Jumaat, 18 Mac 2016

Cara Buat Duit dengan Blog


Cara Buat Duit dengan Blog. Ada yang tanya, macam mana seorang blogger boleh buat duit dengan blog? Buat blog memang mudah, tapi tak semua tahu bagaimana cara nak jana income tambahan melaluinya terutamanya blogger baru.

Peluang untuk jana pendapatan sampingan terbuka luas dengan hanya sebuah blog. Ia boleh datang dari pelbagai cabang. Lebih banyak cara yang anda guna, lebih banyak income yang blogger boleh dapat. Ada yang dibayar dalam ringgit, ada yang dibayar dalam USD.

Dalam entri ni saya akan kongsikan beberapa tips jana income melalui blog berdasarkan pengalaman sendiri.

Cara Buat Duit dengan Blog

Jobdirumah

Ini cara yang paling saya recommend. Kenapa? Sebab mudah dan lumayan. Jobdirumah bukan scam dan diperakui oleh ramai blogger tempatan. Jobdirumah sebenarnya panduan untuk mereka yang nak cari kerja tambahan di internet. Dari kerja paling mudah di dunia contohnya re-type dan masukkan data dan like Facebook page hinggalah tugasan yang memerlukan kemahiran tertentu.


Disebabkan ramai yang dah mula join Jobdirumah, sebab itu lah sentiasa ada komisen setiap bulan. Dapat upah assignment, upah buat sales pun dapat. Boleh daftar di >> www.jobdirumah.com

Pasang iklan pada blog

Ini adalah cara yang paling popular dan berkesan. Setiap blogger boleh mendaftar dengan syarikat pengiklanan seperti Nuffnang, PopAds, dan Adverlets. Apabila sudah mendaftar anda akan diberikan kod HTML untuk pasang pada blog . Blogger akan dibayar berdasarkan berapa kerap iklan keluar pada blog dan jumlah klik.


Untuk income yang lebih padu, daftar dengan medium pengiklanan yang bayar dalam USD seperti  Google Adsense, Mobicow, dan RevenueHits. Adsense adalah yang terbaik, tapi nak lulus memang cukup perit. Saya masih lagi tunggu permohonan peringkat kedua diluluskan. Manakala RevenueHits pulak senang lulus, seronok tengok earning berjalan, lebih-lebih lagi bila ringgit Malaysia tengah jatuh ni. Boleh daftar di >> www.revenuehits.com

Artikel berkaitan: Kelebihan Pengiklan RevenueHits

Advertorial / Review

Berdasarkan kualiti blog, kekuatan Search Engine Optimization (SEO), serta jumlah pengunjung, sebuah blog mampu menarik minat syarikat besar ataupun usahawan untuk menulis review tentang produk/servis mereka. Pengiklan akan bayar anda dengan jumlah yang telah dipersetujui untuk satu post.

Kenapa mereka sanggup bayar? Kerana orang akan Google produk mereka dan baca review yang anda tulis. Pengiklan sanggup bayar dari harga RM30 hinggalah ratusan ringgit untuk promosi. Blogger pulak dapat bayaran dan trafik organik. Saya sarankan sediakan rate-card atau sebut harga pengiklanan supaya nampak profesional. Contoh rate-card saya akan kongsikan dalam entri akan datang

8Share

Masih ramai lagi blogger tidak tahu tentang kewujudan 8Share. Dalam bahas mudah, anda akan mendapat ganjaran setiap kali ada orang klik link yang anda kongsi. Macam Churp Churp. Cuma anda akan dapat bayaran lebih awal dan terus masuk ke akaun bank. Cuma kongsi link di blog atau media sosial. Itu sahaja.


Saya dah cuba, memang berhasil. sLagipun ia percuma, boleh daftar di sini >> http://po.st/GR8Aso

Sewa ruang iklan

Sebelum buka ruang iklan pastikan blog anda terima ribuan trafik sehari. Saya ulang, ribuan. Berbaloi ke pengiklan sewa tapak iklan di blog anda? Ramai ke yang akan tengok iklan tu? Kalau hanya 30 views sehari, baik lupakan hasrat. Kesian pengiklan tak dapat pulangan.


Yakinkan mereka dengan traik blog harian, mingguan, dan bulanan. Tak cukup dengan tu bagi sekali ranking Alexa dan Google Pagerank. Pastikan pengiklan yakin sewa ruang iklan di blog anda benar-benar berbaloi dan dilihat ramai pengunjung. Jangan pulak penuhkan setiap ruang blog dengan iklan, nanti lambat loading blog terus hilang viewers. Orang tamak selalu rugi.

Affiliate

Sejak beberapa tahun kebelakangan ni ramai yang bercakap tentang keuntungan main affiliate. Affiliate ni anda cuma perlu daftar dan buat promosi melalui banner dan link. Komisen akan dibayar sekiranya berjaya buat jualan melalui link anda. Antara program affiliate popular adalah Klikjer, Amazon, Lazada, dan Agoda. Syarikakt yang jual domain dan hosting macam NetKL pun ada affiliate.


Ramai blogger berjaya buat duit dengan blog melalui affiliate sebab terima komisen dalam 50% - 80%. Lagi banyak kalau main affiliate antarabangsa.

Contest

Okay, cara ni tak selalu dapat. Tapi bila dapat memang berbaloi. Ada yang menganggap sertai contest ni buang masa sebab belum tentu boleh menang. Betul. Tapi kalau tak join tak menang langsung. Sama ada contest SEO, tulis artikel terbaik, ataupun top referral, kalau buat betul-betul anda boleh menang wang tunai atau produk.

Saya sendiri dah banyak kali menang wang tunai. Segala bentuk kemenangan saya dah masukkan dalam label >> Pencapaian. Pergi baca.

Ada banyak lagi cabang untuk blogger buat duit. Saya punya favorite Jobdirumah sebab komisen 50%. Heee! Tapi kena ingat ia memerlukan masa, komitmen, dan kreativiti. Tak boleh la hari ni buat blog esok nak terus dapat income. Dalam dunia blogging, kalau hanya fikir duit dan populariti tanpa mengira perkongsian informasi bermanfaat, you are not going anywhere.

Entri sebelum ini - Fakta Menarik Batman V Superman: Dawn of Justice

Terima kasih kerana membaca Cara Buat Duit dengan Blog

23 ulasan:

  1. Nice sharing, Zumal pun nak try la apa yang belum pernah try tu ^-^

    BalasPadam
  2. kalau blog dah cukup power traffiknya memang mudah buat duit..

    BalasPadam
  3. saya nak jana duit dari blog melalui bisnes yang dijalankan...in shaa Allah jika targetting traffik cun...memang jadi punya

    BalasPadam
  4. Buat duit dengan blog senang je, lagi best kalau traffik datang secara organik.. hehe blog pure seo memang terbaik :)

    BalasPadam
  5. Saya punya blog/situs tapi saya belum pernah dapet duit dari blog yang saya kelola. Kenapa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. anda kena tingkatkan trafik dahulu. lebih banyak traik, lebih banyak wang yg masuk

      Padam
  6. WAHH...mesti banyak pencapaian dia kan.

    terer. terer.

    BalasPadam
  7. Banyak lagi yang tak pernah try. Semoga mencurah rezeki tuan atas perkongsian ni =)

    BalasPadam
  8. kena try nih...mana tahu ada rezeki...terima kasih atas perkongsian

    BalasPadam
  9. kalau rajin berusaha, jadi blogger pun duit pun 'masyuk' juga.
    Terima Kasih atas perkongsian.

    BalasPadam
  10. best nye pandai buat. mcm best jer

    BalasPadam
  11. sedap bace blog awok, bace blog saye pulok http://newbieaffiliate95.blogspot.my

    BalasPadam
  12. Baru-baru ni Jobdirumah upgrade versi 3.0. Kalau tak silap saya laman web Jobdirumah tak boleh guna untuk sementara waktu. harapnya akan kembali seperti sediakala dalam jangka masa terdekat sebab memang banyak orang buat duit dengan Jobdirumah tu..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. JDR dah di upgrade dan kita dah boleh akses task.my. peluang utk dpt job plak meningkat 20%.

      Tapi affiliate JDR dihentikan buat sementara waktu

      Padam
  13. perkongsiang bermanfaat..sy teringin nak register..tp masih merangkak..so far sy hanya ada nuffnang..tq..jemput singgah di blog sy

    BalasPadam
  14. wah boleh buat side income ni.....hrmmm by the im still student oklah tambah duit poket

    BalasPadam
  15. waaa good tips...masyuk camni
    jom walking ke blog sy
    kos2u.blogspot.com

    BalasPadam
  16. Terima kasih atas artikel yg menarik ini.good job

    https://www.facebook.com/siffuroadtaxonline

    BalasPadam