Selasa, 9 Februari 2016

Fakta Menarik Filem Deadpool


Fakta Menarik Filem Deadpool. Sebuah lagi filem yang diadaptasi dari komik popular, Marvel, yang tunggu-tunggu peminat. Berbeza dengan karakter Marvel lain, Deadpool bukannya superhero, tetapi merupakan antihero. 

Diarahkan oleh Tim Miller dan dibintangi pelakon terkenal Hollywood, Ryan Reynolds dan turut dibantu oleh Morena Baccarin, Ed Skrein, T J Miller, Gina Carano dan Brianna Hildebrand.

Deadpool mengisahkan Wade Winston, seorang bekas pasukan khas yang menghidap kanser. Wade menjadi bahan ujikaji ketika dalam proses menyembuhkan penyakitnya. Ini menyebabkan beliau mengalami kecacatan pada kulit dan mempunyai keupayaan menyembuhkan diri dengan cepat. Dengan keupayaan baru itu, Wade bertindak membalas dendam terhadap orang yang hampir memusnahkan hidupnya. 


Berikut merupakan beberapa fakta yang mungkin anda tidak tahu dan perlu tahu sebelum menonton Deadpool. 

Fakta Menarik Filem Deadpool

1.Kostum Deadpool pada asalnya mempunya ciri tambahan supaya si pemakainya tampak berotot. Ciri itu terpaksa dibuang kerana badan Ryan Reynolds sudah cukup sempurna. Reynolds tidak memerlukan otot palsu pada kostumnya.

2. Ini merupakan penampilan kelima Reynolds dalam filem adaptasi komik.  Sebelum ini beliau memegang watak utama dalam filem Blake Trinity (2004), sebagai Wade Wilson yang juga Deadpool dalam X-Men Origins: Wolverine (2009), Green Lantern (2011), dan sebagai Nick Walker dalam R.I.P.D iaitu dari komik Dark Horse. 


3. Pihak produksi merakam video berdurasi tiga minit sebagai percubaan untuk meyakinkan penerbit. Video berkenaan kemudian dipaparkan kepada umum. Mereka memulakan penggambaran selepas video itu mendapat sambutan luar biasa.

4. Brianna Hilderbrand berlataih Muay Thai selama beberapa bulan sebagai persediaan memegang watak Negasonic Teenage Warhead. 

5. Deadpool merupakan filem kedua Marvel yang di labelkan sebagai R-Rated (Larangan) selepas Punisher: War Zone kerana mengandungi babak ganas, bahasa yang tidak sopan, dan unsur seksual. 


6. Versi Deadpool kali ini berbeza dengan apa yang pernah dipertontonkan dalam X-Men Origins: Wolverine (2009) kerana perubahan latarbelakang dan masa yang dipaparkan dalam X-Men: Days of Future Past (2014).

7. Dalam trailer Deadpool, Reynolds menyebut "Don't make the super suit green- or animated!" (Jangan buat sut menjadi hijau atau animasi!) Sebagai bahan jenaka kerana beliau pernah membawa watak superhero Green Lantern sebelum ini.

Artikel berkaitan: Fakta Menarik Fantastic Four

8. Penerbit baru-baru ini mengumumkan Deadpool berpotensi mempunyai sekuel seperti X-Men. Sekuel ini mungkin mampu menutup kegagalan filem Fantastic Four tahun lalu. 


9. Kerajaan China mengharamkan penayangan filem ini di negara berkenaan kerana menampilkan aksi ganas dan kurang sopan.  

10. Deadpool menelan kos sebanyak USD$150 juta walaupun ia tidak kelihatan 'mahal' seperti filem blockbuster lain. 


Filem ini menerima pelbagai review positif yang mengatakan ia cukup hebat dari segi jenaka, sinematografi, kesan khas, dan lagak ngeri.

sumber: IMDb

Namun, anda perlu tahu bahawa filem ini dilabelkan sebagai RESTRICTED kerana mempunyai aksi ganas, bahasa kurang sopan dan juga babak kurang sopan (bogel). Sebagai ibu bapa atau penjaga, kalau boleh jangan bawa anak-anak di bawah umur menonton filem ini dipawagam. Ia kelihatan seperti filem superhero, tetapi DEADPOOL BUKAN UNTUK KANAK-KANAK!

Entri sebelum ini - Bahaya Virus Zika

Terima kasih kerana membaca Fakta Menarik Filem Deadpool

16 ulasan:

  1. bagus penerangan dan perkongsian mengenai filem yang terperinci sebegini, sekurang-kurangnya kannn, tak adalah ibu bapa tersalah membawa anak menonton...

    BalasPadam
    Balasan
    1. filem best, tapi tak sesuai utk budak2. tgk trailer pun dah tau

      Padam
  2. nampak tua dah reynolds. new super hero la ni ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. deapool ni macam antihero.. tak selamatkan orang sgt..

      Padam
    2. pulak dah. saya ada terbaca macam deadpool ni tak sesuai utk kanak2. dari segi apa ek?

      Padam
    3. sebab banyak sangat scene kurang sopan. mencarut, bogel, dan love scene contohnya..

      Padam
  3. deadpool ni salah satu dari 26 filem yang saya tunggu untuk tahun 2016

    BalasPadam
  4. Ryan Reynolds favorite actor saya selepas johnny depp.

    BalasPadam
  5. bilalah ada masa nak tengok filem ni agaknya ye.

    BalasPadam
  6. tengok filem macam nie dan tak dapat pengajaran rasa rugi juga tau..

    BalasPadam
  7. yang penting, ada anak-anak, memang jangan bawa tengok deadpool ni. bahasa yang digunakan tak appropriate. dan jangan salah anggap movie ni sama dengan avengers tu..kalau avenger, memang untuk budak je..hehe

    BalasPadam
  8. yup..dia bukan superhero..jenuh pujuk XMen die tak nak..ahaaha..die bleh buat lawak plak psal Xmen, itu siyes kelakar..ahahaa

    BalasPadam
  9. Hensem & badan reynold nmpk taff gitu.. Yg xbest nya cite ni ganas & kurang sopan..ngilu tgok masa dia potong tgn tu..ouch

    BalasPadam