Isnin, 4 April 2016

Sinopsis Duda Terlajak Laris di Tv3


Sinopsis Duda Terlajak Laris di Tv3. Tundukkan Playboy Itu akan melabuhkan tirainya tidak lama lagi dan bakal disusuli dengan sebuah lagi drama bersiri terbaru bertajuk DUDA TERLAJAK LARIS bagi menghiasi Slot Akasia, Tv3.

Diterbitkan oleh Primeworks Studios, drama ini mendapat sentuhan pengarah berpengalaman, Fairuz Loy dan skrip digarap oleh Shuhadatul Ain Zakaria. Ini merupakan sebuah lagi karya adaptasi novel cinta popular tulisan Alfa Batrisya. 




Drama bersiri 26 episod ini menampilkan Zara Zya dan Idris Khan sebagai teraju utama dan turut membariskan pelakon Bella Nazari, Wawa Zainal, Anis Al-Idrus, Kuza Muzaini, Arash Mohd, Laila Nasir, Ikhlas Jalil, dan Syed Ali.

Duda Terlajak Laris bakal menemui penonton Tv3 mulai 11 April 2016. setiap Isnin hingga Khamis pada jam 7 malam.

Sinopsis Drama Duda Terlajak Laris Tv3

Mengisahkan Zafran Aldrin (Zack) disuruh bernikah diusia 18 tahun disebabkan perangkap yang dibuat oleh Pehah, iaitu adk angkat sahabatnya. Zack terpaksa menikahi Pehah demi menjaga air muka datuknya yang juga imam masjid kampung.

Zack melarikan diri meninggalkan Pehah dan terbang ke Australia bersama kakaknya, Zainura sambil menyambung pelajarannya di sana.

Dua tahun berlalu, Zack pulang semula ke kampung selepas menerima panggilan pemergian Datuknya. Zack kemudian menceraikan Pehah dengan talak satu tanpa sebarang alasan. Pehah yang terluka mengingatkan yang Zack bakal menyesali perbuatannya dan akan kembali mencari Pehah suatu hari nanti.

Kata-kata itu bagai satu sumpahan apabila Zack masih tidak berkahwin walaupun kejadian tersebut sudah 8 tahun berlalu.

Ibu Zack mahu anakknya berkahwin dan memiliki keluarga sendiri selepas kecewa Zack pernah beberapa kali putus tunang. Kakaknya, Zainura memperkenalkan Idayu kepada Zack. Idayu sebenarnya telah lama menyimpan perasaan terhadap Zack, sejak mereka di Australia lagi. Mereka kemudian bertunang. 

Pada masa yang sama, muncul Anis Nabihah yang mengingatkan Zack terhadap jandanya, Pehah. Idayu kecewa selepas mendapat tahu Zack kini rapat dengan Anis. Tanpa diduga, Idayu pergi buat selamanya selepas terlibat dalam kemalangan. 

Tidak lama selepas itu, Zack dipertemukan dengan seorang doktor gigi berpurdah. Zack merasakan sesuatu yang pelik dengan doktor gigi itu. Siapakah Inas sebenarnya?

Tajuk drama Melayu are getting ridiculous don't you think? Apa-apa pun, selamat menonton!

Entri sebelum ini - Cara Semak iPhone Original

Terima kasih kerana membaca Sinopsis Duda Terlajak Laris di Tv3

8 ulasan:

  1. Wow..makin dasyat tajuk drama Melayu ni. Kalau lah contentnya dapat memberi pengajaran pada penonton OK lah jugak.

    BalasPadam
  2. Macam-macam tajuk dah drama sekarang ni ya, harapnya ada la memberi pengajaran selain dari mencari publisiti sahaja

    BalasPadam
  3. banyak drama sekarang adaptasi dari novel..huhu

    BalasPadam
  4. macam2 tajuk drama sekarang ni, kelakar pun ada

    BalasPadam
  5. Lama dh tak tengok drama melayu...sebab asyik berebut dgn anak nak tgk kartun..
    Tapi, tajuk macam best jugak

    BalasPadam
  6. macam2 tajuk drama skg ni.hehe

    BalasPadam
  7. Maka marilah kita menonton k-drama je. Hahaha

    BalasPadam