Pertandingan 'Page to Pitch' Platform Penulis Terbitkan Karya

11

Pertandingan 'Page to Pitch' Platform Terbitkan Karya. Berita baik buat penulis-penulis berbakat kerana karya anda bukan sahaja bakal dicetak oleh syarikat penerbitan terkenal  bahkan diadaptasi ke dalam bentuk media digital. 

Ini kerana Perbadanan Kota Buku dengan kerjasama Kumpulan Media Karangkraf dan Perbadanan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menganjurkan pertandingan 'Page to Pitch (P2P) Media 360' bagi memberi peluang kepada penulis menerbitkan karya mereka.

Masih ramai penulis buku yang mampu menghasilkan karya hebat tetapi tidak diberi peluang menerbitkan karya mereka. Jadi, pertandingan P2P boleh menjadi platform untuk menerbitkan idea anda kemudian diadaptasi dalam bentuk media digital. 

Menariknya daripada sebuah buku ia bukan sahaja boleh dijadikan drama/filem,  karya anda mungkin diterbitkan menjadi dokumentari, perisian, animasi, permainan, atau portal. Ini selari dengan nama P2P Media 360 itu sendiri.

Pertandingan Page to Pitch (P2P) Media 360


P2P terbahagi kepada dua kategori iaitu:

1. Idea untuk Penerbitan (terbuka kepada peserta ASEAN) - Khusus untuk penulis baru dan pemenang peluang untuk menerbitkan buku mereka dengan Karangkraf, bakal membawa pulang RM5,000 dan karya yang diterbitkan dijangka bernilai RM50,000.

2. Penerbitan untuk Adaptasi (warganeraga Malaysia sahaja) - menyasarkan para penulis yang telah menerbitkan karya mereka untuk mengadaptasikannya ke dalam bentuk kandungan media digital bersama. Pemenang utama akan menerima Geran Pembangunan Industri Kreatif oleh FINAS bernilai RM500,000 dan wang tunai RM5,000.

Untuk pengetahuan, ini merupakan pertandingan penerbitan idea ke pelbagai media digital pertama di dunia. Bagi yang mempunyai bakat menulis tidak kira apa genre sekali pun, penyertaan anda dialu-alukan supaya idea/karya mendapat pengiktirafan sewajarnya.

Syarat penyertaan
  • Berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Karya/buku haruslah diringkaskan kepada 100 patah perkataann.
  • Setiap penyertaan perlu dihantar dalam format PDF.
  • Penyertaan harus dihantar melalui email kepada [p2p360@kotabuku.my]
  • Idea mestilah asli dan tidak meniru mana-mana karya yang telah diterbitkan.
Hadiah Page 2 Pitch 360



Anda boleh memuat turun borang penyertaan di www.facebook.com/page2pitch dan boleh menghantarnya bermula sekarang sehingga 22 April 2016.

Jika anda ada pernah tulis novel dan ia masih dalam simpanan, jangan hanya 'peram' idea itu. Ini adalah platform terbaik buat anda 'unsung writers' untuk membuktikan karya anda juga layak diterbitkan seperti penulis lain.

Untuk maklumat lanjut layari laman Facebook P2P 360 di http://www.facebook.com/page2pitch

Terima kasih kerana membaca Pertandingan 'Page to Pitch' Platform Penulis Terbitkan Karya

Post a Comment

11Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Bagus ni....especially yang ada bakat menulis.
    Satu platform ug baik utk kembangkan bakat.

    ReplyDelete
  2. Bagus ni....especially yang ada bakat menulis.
    Satu platform ug baik utk kembangkan bakat.

    ReplyDelete
  3. menjadi penulis buku sekarang ni boleh jadi kaya raya ;)

    ReplyDelete
  4. nak cari penulisan blog atau artikel blog yang boleh diarkibkan la..genre novel belum dapat pada masa kini..

    teringat saya pada blogger puteri kasih

    ReplyDelete
  5. Nik masuk ke pertandingan ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh tak lah... tak tulis buku pun.. heheh!

      Delete
  6. sekali sekala cabarkan diri pon ok gak kan..huhu

    ReplyDelete
  7. bestnya, saya minat menulis sejak remaja lagi. tp itulah masa tak banyak

    ReplyDelete
  8. Saya dulu pernah tulis skrip. lama dah tak menulis bila tengok ni teringat pulak zaman jd penulis skrip. Sangat menarik peluang macam ni sebab penulis buku biasanya tak limitkan idea kerana menulis dari hati dan mereka tak terfikir utk cerita tu di adaptasi ke dalam bentuk digital. berbeza dengan penulis skrip yang memang dah merancang menulis utk diterbitkan dan penulisan pun terhad based on budget production. Hahahaa.. gitulah kesahnyerr..

    ReplyDelete
  9. sekarang ni penulis biasa pun berpeluang jadikan buku sebagai drama atau filem. yg penting kena menarik perhatian stesen tv

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top