18 Januari 2016

Cara Shopping di Lazada


Cara Shopping Online di Lazada. Sebenarnya dah lama nak cuba beli barang di Lazada iaitu portal membeli-belah paling popular di Malaysia. Saya selalu baca review yang positif tentang servis dan kualiti Lazada yang ditulis blogger tempatan. Tapi masih belum pernah cuba.

Sebelum ni selalu jugak usha-usha barang di Lazada. Banyak yang berkenan, harga berpatutan, tapi bila fikir-fikir balik... Do I really need it? Nope. Tapi hari tu saya browse handbags, kebetulan pulak ada diskaun sampai 90%. Perfect timing, because I seriously need another handbag.


Jadi saya beli handbag MNG. Murah sebab ada potongan harga. Proses pembelian pun mudah je dan barang sampai selepas dua hari dalam keadaan baik. Ternyata Lazada benar-benar menyediakan servis dan produk terbaik.

Bagi yang belum pernah shopping di Lazada, saya akan tunjukkan cara-caranya dalam entri ini.  

Cara Shopping di Lazada

1. Untuk beli barang, kena ada akun Lazada. Layari www.lazada.com.my. Klik 'Login & Sign Up' > Isikan maklumat peribadi > Kemudian anda akan dapat email pengesahan menandakan telah berjaya mendaftar dan sedia untuk membeli-belah.

2. Pilih produk. Langkah paling best semestinya ketika nak pilih barang. Sebab banyak sangat pilihan yang ada di Lazada ni. Katakan anda nak beli external Buffalo Ministation, hanya klik 'Add to Cart'. Konon-kononya letak barang dalam troli dan sedia untuk bayar la ni.


3. Dialog box akan terpapar di skrin. Pastikan produk, harga produk. serta kuantiti item adalah tepat. Kemudian klik 'Checkout'.


4.  Langkah seterusnya kena isikan nama, alamat, dan nombor telefon. Pastikan anda isi maklumat dengan tepat. Kemudian klik 'Continue'.


5. Dibahagian 'Payment Information' anda perlu pilih cara pembayaran. Pilih satu di antara Credit or Debit Card, Online Banking & Celcom Aircash, PayPal, Maybank Installments, atau Credit Card on Delivery. Saya  guna online banking iaitu bayaran menggunakan CIMB Clicks atau bank lain. Anda perlu klik pada 'Online Banking' > pilih bank > klik 'Place Your Order'.

6. Anda akan terus di bawa ke CIMB Click untuk membuat pembayaran. Tak perlu masukkan jumlah kerana Lazada akan terus tolak jumlah harga barang yang anda beli.

7. Bila dah siap membuat pembayaran, anda akan menerima email pengesahan dan details pembelian. Jangan delete pulak. Nanti senang untuk buat rujukan.


Tip shopping di Lazada

1. Bandingkan harga. Setiap kali nak beli barang sudah pasti kita mahukan harga termurah. Sebab itulah anda perlu bandingkan harga produk di pasaraya dan portal online. Jika di pasaraya lebih murah kenapa nak beli online kan? 

2. Semak harga sebelum bayar. Pastikan anda double-check jenis produk yang anda beli. Bukan setakat harga, saiz, warna pilihan, kuantiti, dan warranty.

Artikel berkaitan:  Cara Mendapatkan Diskaun Ketika Shopping Online

3. Kos penghantaran. Ada sesetengah item tidak mengenakan kos penghantaran. Manakala barang yang berat akan dicaj. Kena baca dengan teliti sebelum buat keputusan untuk membeli.

4. Voucher. Ini yang membuatkan Lazada menjadi pilihan ramai. Kadang-kala Lazada bermurah hati untuk beri kod voucher pada hari-hari tertentu. Cuma masukkan kod vaucer sebelum membuat pembayaran.

Harga termurah

Salah satu sebab kenapa Lazada ni menjadi pilihan adalah kerana memiliki pelbagai jenis produk. Paling penting, sentiasa menawarkan harga termurah dan memberi potongan harga sehingga 90%! Lebih-lebih lagi dimusim perayaan.

Kalau nak beli dengan harga termurah, boleh klik mana-mana banner Lazada dalam blog ni. Iklan yang terpapar adalah 'sales' yang sedang berlangsung.

Oh, ini bukan brand deal @ advertorial. Saya tak dibayar langsung kerana ini merupakan pengalaman saya sendiri beli barang di Lazada. So far, puas hati dan tengah plan untuk shopping lagi. Hoho!

Entri sebelum ini - Jadilah Seperti Rashid. Siapa Rashid?

Terima kasih kerana membaca Cara Shopping di Lazada

29 ulasan:

  1. Saya tak pernah lagi beli apa apa dekat lazada..kalau tengokkan beg yng awk beli tuh..kualiti nampak bagus..hehe

    BalasPadam
  2. nice. PG tak pernah lagi shopping dekat lazada. setakat ni dengan zalora je la :)

    BalasPadam
  3. Sebagai tambahan satu lagi, kalau beli barang elektronik macam telefon, gadget, jam... eloklah perhatikan bahagian waranty tu. ada ke tak de. Lazada tak menipu, tapi lazada hanyalah platform, penjual masih boleh manupulate. Kalau rasa tertipu jangan segan untuk terus report pada Lazada dengan butiran pembelian lengkap.

    BalasPadam
  4. Kalau ada diskaun dan kupon memang best a shopping ka lazada ni kan

    BalasPadam
  5. tengok rollerblade kat situ cambest je..rasa macam nak gi beli.ahaha

    BalasPadam
  6. Memang best shopping kat lazada ni.. ada diskaun.. siap free shipping lagi.Tapi tak semua lah kan. hehehe..

    BalasPadam
  7. Shopping di lazada dan dapat duit sebahagian duit anda.. jawab survey dapat duit.tanpa modal daftar percuma,tgk blog sy

    BalasPadam
  8. Apasal saya xboleh.lepas masuk nom ngn paswod kt my2u tu.asyik xboleh.dia ckp nma dn paswood salah.padahal dh betul dh

    BalasPadam
  9. MACAM MANA KALAU DIAORANG X DPT REACH KITA MASA DELIVERY BARANG YE? DYRG AKAN CONTACT KITA OR MCM MANA?

    BalasPadam
    Balasan
    1. posman akan tinggalkan sekeping kad yg mengatakan penerima takde kat rumah. dan kita kena ke pejabat pos untuk ambik barang tersebut.

      Padam
  10. TK atas info yg cukup berguna..Mohon Izin C&P

    BalasPadam
  11. Saya nk tanya , kalau beli barang dari overseas ni terjamin ke ? And mmg gerenti dapat ke ? Saya risau nak beli brg dri overseas

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pernah beli barang overseas dari lazada. gerenti dpt. cuma lambat dlm dua minggu. mana2 barang dari overseas mmg lambat sampai. proses beli sama je

      Padam
  12. Assalamualaikum . saya ada nak order item di lazada tapi sedang keliru saiz yg diberikan. bantu saya, macamana nak order item tu supaya saya tak tersilap beli saiz..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam. saiz apa ye? baju atau kasut? saiz biasanya terletak pada di sebelah kanan gambar produk.

      Padam
  13. Saya ada beli barang dari lazada..tapi status in processing je...lama pulak tu..risau jgk sbb dh bt pembayaran..

    BalasPadam
  14. Saya ada beli barang dari lazada..tapi status in processing je...lama pulak tu..risau jgk sbb dh bt pembayaran..

    BalasPadam
  15. nak tahu, ade ke minimum pembelian bagi penghantaran?

    BalasPadam
  16. Saya beli brg dari oversea tp xdapat sebarang pengesahan email dari lazada dlm tempoh 24jam lebih .duit dah bayar..dah risau...

    BalasPadam
    Balasan
    1. contact customer care. bagi no invoice.

      Padam
  17. Nak tya, klu kita beli brg dr oversea mmg free penghantaran ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. depends. ada barang yg free dan ada yg kena bayar shipping.

      Padam