Ahad, 21 Februari 2016

6 Kesilapan Terbesar Ketika Siaran Secara Langsung


6 Kesilapan Terbesar Ketika Siaran Langsung. Apa sahaja boleh berlaku sewaktu siaran televisyen, paling membimbangkan jika terdapat kesilapan atau salahlaku ketika siaran secara langsung yang disaksikan jutaan penonton. 

Kesilapan besar bukan sahaja memberikan imej buruk terhadap individu yang terlibat tetapi akan menjadi bahan jenaka warga internet. Ia akan dipermain dan diperkatakan dunia sampai bila-bila.


Berikut saya senaraikan beberapa insiden memalukan yang berlaku ketika siaran secara langsung

6 Kesilapan Terbesar Ketika Siaran Secara Langsung 

Insiden mengaibkan Janet Jackson

Di Amerika Syarikat, Super Bowl adalah acara suka terbesar. Menariknya, penonton bukan sahaja tidak sabar untuk melihat perlawanan akhir bola sepak tetapi ingin menyaksikan konsert yang berlangsung pada waktu rehat iaitu Super Bowl Halftime Show. Pada 2004, Janet Jackson dan Justin Timberlake dipilih untuk membuat persembahan. Di penghujung persembahan mereka, Timberlake telah menarik baju Jackson sehingga menampakkan buah dadanya.

janet jacson super bowl

Pihak produksi mengalihkan perhatian penonton dengan memaparkan keseluruhan stadium. Walaubagaimanapun, seramai 140 juta penonton sempat melihat buah dadanya selama 1.4saat. Jackson menjelaskan Timberlake sepatutnya menarik pakaian di bahagian luar sahaja. Jackson danStesen tv CBS kesal atas perkara ini dan mereka terpaksa membayar denda.

Australia's Next Top Model tersalah umum pemenang

Pada tahun 2010, rancangan pencarian model Australia's Next Top Model berakhir dengan kesilapan memalukan apabila hos, Sarah Murdoch, mengumumkan nama pemenang yang salah. Beliau mengumumkan Kelsey Martinovich sebagai juara tetapi pemenang sebenar ialah Amanda Ware.


Sebaik Martinovich menyampaikan ucapan, Murdoch tampil memohon maaf dan menamakan pemenang yang sebenar. Kesilapan ini tidak sepatutnya berlaku ketika siaran secara langsung. Beliau tidak membaca keputusan pada kad tetapi keliru dengan apa yang diberitahu penerbit melalui peranti telinganya. Syarikat telekomunikasi Foxtel menjelaskan ia adalah satu kesilapan dan bukannya gimik. 

John Travolta tersalah sebut 'Adele Dazeem'

Pelakon John Travolta mencuri perhatian pada Anugerah Oscar 2014. Aktor itu tersalah sebut nama penyanyi Idina Menzel dengan memanggilnya 'Adele Dazeem' sewaktu mengumumkan persembahan Menzel, bagi menyampaikan soundtrack filem animasi Frozen, Let It Go. Travolta menjadi bahan jenaka media sosial malah ada yang mendakwa beliau tidak kenal siapa Menzel.


Masalah audio semasa persembahan Adele

Minggu lalu berlangsungnya Anugerah Grammy dan rata-rata penonton menantikan persembahan Adele. Terdapat masalah audio sewaktu penyanyi kelahiran England itu mendendangkan lagu All I Ask di mana sepatutnya hanya bunyi piano sahaja yang melatari lagu tersebut. Sebaliknya terdapat bunyi petikan gitar yang lebih menonjol dan menjejaskan keseluruhan persembahan.


Adele kemudian menjelaskan mikrofon piano terjatuh menyebabkan melodi tidak menentu. Ramai yang kecewa dengan masalah audio itu kerana Anugerah Grammy 2016 adalah persembahan pertama Adele pada anugerah berkenaan dalam masa empat tahun.

Artikel berkaitan: Fakta Menarik Album Adele 25

Penyampai ramalan cuaca tunjuk isyarat lucah

Penyampai berita seharusnya menjaga kelakuan semasa rancangan siaran langsung kerana kamera mungkin akan fokus kepada anda pada bila-bila masa. Itulah yang berlaku kepada penyampai ramalan cuaca saluran antarabangsa BBC, Tomasz Schafernaker. 

Tomasz Schafernaker middle finger

Beliau menunjukkan isyarat lucah kepada pembaca berita Simon McCoy selepas McCoy berjenaka yang ramalan cuaca yang bakal disampaikan 100% tepat. Sebaik sedar yang kelakuannya disiarkan di televisyen, Schafernaker berpura-pura menggaru dagunya tetapi ia sudah terlambat. Beliau dipecat selepas BBC menerima banyak aduan dari penonton.

Steve Harvey dan Miss Universe

Siapa boleh lupa tentang insiden di mana hos, Steve Harvey, tersalah umum nama pemenang ketika pertandingan Miss Universe 2015. Gelaran Miss Universe sepatutnya diberikan kepada Pia Alonzo Wurtzbach (Filipina) akan tetapi Harvey mengumumkan Ariadna Guttierez (Colombia) sebagai juara. Harvey kemudian tampil memohon maaf dan mengumumkan pemenang sebenar. Beliau kesalahannya kerana keliru dengan format kad keputusan yang dibacanya.

steve harvey miss universe

Malaysia juga tidak ketinggalan apabila pembaca berita Syed Farradino Omar sedang keudara, seorang krew muncul didepan kamera. Kesilapan ini mendapat perhatian ramai sehingga rancangan bual bicara terkenal dunia, The Ellen Degeneres Show, menyelitkan klip berkenaan dalam segmen Local Focal.


12 ulasan:

  1. Hihi...yg last sekali tu sy ada tgk di utube...kelakar..hehe

    BalasPadam
  2. Hihi...yg last sekali tu sy ada tgk di utube...kelakar..hehe

    BalasPadam
  3. benda last tu yang aku tengok.

    haha..

    yang lain tu tak perasan.

    BalasPadam
  4. Nasib baik rancangan siaran langsung dekat Malaysia ni belum jadi lagi.

    BalasPadam
  5. seriau kalau live nih kan..kena betul betul fokus.

    BalasPadam
  6. Kat Malaysia pernah tengok pembaca berita duk sibuk susun kertas dia padahal dah ke udara..

    BalasPadam
  7. Banyak berlaku kesilapan secara langsung atau pun tidak langsung. Manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.

    Oleh itu apabila telah melakukan kesilapan, cepat-cepatlah memohon maaf.

    BalasPadam
  8. Lawak juga kan..

    tapi insisden yang MV tak lupa bila live ni masa jacqueline victor terjatuh..kesian dia

    BalasPadam
  9. Yang last tu Sha sempat tengok. LIVE. Hehe. Terkejut gak. Ingat memang berita sekarang memang boleh gitu, hehe

    BalasPadam
  10. huhuh allen pun amik tahu juga apa berlaku di malaysia

    BalasPadam
  11. Bahaya jugak buat live show ni kan. Macam-macam boleh jadi

    BalasPadam
  12. miss universe .. fuh .. malu weih.

    BalasPadam