Isnin, 14 Mac 2016

Fakta Menarik Batman v Superman: Dawn of Justice


Fakta Menarik Filem Batman v Superman. Filem Batman V Superman: Dawn of Justice adalah filem yang paling dinantikan tahun 2016! Peminat bukan sahaja rindu akan watak superhero ini malah ingin menyaksikan pertembungan pertama antara dua ikon dalam sejarah Komik DC.

Sejak Warner Bros mengumumkan filem ini bakal diterbitkan, ia menerima banyak reaksi positif dari penggemar filem. Ketika trailer pertama dipertontonkan kepada umum ia menjadi viral di laman-laman sosial kerana jika trailer sahaja sudah tampak menarik, bayangkan kehebatan keseluruhan filem tersebut.

Baca: Fakta Menarik Deadpool


Batman v Superman mengisahkan tentang dua superhero ini beradu tenaga antara satu sama lain untuk membuktikan siapa yang lebih layak bergelar hero sebenar. Batman telah hilang kepercayaan penduduk sejak beberapa tahun lalu manakala tindakan Superman yang diperlihatkan dalam filem Man of Steal menimbulkan kemarahan orang ramai. Namun mereka terpaksa melupakan ego masing-masing bagi menentang musuh tradisi, Lex Luthor, serta seteru baru, Doomsday.

Diarahkan oleh Zack Snyder dan dibintangi Ben Affleck (Bruce Wayne/Batman), Henry Cavill (Clark Kent), Amy Adams (Louis Lane), Jesse Eisenberg (Lex Luthor), serta Gal Gadot (Diana Prince), filem ini bakal ditayangkan bermula 24 Mac 2016.

Fakta Menarik Batman v Superman: Dawn of Justice

1. Walaupun jalan cerita filem ini berkaitan dengan Man of Steal (2013), ia bukan sambungan Superman. Pengarah Zac Syder menjelaskan filem adalah pengenalan kepada Justice League yang bakal ditayangkan kelak selain memperluaskan dunia yang dicipta dalam Man of Steal.

2. Klip Batman V Superman dipertontonkan kepada eksekutif Warner Bros, terpegun dengan klip itu mereka mula membuat rundingan dengan Ben Affleck untuk menerbitkan tiga filem solo Batman.

3. Kostum Batman pada kali ini direka berdasarkan komik The Dark Knight Returns.



4. Filem ini merupakan bertemuan pertama diantara Superman, Batman, dan Wonder Woman.

5. Mengikut komik The Dark Knight Returns, Batman dan Superman bertempur selepas pasukan Justice League ditubuhkan. Namun dalam filem ini mereka berlawan sebelum ia ditubuhkan. 

6. Jeffery Dean Morgan pada awalnya menjadi calon untuk memegang watak Batman/Bruce Wayne, namun beliau kemudian diberi watak ayah kepada Bruce.

7. Ini merupakan penampilan pertama Wonder Woman dalam live-action filem. Sebelum ini karakter itu hanya mncul dalam tv siri dan animasi sahaja.

8. Sebelum Jesse Eisenberg diberi watak Lex Luthor, nama-nama besar Hollywood seperti Matt Damon, Bradley Cooper, dan Joaquin Phoenix disenarai pendek untuk watak berkenaan. 


9. Punca kenapa Batman berdendam dengan Superman adalah kerana bangunan miliknya, Wayne Financial musnah disebabkan Superman dalam Man of Steal (2013). Wayne turut bimbang jika Superman menggunakan kuasanya ke arah kejahatan.


10. Walaupun jalan cerita filem ini tiris diinternet sebanyak empat kali, pihak Warner Bros menafikan ia jalan cerita yang sebenar. 

11. Filem ini sepatutnya ditayangkan pada 2015 tetapi ditunda bagi memberi peluang kepada produksi untuk menambahbaik suntingan serta visual. 

12. Filem yang menelan bajet kira-kira $200juta dollar ini menjalani penggambaran sekitar Michigan, USA.

sumber: IMDb


9 ulasan:

  1. satu lagi filem yang kena tengok juga nanti.

    BalasPadam
  2. filem yang menarik, ben affleck berlakon

    BalasPadam
  3. Saya ingat lagi, satu masa dulu, mungkin hujung 2014 atau awal 2015, ramai yang kondem dan tak setuju Ben Affleck memegang watak BatMan. Ada yang kata Ben ni lembek, tak super hero dan bla bla...

    Saya ingat pihak produksi akan tukar pelakon, rupanya tak. Masih diteruskan. Jadi pada pendapat saya, apa yang berlaku pada waktu tu, hanyalah untuk dapatkan publisiti awal untuk movie ni ha ha :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ben aAffleck memang nampak leboh mungkin sebab suara dia. tapi bila tgk trailer, mmg perfect

      Padam
  4. Ok kita try tengok minggu depan sehebat thirller atau sebaliknya..

    Pergh.. cerita kartun dulu - dulu sudah semakin giat di live action kan

    BalasPadam
  5. Kena tengok gak citer ni...peminat ben Affleck...pelakon pearl harbour

    BalasPadam
  6. tadi nampak infografik berkenaan jenis dunia-dunia dalam komik dc ni..rupanya banyak, sehingga Earth 12

    BalasPadam
  7. batman 2016 dah ada uban sikit kat rambut... hahaha. Zaman batman dah masuk era ketuaan...

    BalasPadam
  8. aku nak sangat tengok watak lain dalam komik DC versi filem macam Green lantern, flash, aquaman, martian manhunter, shazam , green arrow DLL.

    BalasPadam