Sabtu, 30 April 2016

Sinopsis Mr Boss Miss Stalker Tv3

Sinopsis Mr Boss Miss Stalker di Tv3. Demi memenuhi masa terluang pada hari minggu, stesen nombor satu negara menyajikan penonton dengan drama terbahar di Slot Dahlia, bertajuk MR BOSS MISS STALKER.

Drama terbitan Saphire Screen Sdn Bhd ini adalah sebuah lagi karya yang diadaptasi dari novel cinta dari tajuk yang sama tulisan Aesya Azahar. Mendapat sentuhan pengarah terkenal, Heykal Hanifah dan skrip digarap oleh Sofia Rhyland, drama ini telah pun mendapat tempat dihati penonton. 



Bersiaran sebanyak 20 episod, Mr Boss Miss Stalker dibintangi Ashraf Muslim dan Mia Ahmad sebagai teraju utama serta dibantu oleh Riz Amin, Miera Leyana, Shazmeer, Nazeera, Eizlan Yusof, Zamarul Hisham, dan ramai lagi. 


Drama ini telah pun bersiaran pada 22 April lalu setiap Jumaat hingga Ahad, jam 7 malam di Tv3. 

Sinopsis drama Mr Boss Miss Stalker

Sara Azreen ditugaskan untuk menyiasat latar belakang suspek, Hariz Zhafran, yang dipercayai membunuh Tan Sri Jalil. Bagi mendekati Hariz, Sara terpaksa memohon pekerjaan di Mentari Angkasa Sdn Bhd, milik Hariz.

Berkerja dibawah satu bumbung dan dalam organisasi sama, Sara dan Hariz saling menyimpan perasaan antara satu sama lain. Untuk memudahkan siasata, Sara mendapat tugasan baharu di mana dia perlu membuat supaya Hariz jatuh hati kepadanya.
Sara menjadi serba salah kerana kali ini beliau perlu melibatkan hati dan perasaan. Lebih memburukkan lagi keadaan, Hariz telah melamarnya. Perlukah dia beritahu Hariz Zhafran perkara yang sebenar atau terus mengikut arahan Encik Hamzah untuk memerangkap Hariz Zhafran

Selamat menonton!

Entri sebelum ini - Tips Berpindah ke Rumah Baru

Terima kasih kerana membaca - Sinopsis Mr Boss Miss Stalker Tv3

9 ulasan:

  1. Semakin banyak drama yang diadaptasi dari novel.

    BalasPadam
  2. Macam dah lama tak tengok Ashraff Muslim jadi hero...

    BalasPadam
  3. Aisey .. rasa dah lama sangat tak tgk TV ni .. haha tak tahu pun cerita dah bertukar tukar .

    BalasPadam
  4. hoho..

    makin seronok la bini-bini dan makcik-makcik menghadap tv.

    BalasPadam
  5. ganteng n cantik nih pemerannya, hmm hmm

    BalasPadam
  6. Tak layan sangat , cuma jelingjeling aje kalau orang rumah tengok...

    BalasPadam
  7. semua dok cerita novel aje.

    bosan dah aku tengok sekarang. haha..

    BalasPadam