Pengalaman Beli Barang di Lazada

4

Pengalaman Beli Barang di Lazada. Rasanya nama Lazada ni tak perlu diperkenalkan lagi. Semua orang tahu ia merupakan portal beli belah paling popular dan dipercayai di Malaysia. Kalau tak, takkan ramai yang sanggup beli barang ratusan bahkan ribuan ringgit dari Lazada.

Saya sendiri pernah beberapa kali shooping shopping di Lazada. Puas hati dari segi navigasi lamannya yang mudah dan tidak mengelirukan. Sistem pembayarannya pula senang serta pelanggan diberi pelbagai pilihan produk. Paling penting, barang yang dibeli berkualiti, penghantaran pantas, dan sampai dalam keadaan baik.

Baca: Cara Shopping di Lazada

Pengalaman Beli Barang di Lazada

Terkini saya beli handbag Mango pada harga RM39 sahaja selepas potongan diskaun 90%. Cantik dan berkualiti. Beberapa hari lepas saya beli jam Casio Black Dial Gold. Sebenarnya dah lama aim jam ni. Dah beberapa kali survey harga di kedai jam dan portal beli-belah lain. Harganya sekitar RM150.



Kebetulan Lazada sedang pengadakan jualan murah sempena ulang tahun ke-empat. Jadi saya beli beli jam tu pada harga RM72.90 selepas diskaun 54%. Sebagai seorang penggemar jam tangan, rugi la kalau tak beli kan. Jam tu original dan hadir dengan warranty selama setahun.

Lazada Malaysia

Banyak lagi pilihan jam berjenama yang dijual pada harga rendah. Korang boleh tengok di http://www.lazada.com.my/shop-watches/. Pilih jam yang berkenan dan klik 'BUY NOW' yang berwarna oren.

Tips shopping di Lazada
  1. Survey dan bandingkan harga dengan pasaran semasa.
  2. Selidik syarikat yang melakukan jualan jika selain dari Lazada. Nama syarikat terletak di sebelah kanan  skrin.
  3. Lazada sentiada memberikan kod voucher kepada pelanggan, semak di laman utama atau Facebook rasmi.
  4. Buat pembelian ketika berlangsungnya jualan besar-besaran.
  5. Sentiasa baca terma dan syarat.
  6. Pelanggan akan mendapat potongan harga jika membuat pembayaran dengan  cara tertentu. CIMB, kad kredit/debit atau COD. Sentiasa baca iklan di paparan utama.
Kalau nak lebih jimat, daftar Shopback.

Apa itu Shopback?
Laman yang menyediakan perkhidmatan untuk shopping secara online dan pada masa yang sama anda akan dapat balik duit yang dipanggil cashback.


Contohnya - Anda beli barang di Lazada atau mana-mana merchant online berharga RM300, apabila menggunakan Shopback anda akan dapat balik RM20. Ini bermakna anda hanya berbelanja RM280 sahaja. Jimatkan?  Daftar percuma di sini >> Shopback

Entri sebelum ini - Cara Renew Domain NetKL

Terima kasih kerana membaca Pengalaman Beli Barang di Lazada

Post a Comment

4Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. orang perempuan mesti beli beg tangan.

    pelik.

    tanya 10 orang..10 orang jawab benda yang sama.

    hehe

    ReplyDelete
  2. Takat ni usha2x je dulu kalau berkenan nak beli terus. :D

    ReplyDelete
  3. Amboi nik, dah ada jam ngan handbag baru ya sempena birthday lazada bulan ni?

    ReplyDelete
  4. Sampai ke hari ni tak pernah beli lagi. Just usha je tengok permainan Lazada ni. huhu ..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top