Gambar Jersi Kelantan TRW 2016

8

Gambar Jersi Kelantan TRW 2016. Persatuan Bola Sepak Negeri Kelantan (KAFA) telah melancarkan jersi terbaru yang bakal dipakai skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) pada saingan Liga Malaysia 2016.

Jersi pada musim ini menggunakan jenama DSV (Datuk Seri Vida) yang dikeluarkan oleh penaja utama pasukan Kelantan iaitu Vida Beauty Sdn Bhd. Majlis pelancaran itu diadakan di Pusat Dagangan Kota Bharu (KTC), Kota Bharu.

 Artikel berkaitan: Jadual Liga Super Kelantan 2016

Seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini, Kelantan akan menyarung jersi berwarna merah jambu bagi jersi utama seperti yang diminta pengasas Vida Beauty,  Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Vida. Sebanyak tiga variasi diperkenalkan iaitu Supra Player, Millenia, dan Mantera.

Gambar Jersi Kelantan TRW 2016

jersi kelantan 2016

jersi kelantan 2016
  • Jersi perlawanan 'home': Merah jambu - putih / merah - putih
  • Jersi di tempat lawan: Merah jambu - hitam / biru putih
  • Penjaga gol: Hijau - merah
Jersi boleh mengurus dan memutihkan kulit

Jersi skuad Kelantan pada kali ini menampilkan ciri lain dari yang lain iaitu berfungsi menguruskan badan dan memutihkan kulit si pemakainya. Menurut Datuk Vida jersi yang menggunakan benang istimewa yang ditempah khas dari China, Thailand dan Vietnam itu turut mampu melancarkan aliran darah dan mengeringkan peluh.

Harga jersi Kelantan 2016 adalah RM68 (Mantera), RM98 (Millenia), dan RM168 (Supra Player) mengikut versi yang dikeluarkan. 


Skuad Kelantan bakal menyarung jersi baharu ini buat pertama kalai pada perlawanan Liga Super menentang Perak pada 13 Februari ini. 

Kalau jersi tak banyak iklan, bukan Kelantan namanya. :(

Artikel sebelum ini - Fakta Menarik Deadpool

Terima kasih kerana membaca Gambar Jersi Kelantan TRW 2016

Post a Comment

8Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. kalau orang nak kurus boleh pakai jersi TRW ni la ye. slim mlim lepas pakai. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau pakai jersi ni tak kurus2 jugak tak tahu la..

      Delete
  2. adoi jersi pun boleh putihkan kulit dan kurus ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dorang cakap benang yang digunakan tu istimewa. Kalau gitu senang nak kurus & putih memang meletopss la jersi TRW

      Delete
    2. tak tercapai dek akalku. huhuh

      Delete
  3. Takla teruk sangat jersi klate walaupun sebelum ni ramai tak setuju warna pink konon

    ReplyDelete
  4. boleh bg list senarai penaja kelantan dop?

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top