mohon Izin C&P

    BalasPadam
  12. Saya nk tanya , kalau beli barang dari overseas ni terjamin ke ? And mmg gerenti dapat ke ? Saya risau nak beli brg dri overseas

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pernah beli barang overseas dari lazada. gerenti dpt. cuma lambat dlm dua minggu. mana2 barang dari overseas mmg lambat sampai. proses beli sama je

      Padam
  13. Assalamualaikum . saya ada nak order item di lazada tapi sedang keliru saiz yg diberikan. bantu saya, macamana nak order item tu supaya saya tak tersilap beli saiz..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam. saiz apa ye? baju atau kasut? saiz biasanya terletak pada di sebelah kanan gambar produk.

      Padam
  14. Saya ada beli barang dari lazada..tapi status in processing je...lama pulak tu..risau jgk sbb dh bt pembayaran..

    BalasPadam
  15. Saya ada beli barang dari lazada..tapi status in processing je...lama pulak tu..risau jgk sbb dh bt pembayaran..

    BalasPadam
  16. nak tahu, ade ke minimum pembelian bagi penghantaran?

    BalasPadam
  17. Saya beli brg dari oversea tp xdapat sebarang pengesahan email dari lazada dlm tempoh 24jam lebih .duit dah bayar..dah risau...

    BalasPadam
  18. Nak tya, klu kita beli brg dr oversea mmg free penghantaran ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. depends. ada barang yg free dan ada yg kena bayar shipping.

      Padam