Rabu, 17 Februari 2016

Sinopsis Tundukkan Playboy Itu di Tv3


Sinopsis Tundukkan Playboy Itu di Tv3. Menggantikan Cinta Si Wedding Planner yang telah pun berakhir semalam, Tv3 mempersembahkan sebuah lagi drama bersiri terbaru di Slot Akasia bertajuk TUNDUKKAN PLAYBOY ITU buat tontonan penonton setianya.

Drama 30 episod ini bakal membuka tirainya pada 17 Februari 2016, setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam di Tv3. Seperti biasa, Tundukkan Playboy Itu juga diadaptasi dari novel popular dari tajuk yang sama karya Anjell. 

Diterbitkan oleh A-Ten Alliance Sdn Bhd dan mendapat sentuhan pengarah berpengalaman, Keoi Hj Khalid, drama ini diterajui oleh Hafidz Rosli dan Uqasha Senrose sebagai pelakon utama serta dibantu oleh Alif Satar, Mawar Rashid, Redzuan Hashim, Maria Farida, Marisa Yasmin, dan ramai lagi. 

drama tundukkan playboy itu

drama tundukkan playboy itu 2
tundukkan playboy itu

Sinopsis drama Tundukkan Playboy Itu

Mengisahkah Harraz Naufal yang hanya melihat wanita sebagai subjek mainan. Lahir dari keluarga berada membuatkan Harraz dibuai kemewahan dan sering didampingi gadis-gadis jelita. Perangainya pula sukar difahami sama ada sebagai seorang majikan mahupun sebagai seorang anak. Adakalanya dia manja, adakalanya juga dia seorang yang panas baran. 

Walaubagaimanapun dia seorang yang bertanggungjawab dalam menerajui syarikat selaku Ketua Pegawai Eksekutif Harraz Holding. Ibu bapanya pasti suatu hari nanti akan ada seorang wanita yang akan hadir dan menundukkan sikap ego dan playboy anaknya. 

Bapanya yang cukup berkenan dengan Nurin, anak rakan lamanya menawarkan pekerjaan di syarikat Harraz. Nurin yang mengharapkan pekerjaan itu cukup kecewa dengan tindakan Harraz yang meletakkan syarat supaya membuka tudung jika inginkan jawatan itu. 

Nurin yang tetap dengan pendiriannya menolak syarat yang ditawarkan. Akan tetapi bapa Harraz, Tan Sri Mukhriz memaksa anaknya supaya menerima Nurin bekerja. Harraz terpaksa akur dan dalam masa yang sama makin marah pada ayahnya dan semakin membenci Nurin. Ada saja cubaan Harraz untuk menyusahkan Nurin di tempat kerja. 

Berbeza pula dengan Farhan (Alif Satar), sepupu Harraz. Dia bagaikan jatuh cinta pandang pertama apabila melihat Nurin. Hanya Farhan sahaja yang membantu Nurin dalam pekerjaannya sambil merahsiakan hubungan persaudaraannya bersama Harraz.

Pada suatu hari, Nurin terpaksa membantu rakannya, Nashrain Lee (Ben Asri) seorang pereka fesyen yang kekurangan seorang model. Nurin memakai persalinan muslimah beserta niqab yang menutup sebahagian wajahnya. Majlis pertunjukkan fesyen itu turut dihadiri Harraz. Bagaikan magis, seiring Nurin melangkah ke pentas peragaan, Harraz terpaut dengan panahan mata Nurin tanpa menyedari bahawa itu sememangnya Nurin. Sejak dari itu, Harraz berusaha mengenali dan menjejaki model tersebut. Dalam waktu yang sama hubungan Nurin dan Harraz semakin akrab dan berita itu tidak disenangi Elfira (Mawar Rashid) yang memburu cinta Harraz.

sumber: budiey.com

Entri sebelum ini - Cara Tulis Entri Disukai Google

Terima kerana membaca Sinopsis Tundukkan Playboy Itu di Tv3

14 ulasan:

  1. Mungkin akan menjadi drama pilihan suami juga sebab dia peminat Uqasha ni

    BalasPadam
  2. uqasha tu..heheh..harap2 best la drama ni

    BalasPadam
  3. mekap tebal gila si uqasha tu.

    haha..

    ngeri aku tengok.

    BalasPadam
  4. mmacam best je drama ini dengan barisan pelakon yang hebat-hebat..

    BalasPadam
  5. sinopsis drama sekarang lebih kurang sama dah.

    BalasPadam
  6. Drama melayu sekarang pimai pimaitang tu jugak...tukar pelakon je

    BalasPadam
  7. Heh, tgk sinopsis mcm sampah je. playboy, anak org kaya, cinta 3 segi, bos besar.. bosanlah weh! korang tak bosan ke??

    BalasPadam
  8. Malang sekali.. Waktu drama ini waktu paling mahal... Magrib entah ke mn...

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pun tak tengom drama time ni. tak berminat. tapi boleh je kalau nak solat waktu iklan. sebab iklan tv3 mmg lama

      Padam
  9. mekap tebal gila si uqasha tu... tapi cantek

    BalasPadam
  10. Sekarang ni memang banyak ceriata yang diadaptasi daripada novel. Macam menarik jer :)

    Jemput join myliferia giveaway ye :)

    BalasPadam
  11. drama yang bagus dan sangat menghibur apalagi pemeran wanitanya cantik cantik

    BalasPadam