18 April 2016

Fakta Menarik Captain America: Civil War


Fakta Menarik Filem Captain America Civil War. Ternyata tahun 2016 adalah tahun gemilang buat filem superhero, baik dari komik Marvel atau DC. Mana taknya, kita baru sahaja disajikan dengan pertembungan epik Batman V Superman, dan beberapa bulan lalu Deadpool menghiasi layar perak dengan aksi yang mencuit hati.

Kali ini Marvel Entertainment  menampilkan Captain America: Civil War, yang sudah lama dinantikan oleh peminat setia. Filem ini mendapat sambutan memberangsangkan sejak ia diumumkan beberapa tahun lalu. Malah, trailer pertama yang dimuatnaik tahun lalu menerima reaksi positif penonton.



Diarahkan oleh Joe dan Anthony Russo, Civil War bakal mendapat sambutan kerana filem ini banyak menampilkan superhero lain seperti Iron Man, Black Widow, Falcon, War Machine, Ant Man, Hawkeye, dan Spiderman.

Civil War mengisahkan pasukan adiwira ini berdepan masalah apabila pihak kerajaan ingin mengawal segala operasi mereka. Iron Man pula mempunyai pendapat berbeza dengan Captain America menyebabkan berlakunya perang saudara antara mereka.

Fakta Menarik Captain America: Civil War

1. Mark Ruffalo (Hulk) dilihat berada di set penggambaran, ramai yang berpendapat Hulk akan membuat kemunculan dalam filem ini. Namun, Marvel mengesahkan watak itu terpaksa dikeluarkan pada skrip terakhir.

2. Filem ini pada asalnya diumumkan dengan tajuk Captain America: Serpent Society. Kemudian Marvel mendedahkan tajuk sebenar adalah Civil War kerana mereka tidak mahu mendedahkannya terlalu awal selain salah satu dari strategi pemasaran. Tajuk ini berada dalam perancangan sejak sepuluh tahun lalu.

Artikel berkaitan: Fakta Menarik Batman V Superman

3. Joe Russo berkata, babak yang paling sukar adalah ketika Steve Rogers cuba menghalang helikopter daripada berlepas. Chris Evans berkerja keras di gim kerana pihak produksi mahukan susuk tubuh yang menarik supaya babak itu tampak 'real'.


4. Tema filem kali ini menyentuh isu politik dan tanggungjawab moral sekaligus menampakkan sisi personaliti dan perdapat berbeza dari barisan superhero.

5. Captain America: Civil War dan Mockingjay Part 2 menjalani penggambaran di lokasi sama di Berlin. Ia jelas kelihatan dalam salah satu babak dalam kedua filem ini.

captain america mockingjay scene
Atas: THG Mockingjay P2 ; Bawah: Civil War
6. Kostum Black Panther merupakan kombinasi kostum sebenar dan taknik CGI.

7. Spiderman bakal membuat kemunculan pertama dalam filem gabungan superhero. Ini juga filem pertama bagi Tom Holland iaitu pelakon baru Spiderman sebelum filem solonya akan ditayangkan pada tahun hadapan.

8. Tom Holland mendapat kecederaan pada hidung ketika melakukan aksi 'balik kuang'.


9. Captain America: Civil War merupakan filem Marvel Cinematic Universe yang berdurasi paling lama iaitu 2 jam 26 minit.

10. Ini merupakan filem ke enam Chris Evans dan Scarlett Johanson digandingkan bersama. Selama 12 tahun mereka pernah bergandingan dalam 12 years, following The Perfect Score (2004), The Nanny Diaries (2007), The Avengers (2012), Captain America: The Winter Soldier (2014) and Avengers: Age of Ultron (2015).


11. Evans mendedahkan beliau pada awalnya ragu-ragu untuk menerima tawaran sebagai Captain America, tetapi sekarang beliau menyifatkan ini adalah keputusan terbaik dalam hidupnya.
sumber: IMDb

Entri terdahulu - Siapa Dr Zakir Naik

Terima kasih kerana membaca Fakta Menarik Captain America: Civil War

5 ulasan:

  1. menarik kalau baca persediaan evans utk fit semata2 filem ni

    BalasPadam
  2. Dulu ada ura-ura Spiderman akan muncul buat pertama kali dalam Avengers Age Of Ultron, rupanya Spidey muncul di Civil War.

    BalasPadam
  3. orang barat seolah-olah sudah hilang idea untuk menghasilkan filem lain dari yang lain..

    mereka kini menghasilkan filem yang dikitar semula

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju. makin banyak filem reboot. nanti ada Jumanji remake pulak

      Padam