Sinopsis Cinta Teruna Kimchi di Tv3. Terbaharu di Slot Zehra, stesen tv nombor satu negara, Tv3, membawakan sebuah drama ala Korea terbitan Layar Consult Sdn. Bhd yang diterajui oleh Nazim Othman dan Niena Baharun.
Drama bersiri 13 episod dibawah arahan Heykal Hanifah serta mendapat sentuhan skrip dari Ummu Hani Abu Hassan dan Hanafi Sarif ini turut dibintangi pelakon Johan As'ari, Nur Risteena, Feiyna Tajudin, Bodt Sharade,
Kamal Ibrahim, Kuza, Rahim Jailani, Sheila Mambo, dan Emma Akma.
Sejak Teruna Cinta Kimchi ini ditayangkan minggu lalu, ia mendapat pelbagai kritikan dari penonton kerana dikatakan mengangkat tema Korea. Drama ini turut mempamerkan elemen K-Pop sebagai daya penarik. Bukan itu sahaja, warga internet turut mengkritik lakonan Nazim Othman yang membawa watak mahasiswa Korea bernama Kang Je Yun.
Namun, pengarahnya, Heykal Hanifah menafikan tomahan itu dan mempertahankan karyanya. Katanya, Cinta Teruna Kimchi bertemakan Islam dan hanya 30 peratus sahaja elemen Korea yang diselitkan.
Namun, pengarahnya, Heykal Hanifah menafikan tomahan itu dan mempertahankan karyanya. Katanya, Cinta Teruna Kimchi bertemakan Islam dan hanya 30 peratus sahaja elemen Korea yang diselitkan.
Baca: Cara Shopping di Lazada
Cinta Teruna Kimchi bersiaran mulai 29 Januari 2016, setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam di Tv3.
Sinopsis drama Cinta Teruna Kimchi
Mengisahkan mahasiswa berbangsa separa Korea, Kang Ye Jun, yang sering mendapat mimpi serta petunjuk supaya beliau mendekati agama Islam. Kehilangan ayah sejak kecil menjadi misteri buat Kang Ye Jun.
Tambahan pula, ibunya sendiri menyimpan banyak rahsia darinya menyebabkan beliau bertambah keliaru dengan identiti dirinya. Rahsia yang selama ini dijaga akhirnya terbongkar selepas menemui sekeping gambar lelaki berkopiah yang disorokkan ibunya.
Hati Ye Jun kuat mengatakan bahawa lelaki itu adalah ayah kandungnya dan beragama Islam. Lantaran itu, dia mula menjejak
ayahnya. Dia nekad berhijrah dari Korea ke Malaysia untuk pencariannya
itu.
Saya pun baru tahu kewujudan drama ni, sama ada kurang promosi di tv atau sebab saya tak tengok Tv3. Dapat tahu pun sebab terlalu ramai yang menghentam di Twitter sehingga ada yang melabelkan ia adalah drama sampah.
Entri sebelum ini - Jadual Liga Super Kelantan 2016
Terima kasih kerana membaca Cinta Teruna Kimchi
menarik juga, tapi lagi menarik kalau ambil pelakon cina/korea utk bawa watak ye jun
ReplyDeletesetuju sgt
Deletepehh..
ReplyDeleteaweknya memang lawa belaka.
mesti ramai makcik-makcik suka tengok ni.
Best tengok cerita ni, sebab jalan ceritanya agak menarik untuk ditonton
ReplyDelete