Selasa, 29 Mac 2016

Sinopsis Suami Tanpa Cinta di Astro Ria


Sinopsis Suami Tanpa Cinta di Astro Ria. Terbaru di saluran Astro Ria, saksikan drama terbaru bertajuk SUAMI TANPA CINTA hasil garapan pengarah MP Roslin dan skrip oleh Rozie Rashid menerusi terbitan Pena Creative Pictures Sdn Bhd. 

Bagi memenuhi permintaan ramai, drama bersiri 16 episod ini adalah sebuah lagi karya yang diadaptasi novel cinta dari tajuk yang sama tulisan Syamnuriezmil. Menggandingkan Shukri Yahaya dan Janna Nick sebagai teraju utama, drama ini turut dibantu pelakon handalan seperti Cristina Suzanee, Sarah Hildebrand, Afzan A.Rahman, Mark Adam, dan ramai lagi. 



Suami Tanpa Cinta bersiaran mulai 4 April 2016 di saluran Astro Ria (1040 dan Maya HD (135) setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam.

Sinopsis drama Suami Tanpa Cinta

Mengisahkan Zaidan Iman (Aid) dan Ain Syifa berkawan sejak dari zaman sekolah. Demi menyelamatkan perniagaan keluarga, mereka mengambil keputusan untuk berkahwin dan menggabungkan syarikat.

Namun tidak seperti pasangan lain, ikatan perkahwinan mereka bersyarat. Sekiranya jatuh talak ke atas A, maka syarikat mereka akan jatuh ke tangan Ain Syifa dan Aid tiada lagi hak ke atas syarikat itu. Maka, Aid dan Ain masing-masing berusaha bersungguh-sungguh untuk mempertahankan rumahtangga mereka.

Ain cuba untuk menyayangi dan mencintai Aid, seperti suaminya mencintainya. Namun kisah silam Ain membuatkan Ain mengunci dirinya dari mencintai Aid. Walaubagaimanapun, kehidupan mereka semakin hari semakin ceria dan bahagia. Mereka memang saling melengkapi antara satu sama lain. Pelbagai cara dilakukan oleh Aid untuk membuatkan Ain jatuh cinta padanya. 

Ain bagaimanapun keliru dengan perasaannya sendiri. Aid sedar yang isteri sudah mula mencintainya namun masih belum mampu untuk mengakui perasaan itu.

Kepercayaan mereka terhadap satu sama lain membantu dalam menangani godaan-godaan yang datang silih berganti. Ketika sedang mengecapi kebahagiaan, mereka teruji dengan satu berita yang sampai ke pendengaran Ain. Ain mula sangsi dengan Aid yang sudah mula berahsia dengannya. Keadaan semakin runcing apabila Ain lari meninggalkan Aid dengan satu nota kecil.


Terima kasih kerana membaca Sinopsis Suami Tanpa Cinta di Astro Ria

4 ulasan: