Rabu, 20 April 2016

Pawagam Paragon Cinemas Bakal Dibuka di Kelantan


Pawagam Paragon Cinemas Bakal Dibuka di Kelantan. Berita baik buat rakyat Kelantan kerana panggung wayang Paragon Cinemas akan dibuka di pasaraya KB Mall Julai ini. Ini merupakan lembaran baru buat negeri ini selepas operasinya dihentikan sejak 20 tahun dahulu.

Perkara ini disahkan sendiri KB Mall melalui Facebook rasmi dengan memuat naik beberapa keping gambar berserta caption, "Gambaran Paragon Cinemas dengan lapan skrin di KB Mall. Dijangka dibuka pada Julai 2016"


Kalau nak tahu, antara pawagam yang pernah dibuka di Kota Bharu dulu adalah Lido, Rex, dan Odeon. Saya sendiri pernah pergi menonton Maria Mariana, Putera, dan filem terakhir yang saya tonton adalah Leftenan Adnan. That movie was huge at the time! Lol!

pawagam paragon kelantan 1
pawagam paragon kelantan 2

Dulu pun dah ada syarat ditetapkan di mana gambar pelakon perempuan yang tidak bertudung pada poster ditutup di bahagian kepala. Namun, keadaan dalam panggung pula agak mengecewakan. Banyak chewing gum pada kerusi, atas lantai pulak penuh dengan kulit kacang. 

Pawagam Paragon Cinemas Bakal Dibuka di Kelantan

Sebenarnya khabar angin tentang pembukaan semula  panggung wayang di Kelantan ni dah lama bertiup. Terutama KB Mall menambah dua aras di tingkat atas. Ramai yang menyangka pawagam bakal dibuka. Alih-alih, aras tersebut adalah dikhaskan untuk peralatan elektronik dan gajet sahaja.

pawagam paragon kelantan 3

Kerajaan Kelantan sendiri mendedahkan lesen pawagam tidak pernah dibekukan, dan ada beberapa syarikat yang tampil memohon. Tetapi meneruskan hasrat mereka mungkin tidak bersetuju dengan syarat yang ditetapkan. Ternyata hanya Paragon yang dapat mengikut syarat ketat itu.

Antara syarat pembukaan panggung wayang di Kelantan

- Pengasingan penonton lelaki dan perempuan
- Tiada tayangan pada waktu Maghrib
- Tiada tayangan pada malam Jumaat
- Tiada tayangan pada bulan Ramadan
- Tontonan dengan lampu di bahagian belakang dibuka.

Saya yakin kerajaan negeri turut menetapkan beberapa syarat lain termasuk hanya filem yang diklasifikasikan U (Umum) dan PG13 (Parental Guidance) sahaja dibenarkan.

Baca: Kebab sedap di Kota Bharu

Saya tidaklah terlalu exited dengan pembukaan pawagam. Mungkin sebab dah terbiasa. Lagipun saya selalu download filem dan tv series di internet. Hee!

I'm definitely going because I'm a movie geek, tapi hanya highly anticipated Hollywood films yang saya betul-betul nak tengok. Terutamanya jika filem itu dibarisi pelakon favorite especially Bradley Cooper, Jennifer Lawrence, Charlize Theron, Julianne Moore, atau Jake Gyllanhaal.

Don't get too exited, Kelantanese.

Entri sebelum ini - Fakta Menarik Captain America: Civil War

Terima kasih kerana membaca Pawagam Paragon Cinemas Bakal Dibuka di Kelantan

7 ulasan:

  1. syarat yang baik untuk pastikan keselamatan dan akhlak terjaga

    BalasPadam
  2. Hanya tunggu dan lihat saja bagaimana proses itu akan berjalan.

    BalasPadam
  3. Dalam panggung tu kena buat syarat ketat terutama sekali bg yang couple. Moga akhlak terjaga.

    BalasPadam