Sabtu, 16 April 2016

Siapa Dr Zakir Naik?


Siapa Dr Zakir Naik. Nama Dr Zakir Naik tiba-tiba sahaja menjadi sebutan di media sosial dan dada-dada akhbar. Bagi mereka yang sering mengikuti ceramah agama di Youtube, nama Dr Zakir Naik ni sudah tidak asing lagi. Namun, di Malaysia nama pendakwah ini mula diperkatakan sejak beberapa hari lalu.

Dr Zakir Naik sudah lama terkenal di negara kelahirannya, India, serta di beberapa negara lain dek kerana ceramahnya yang berkaitan pemahaman dan penilaian berlandaskan perspektif agama Islam. Beliau terkenal sebagai pemidato yang petah dalam menyampaikan hujah berserta bukti yang jelas dan kukuh.

Beliau mula mendapat perhatian di Malaysia selepas ingin mengadakan ceramah bertajuk ‘Similarities Between Hinduism and Islam’ (Persamaan antara Hindu dan Islam) di Melaka baru-baru ini. Ketua Polis Negara tidak membenarkan forum itu diadakan demi mengelak salah faham dan sensitiviti agama. Walaubagaimanapun, ceramah itu tetap diteruskan dengan tajuk yang berbeza.



Bagi mereka yang masih belum mengenali tokoh agama ini, berikut merupakan info ringkas tentang Dr Zakir Naik (DZN).

Siapa Dr Zakir Naik?

  • Dilahirkan pada 18 Okt 1965 di Mumbai, India, DZN adalah seorang pendakwah, ulama, yang sering menyampaikan ceramah tentang Islam dan perbandingan agama di seluruh dunia.  

  • Merupakan doktor perubatan dan pemegang ijazah Bachelor of Medicine and Surgery (MBBS) dari Topiwala National Medical College & BYL Nair Charitable Hospital, Mumbai.

  • Kemudian pada 1991 DZN aktif dalam bidang dakwah dan  mengasaskan Islamic Research Foundation (IRF). 

  • DZN dikenali dengan kepetahannya dalam menjelaskan sudut pandang serta membetulkan pandangan terhadap Islam berlandaskan al-Quran, hadis, serta fakta saintifik.

  • Sejak mula berdakwah, DZN diiktiraf ramai ulama sebagai pakar ilmu perbandingan agama. 

  • Sepanjang 20 Beliau telah mengadakan lebih 2,000 sesi ceramah di seluruh dunia antaranya Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Itali, Perancis, Arab Saudi, Australia, New Zealand, Afrika Selatan, Botswana, Nigeria, Ghana, Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand, Hong Kong, China, Mauritius, Sri Lanka dan Maldives.

  • Dr Zakir tersenarai dalam 500 Muslim Paling Berpengaruh pada tahun 2009, 2010, 2011, 2012, 2013 dan 2014.

  • DZN bukanlah asing lagi di Malaysia, pada 2013 beliau pernah menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan dari Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dalam Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1435H/2013M di Putrajaya. 

  • Dr Zakir tidak pernah memburuk-burukkan agama lain bahkan mangalu-alukan orang bukan Islam hadir ceramah beliau untuk bertanyakan soalan tentang Islam dan bukti kewujudan Tuhan.

  • Beliau pernah mengendalikan ceramah yang dihadiri kira-kira sejuta orang di Kishanganj, Bihar, pada 2012. Ia menjadi salah satu perhimpunan agama terbesar yang dikendalkan oleh seorang penceramah. 

  • Forum DZN menarik perhatian ramai termasuk bukan Islam kerana beliau mampu menjawab soalan dengan dalil al-Quran, hadis, saintifik, dan logik akal.
sumber wiki

Entri sebelum ini - Pertandingan 'Page to Pitch' Platform Penulis Terbitkan Karya

Terima kasih kerana membaca Siapa Dr Zakir Naik 

6 ulasan:

  1. saya mula kenal dengan dr Zakir Naik selepas rancangannya dalam TV Alhijrah

    BalasPadam
  2. lama juga pernah dengar nama dr ni. alhamdulillah banyak ilmunya yang dikongsikan dengan kita

    BalasPadam
  3. Salah seorang pendakwah yang berjaya menarik ramai yang bukan islam memeluk Islam.

    BalasPadam
  4. Menarik sangat ceramahnya sehinggakan ramai yang berlumba-lumba nak mengucap syahadah

    BalasPadam
  5. setakat ni..aku rasa takde mana-mana paderi leh beat dia debat.

    semua kalah. sebab memang sah diorang dipihak yang salah.

    BalasPadam